“APESAL MUKA SERIUS SEMEDANG NI?”
Tanya Ija ketika mereka dalam perjalanan ke pasaraya Giant untuk membeli belah.. Ejoy sekadar diam membisu. Meneruskan pemanduannya walaupun sebenarnya da tidak fokus ketika itu. Ija yang duduk disebelah tempat duduk pemandu mengambil keputusan untuk membisu apabila melihat abang tidak memberi sebarang respons. Senarai barang keperluan Ejoy yang ingin dibeli sebelum pulang semula ke kampus telah siap bertulis diatas kertas yang dipegang oleh Ija.
Lagu-lagu mp3 berkumandang dicorong radio. Kalau masuk kereta abang ni memang alamat layan lagu-lagunya tangkap leleh lah. Entah kenapa abangnya ni suka sangat dengar lagu-lagu retro 90-an. Sekarang ni lagu bertajuk Usang nyanyian Rahim Maarof. Nak kata tengah berchenta, tak de lah pulak. Hurmm... this is my brother.. one and the only.. crazy weirdo.. hahah..
“TERIMA KASIH TOLONG ABANG. ADIK JAGA DIRI EA.”
Pesan Ejoy kepada Ija setelah habis semua barang-barang dimasukkan kedalam boot Hyundai Stream pemberian ummi dan abi kepada Ejoy. Duit muka kereta tu pun lebih dari separuh guna duit Ejoy sendiri. Orang tuanya tolong sikit-sikit jer. Kira berbaloi lah. Walaupun abang sebenarnya excellent juga dalam pelajaran tapi segala apa yang dia nak semua dia cari sendiri. Jarang sangat nak dengar abang mintak dari ummi dan abi. Jarang ke? Macam tak pernah je...
Hurmm... nilah salah satu sebab kenapa aku sayang abang... sayang lebih lah daripada yang lagi sorang tuh.
Abang dah banyak bersusah payah. Duit belajar kat kampus pun pakai duit abang sendiri. Bila ummi dengan abi nak hulur, mesti abang kata “Duit abang ada lagi.”
Hati Ija tersentuh bila Ejoy suruh dia jaga diri. Abang jangan pergi. Adik sunyi lah kalau tak ada abang.
“Ija ni macam tak nak lepaskan abang je.. abang bukan nak pergi perang pun. Nak balik kampus. Kat kampus tu banyak benda tengah tunggu abang. Ada satu project abang tak siap lagi.”
Ija yang masih memeluk Ejoy dengan muka sedihnya pantas mendongak. Memandang wajah Ejoy dengan muka kompius.
“Tak siap? Kata dah siap.. abang tipu adik lagi.” Ija memukul lengan Ejoy. Ejoy ketawa melihat keletah Ija yang sememangnya manja dengannya. Bukan baru Ija begitu dengannya. Sejak kecil lagi mereka berdua begitu. Ada yang kata Ija dengan Ejoy ni kembar. Tak boleh dipisahkan. Dimana ada Ejoy, disitu ada Ija. Dimana ada Ija, disitu ada Ejoy.
“Siap dah. Cuma nak touch-up sikit. Bagi perfect. Baru lecturer tu nak bagi A kat abang. Lagipun ni projek akhir abang,dik. Abang kena skor. Kalau tak abang nak kerja apa..”
Hurmm... abang aku ni. Risau konon takut tak dapat kerja. Padahal link dia bersepah je kat atas muka bumi Malaysia ni. Tak pernahnya sunyi dari dapat job. Ade je orang nak bagi dia kerja. Upah pun lumayan. Entah dah berapa ribu agaknya simpanan abang dalam CIMB ek.. huhu
“Okey lah,dik. Abang gerak dulu. Nanti lambat sampai kang. Abang ni malas sikit kalau kena drive sensorang bila tibanya waktu malam. Abang nak cepat sampai, cepat siapkan projek, submit then abang balik lah. Tinggal tunggu graduation day je.”
“Okey dokey. Hati-hati.”
Ija bersalaman dengan Ejoy. Kemudian Ejoy masuk kedalam rumah untuk bersalaman dengan ummi dan abi.
SURAT TAWARAN SAMBUNG BELAJAR KE MESIR DIPANDANG SEPI.
Ija mengeluh perlahan. Surat itu terbiar diatas katil. Fikirannya menerawang entah kemana.
Ija, you deserve that offer okay? Kenapa nak tolak? Dengan keputusan kau tuh layak je tercampak kat ceruk oversea mana pun.
Okey, kalau tak pergi Mesir, kau nak ke mana? Ke UTM buat engineering? Huh.... tak nak lah engineering... nanti jadi senget macam along.
Kalau Mesir, kena lah buat medik gamaknye..
Eh jap jap.... minggu lepas aku nampak lagi satu surat tawaran... Kolej Poly-tech Mara kot.. hurrmmm... yang mana eh.... choose.. choose...
Ija berguling-guling atas katilnya bersaiz queen yang bersalut cadar berwarna ungu lembut. Nak yang mana eh.... KPM ke.....Mesir??
“Ija tak nak ke Mesir,ummi... Ija tak nak...” luah Ija pada suatu malam selepas selesai makan malam bersama ummi dan abi. Abi senyap. Ummi pula mengeluh perlahan.
“Ija nak sambung kat KPM..”
“Tak boleh! Abi bantah!” keras suara abi malam itu. Marahkah abi dengan dirinya. Bukankah pilihan terletak ditangannya?
“Kenapa pulak?”
“Kami nak kamu ke Mesir. Itu adalah jalan yang terbaik,Ija.” Nasihat ummi. Cuba ditenangkan abi yang kelihatannya marah benar mendengar keputusannya. Ija sendiri sebenarnya bingung. Antara keinginan dan kepuasan orang tuanya.
“Ummi....” Ija sedikit merayu.
“Samada kamu ke Mesir ataupun abi nikahkan kamu dengan lelaki pilihan ummi dan abi..” tegas abi bersuara. Ija terkedu. Riak wajahnya jelas terperanjat mendengar kenyataan yang tak pernah terduga akan keluar dari mulut abi.
“Abi....” lembut ummi menegur.
Ija yang terkedu dah terduduk atas sofa. Apakah ini Ya Allah? Sampai macam ni sekali ke pilihan yang diberi oleh ummi dan abi? Mesir ataupun sebuah majlis pernikahan untuknya? Kedua-duanya nyata bakal merubahkan seluruh hidupku. Ya Allah.... aku mohon diberikan kekuatan. Moga ini hanyalah mimpi.
Dicubitnya paha kiri, dirinya mengaduh perlahan. Sakit. Dan ini bermakna kenyataan yang baru didengari tadi bukannya mimpi. Benar dia kini harus memilih. Mesir ataupun berkahwin dengan lelaki pilihan ummi dan abi....
Huh... kahwin?? Tak pernah terlintas dek kepala aku yang waras ni. Kahwin tuh perkara yang ke..... ke?? Keberapa eh?? Entah.. macam tak pernah ada dalam list aku je.. huhu..
“Abang.... kalau lah abang ada kat sini.. mesti abang akan sebelahkan adik kan?” luah Ija sayu. Dan tanpa sedar dirinya terlena disisi surat tawaran tersebut.
No comments:
Post a Comment