“TU LAH ABINYE... UMMI DAH KATA.. jangan dipaksa Ija tu.. kahwin tu bukan perkara main-main..” tegur ummi sambil menuangkan kopi panas kedalam cawan.
“Ya Allah ummi ni.. abi tak pernahnya main-main dengan anak-anak kita. Anak perempuan dengan anak lelaki ni lain. Abi memang saja biar abang buat pilihan dia sendiri sebab abi tengok cara dia yang lebih berdikari dari kakak dan adiknya tu. Kita nak bagi duit kat abang tu, mana pernahnya dia terima. Semua nak pakai duit sendiri.” Komen abi sambil melayangkan pandangannya kesegenap laman hadapan rumah yang indah berhias dengan pelbagai jenis bunga-bungaan.
Pada mulanya abi curiga juga dengan satu-satu anak lelakinya itu. Puas dia menyoal anak bujangnya yang sememangnya tak pernah lekat dirumah tapi selalu pulang dengan membawa sesuatu untuk Ija. Bila ditanya dari mana dia mendapatkan duit, mudah saja jawapan Ejoy. “Ejoy buat kerja halal,abi. Tak payah risau.”
“Yelah... tapi kali ni abi cakap pasal kahwin. Pasal kahwin,abi. Ummi risau Ija tu ha.. dia tuh bukan suka kena paksa.” Tambah ummi dengan penuh kerisauan.
“Abi tahu umminya... lambat laun kan kena kahwin.”
“Ye... tapi Ija tu muda lagi.. baru 18..” bahas ummi.
Secawan kopi panas diletakkan dihadapan abi yang kelihatan khayal memikirkan sesuatu. Ummi mengeluh lagi.
“Lagi satu, kalau dah masuk bab kahwin ni.. abi jangan lupa.. abi tak boleh jadi wali Ija masa majlis akad nikah nanti.. kalau Ija tahu hal yang sebenarnya... lagi kecoh jadinya... ummi risau lah...”
“IJA MALAS LAH NEK. SERABUT KEPALA IJA DUDUK KAT RUMAH.”
Luah Ija sedikit tidak puas hati. Bebelan nenek masih belum berhenti sejak dia tiba dihadapan pintu rumah wanita tua merangkap neneknya itu. Nenek menggeleng kepala melayan kerenah cucunya yang satu ini. Entah dari mana datangnya serabut kat rumah tu. Kan along tak ada kat Malaysia. Terus bekerja di Jepun selepas menamatkan master dalam pengajian.
“Kalau ummi dengan abi tahu tak apalah jugak. Ni tak tahu masalahnya. Mana taknya nenek kamu ni membebel,Ija..”
Ija yang meniarap diatas lantai beranda rumah nenek mengeluh perlahan. Nenek ni sebelah ummi dengan abi lah tu. Adoi... kalau aku tau, tak adanya aku datang sini tadi. Menyesal.. menyesal..
“Kamu tu perempuan,Ija. Anak dara tau tak? Bukan bujang macam abang tu. Kalau kamu ni lelaki, tak adalah nenek risau. Hesy...kamu ni..” sambung nenek lagi.
“Alah nenek.... Ija bukan pergi mana pun... melencong rumah nenek je...”
“Kamu ni.....” nenek menggelengkan kepalanya lagi sambil melihat cucunya yang sedang tertiarap dihadapannya.
Telefon bimbit Ija yang bergetar memecah lamunan. Di skrin telefon bimbit tersebut tertera nama abang. Aduh abang ni.....
“Hah.. kenapa tak angkat? Siapa yang call?” tanya nenek. Ija mendengus perlahan.
EJOY MENGGELENGKAN KEPALA MEMANDANG UMMI DAN ABI.
Ummi dan abi mengeluh perlahan. Panggilan yang keberapa entah dibuat namun masih tidak berjawab. Akhirnya Ejoy melabuhkan punggung dihadapan orang tuanya sambil melepaskan keluhan.
“Pagi tadi adik ada cakap apa-apa tak dekat ummi atau abi?” tanya Ejoy ingin tahu.
Sekilas ummi memandang abi yang turut membisu. Dan soalan Ejoy dijawab dengan gelengan. Ejoy menyandarkan tubuh lesunya ke sofa. Sebenarnya dia baru sahaja tiba dirumah. Sesampainya dirumah terchenta ni ingatkan dapat jumpa adik kesayangan. Malangnya Ija pula keluar rumah menghilang entah kemana tanpa tinggalkan pesanan. Adik ni...kalau ye pun tak suka dengan keputusan abi, bincanglah elok-elok. Ejoy memicit lembut dahinya. Mujur segala projek dan benda-benda penting yang perlu dihantar telah pun dihantar. Kebetulan juga kuliahnya sudah tamat. Tinggal membuat persiapan untuk menghadapi peperiksaan akhir sebelum dia menamatkan pengajiannya.
