Saturday, October 16, 2010

alone and lonely...

IJA TERDUDUK DI BANGKU yang terletak di anjung rumah. Keletihan begitu terasa menggigit tulang-tulang dan seluruh tubuhnya. Alhamdulillah.. kenduri kesyukuran berjalan seperti yang dirancang walaupun ummi, abi dan Along tahu agak lambat. Tadi Along buat muka jugak masa ummi suruh tolong masak. Aku dah ketawa terkekeh-kekeh tengok muka Along sebab seumur hidup Along ni mana pernah dia masuk dapur. “Tak apa lah ummi.. biar abang dengan adik je yang masak. Bukan banyak mana pun. Setakat ayam masak merah, sambal goreng dengan kailan ikan masin. Sebelah tangan pun abang boleh buat.”

”Ni apahal banyak sangat bahan mentah ni? Kat peti sejuk tu banyak lagi bahan mentah. Ummi kan baru beli pagi tadi.” bebel Along ketika Ija membantu Ejoy mengangkat plastik-plastik yang penuh dengan pelbagai jenis sayuran dan ayam. Ija buat muka tak faham. Abang tengah berbaik hati nak masak, banyak bunyi pulak mak cik sorang ni. Aku sekeh karang! Eh,eh.... mintak maaf ye,Long.. terlepas cakap pulak. Dengan Along mana boleh main sekeh-sekeh, nanti ada kang benda yang terbang. Tak pasal-pasal dahi aku benjol.

Ejoy duduk disebelah Ija sambil mengurut lembut belakang lehernya. Penatnya mengalahkan orang yang buat kenduri kahwin je. Haru..haru.. ye lah.. takat nak harapkan Ija yang tolong tadi, memang tak cukup tangan lah. Pagi tadi masa abang terkontang-kanting masak kat dapur, ummi, abi dengan along balik kampung jemput nenek. Kalau ada diorang pun, tak berkurang pun kerja masak kat dapur ni. Sudahnya, abang mintak tolong kawan-kawan perempuan dia datang tolong masak sekali. Itupun abang asyik kena bahan je sebab diorang tak percaya abang aku ni expert memasak. Dah siap memasak baru diorang percaya. Hahaha… I’m so proud of you lah dude. Tahniah.. tahniah..
“Apa yang seronok sangat senyum sensorang tu,dik?”
Eh,eh.. abang ni.. nampak je ape aku buat. “Terima kasih, abang..”
Ejoy yang masih memakai baju melayu dan berkain sarung tersenyum memandang Ija. “Ala dik… tak ada apa lah. Abang buat bukan untuk siapa-siapa pun.. untuk adik abang jugak. Abang gembira untuk adik. I’ve something for you. Nanti abang bagi.” Ejoy menyandarkan tubuh ke belakang. Haishh… letih.. letih..
“Something? Apa dia?” Tanya Ija teruja. Ejoy sekadar tersenyum dengan matanya yang dah terpejam. “Rahsia.”


MUKA ALONG DAH MERAH bila melihat result SPM abang. Ummi dan abi awal-awal dah speechless.. Ija duduk tegak kat sebelah abang. Si abang pulak buat muka toya. Macam tak ada benda yang jadi. Padahal rumah tu dah sepi macam baru lepas kena timpa ombak besar.
“Tell me, abang. What is this?” Tanya Along sambil melayang-layangkan slip keputusan SPM yang dah lunyai tu. Abang selamba angkat bahu. Tanda tak tahu. Along yang melihat reaksi abang makin lah berapi. “Dengan result abang yang teruk macam ni…abang ingat abang boleh sambung belajar kat overseas ke? Mengarut!” marah Along dah mula tak bertapis. Cakap pun main lepas je. Ija dah panas telinga. Tapi si abang ni…. Erk? Abang ni buat muka selamba lagi? Hesy.. kalau kena batang hidung adik, bang.. kat sini jugak adik dah menangis.
Ummi dan abi dah angkat punggung. Macam kecewa giler dengan keputusan SPM abang tu. Pada Ija okey je keputusan abang tu. Memang lah tak straight A’s but at least tak ada yang fail. Apalah Along ni… apalah hebat sangat dengan result yang straight A’s tu aku pun tak tahu.
Ramai je yang straight A’s tapi tak pergi overseas.. ni pun nak jadi isu…
”Abang, Along bukan bercakap dengan tunggul. I’m talking to you, abang.”
Ija menoleh. Air muka abang dah berubah. Keruh. Habislah… perang dunia ketiga nak meletus dah ke? Adoi… abang ni kalau dah naik angin memang bahaya. Kalau tak karate, pencak silat dia keluar kejap lagi. Tak pencak silat, Taekwando… tolonglah tahan marah, abang.. pleeaassseeee….
“Along nak abang cakap apa?” ah sudah… abang dah bersuara. Habislah…. Ija menggigit bibir bawah. Sikit pun dia tak berani nak menyampuk. Kang kena penampar Along lagi haru.. Along membuntangkan biji mata pandang abang dengan marah yang meluap-luap. Tak sempat Along nak lepaskan peluru berpandu, abang dah lepaskan bom nuklear. “Apa masalah Along ni? Apa? Hebat sangat ke result Along dulu sampai Along dapat sambung belajar kat overseas? Wajib ke dalam keluarga kita ni untuk belajar kat overseas tu? Abang tak pernah tahu kalau-kalau rule macam tu ada dalam rumah ni.. pelik ke kalau dalam keluarga kita ni ada yang tak dapat straight A’s? At least.... abang tak tergolong dalam kategori orang-orang yang fail SPMnya. Cuma tak dapat straight A’s je. Does it matter to you?”
“Yes, it does.” Cepat Along menjawab. Adoi… dah makin panas suasana kat sini. Hesy.. dah dah la Along.. result dah keluar dah pun. Nak membebel sampai keluar anak tekak pun tak guna dah.
”Jangan samakan Along dengan abang. Kepala abang ni tak bijak macam Along sampai boleh sambung ke overseas. Jangan pernah terlintas dalam kepala Along nak jadikan abang ni macam Along. Abang tak suka! Abang tak suka ada siapa-siapa yang sesaje nak atur hidup abang. I know what I’m doing.”