“Macam mana ni abang?” tanya ummi penuh kerisauan.
“Abang kenal adik,ummi. Dia takkan buat benda pelik macam ni kalau tak ada sebab.”
Suasana didalam rumah itu sepi. Sesekali kedengaran bunyi kipas yang berpusing dengan kelajuan sederhana.
“Sebenarnya apa yang dah berlaku ummi? Cuba ummi cerita dekat abang.”
“Abi suruh dia sambung belajar ke Mesir.” Celah abi setelah lama membisu.
Ejoy mengerutkan dahi. Aik... takat suruh ke Mesir sambung belajar takkan sampai nekad keluar rumah?? Pelik..
“Err... sebenarnya...” ummi ingin berkata sesuatu namun kata-kata itu seolah-olah tersekat di anak tekak. Ejoy dilanda kehairanan. Pertanyaan demi pertanyaan memenuhi ruang mindanya. There must be something.....
“Sebenarnya abi suruh dia buat pilihan.... samada ke Mesir... ataupun...”
“Ataupun?” Ejoy mencelah.
“Abi kahwinkan dia dengan lelaki pilihan abi.” Sambung abi.
“Ya Allah....” Ejoy terkedu.
SELESAI MENUNAIKAN SOLAT MAGHRIB, Ejoy mula menyusun semula barang-barang yang dibawa pulang dari kampus. Semua barang-barang itu digunakan ketika dia menetap dikampus. Kini, pengajiannya sudah hampir sampai ke penghujungnya.
Semalam, ketika dia menghantar tugasan akhir kepada encik Khalid merangkap pensyarahnya, beliau ada meminta Ejoy untuk menjadi salah seorang tenaga pengajar sambilan dikampus memandangkan kampus tersebut pada ketika itu kekurangan tenaga pengajar untuk mengajar. Namun, Ejoy menolak dengan cara yang baik. “Mungkin buat masa ni tempat saya bukan disini encik Khalid.”
Hurmm... bukannya aku tak nak. Tapi untuk menjadi seorang tenaga pengajar, bukan gaya aku. Aku sukakan kerja-kerja lasak. Kerja-kerja luar. Aku nak gunakan kemahiran yang aku ada sepenuhnya. Walaupun gaji yang ditawarkan boleh tahan best... but still... jiwa aku bukan ke arah itu.
Sebelum dia bergerak pulang semalam, teman serumahnya ada mengirimkan sesuatu untuk Ija. Katanya sekadar cenderahati buat gadis secantik Ija. Nak tergelak aku dengar ayat Ryzal masa tu. Lawak cipan apa yang dia buat ni. Entah apa yang dia bagi. Yang pasti cenderahati tersebut cantik berbalut.
“Mana adik pergi? Risau abang dibuatnya.. kalau jawab call tak pe jugak.. mesej pun tak berbalas.. call jauh sekali nak berjawab..” ngomel Ejoy sendirian sambil tangannya ligat mengemas barang miliknya.
“NAK TEMBUS NENEK TENGOK KAMU TENUNG HANDPHONE TUH.”
lembut nenek menegur tatkala melihat kelakuan aneh cucunya yang duduk termangu diatas kerusi menghadap televisyen yang terpasang. Telefon bimbit ditangan kanan ditenung sepi setelah mesej yang dikirim Ejoy dibaca berulang-ulang kali. Hurmm... apalah nasib aku.. kena paksa belajar kat Mesir pun ye... kena kahwin paksa pun iye... adui.. gawat..gawat..
80 misscalls plus with six messages huh.... all from abang..
mesej pertama..
kenapa tak pick-up call abang?
Mesej kedua..
Mana adik pergi ni? Ummi dengan abi risau tau tak?
Mesej ketiga.. selang sejam kemudian..
I am worried abt u my dear.. pls talk to me..
Mesej keempat... selepas sejam..
Abang tahu adik kat mana....
Alah... saja nak mengugut lah tu.. Ija mencebik.
Mesej kelima.. sejam selepas tu lagi... 7.40 malam..
Pls reply my message dear..
10 minit yang lepas.. mesej keenam... 9.30 malam..
Ija..lari jauh mana pun, lama mana pun masalah takkan selesai.. pls talk to me.. i am done huh.. it seems like u don’t love me anymore..
Hurrmm.. mesej yang terakhir tu agak menyentap kot.. Ija sayang abang. Everyone knows that.
“Nenek...Ija nak masuk tidur lah. Sakit kepala.. Assalamualaikum nenek..” Ija menghampiri nenek yang baru duduk atas kerusi dihadapannya. Dicium penuh kasih sayang neneknya yang satu itu. Nenek membalas ciuman cucunya setelah menjawab salam. “Jangan lupa basuh kaki.. kang mengigau tak pasal-pasal.” Pesan nenek.
Ija sekadar mengangguk mendengar pesanan neneknya. “Ija sayang nenek..”
No comments:
Post a Comment