Sejak peristiwa tu sampai lah ke hari ni memang abang tak kamceng dengan Along. Sampai adik pun terikut. Adik terikut tak kamceng bukan sebab Along marah-marah abang. Tapi dalam rumah ni memang seolah-olah Along je yang betul. Along sorang je la anak ummi dan abi yang cemerlang. Hati mana yang tak terasa. Alahai…. Nasib baik abang jenis yang selamba dan suka buat muka dua puluh sen merata-rata. Tak nampak sangat lah kuciwa nya. Tapi kadang-kadang nampak juga muka abang yang sedih tu. Aku pun kelu je lidah nak menegur. Memang Along dengan abang ni macam langit dengan kerak bumi...

SUARA IJA MENJERIT-JERIT mengejutkan Along yang masih lagi lena atas katil walhal masa tu dah pukul sepuluh pagi. Sambil turun dari katil dengan malasnya, dia sempat meletakkan cermin mata atas batang hidung. Longlai kakinya melangkah menuju ke balkoni. Dari atas, dia melihat Ija tengah mengejar Ejoy dengan sebaldi air di tangan. Ejoy dah berlari-lari keliling kereta Honda Streamnya sambil gelak-gelak. Tanpa sedar, bibirnya mengukir senyum. Kalaulah hubungan aku adik-beradik dapat dipulihkan…..
“Adik!!!!!!” Ejoy pulak menjerit. Ija dah terduduk gelakkan Ejoy yang dah basah kuyup. “Padan muka abang!! Ha.ha.ha..” baldi ditangan dah terbang kemana.
Namun gelak tadi terhenti tiba-tiba. Pandangan matanya menala ke atas balkoni. Erk? Along? Alamak... nak kena bedil lagi ke ni? Ija dah buat muka cuak. Ejoy menurut pandangan adiknya ke atas. Apalagi yang nak dijadikan bahan marahnya pulak... sudah-sudah lah Long. Abang dah lali. Dah bosan. Dah tak lut pun kalau kena tengking kat sini. Tapi jangan nak marah-marah adik. Abang paling pantang ada orang marah adik tak tentu pasal.
Gulp! Alamak… Ija, kau ni asyik buat salah je. Adoi... kejap lagi kena lah kau dengan Along... Ija cepat-cepat bangun dan berpura-pura mencuci tayar sebelah belakang kereta berwarna hitam milik Ejoy. Debar dalam hati Allah je yang tahu.. tapi, tetiba matanya terasa panas. Aduh...
Aik? Nampak aku macam nampak hantu raya je.. tetiba senyap macam orang kena pukau. Adik, Along terlalu banyak berkasar dengan adik selama ini. Along minta maaf,dik. Kata-kata tu hanya terluah dalam hati aje. Nak cakap tapi lidah rasa kelu. Hatinya tak pasti samada Ija nak lagi ke tak dengar kata-kata dia. Kenangan yang dulu tu........
Ejoy bingkas lalu mendapatkan Ija. Muka Ija dah pucat. Takut dengan Along lah tu. “Adik… nanti kita keluar nak? Dating?”
Ija angkat kening. Buat muka pelik. Kenapa pulak dengan abang aku ni... “Tak takut kena bedil dengan Along ke?” Tanya Ija menduga. Ejoy dah buat muka tak faham. Apa kena mengena dengan Along?

Wednesday, October 13, 2010

petang yang sepi.........

SUASANA DI SEKOLAH hingar bingar dengan suara budak-budak ni. Ada yang menjerit. Ada yang menangis. Menangis? Tak tahu lah pulak menangis kegembiraan ataupun menangis sebab gagal dalam SPM.
”Amboi... dah macam mak orang aku tengok kau ni..”
Suara yang lain dekat ceruk lain pulak…..
“Alhamdulillah… berbaloi usaha keras aku selama ni..”
Dekat ceruk yang lain pulak...
”Pakwe aku dah masuk minang aku dah. Kita orang dah bertunang dah pun...”
Ija menggeleng sambil tersenyum sendiri. Bertunang? Adakah itu bermakna perkahwinan akan melabuhkan tirai dalam usia yang sangat muda? Hish… tak rugi ke? Muda lagi lah kita ni weh….
“Hai Nur…”
Erk? Nur? Ada orang panggil aku ke ni? Lambat-lambat Ija menoleh. Spontan, bibirnya tersengih sumbing. Hadi…..
“Makin cantik aku tengok kau ni. Ada mata air dah ke?” usik Hadi sambil melangkah beriringan dengan Ija menuju kedewan sekolah untuk mengambil keputusan peperiksaan. Debar didada dah makin menjadi-jadi. Terngiang-ngiang pulak kata-kata Along masa ni……
“Nak result teruk macam abang ke?”
Tak nak! Tak nak! Tak mao! Ija menggelengkan kepala. Hadi yang memandang dah naik pelik. ”Nur, kenapa geleng kepala sensorang? Nampak jembalang ke?”
”Ish..apa lah kau ni Hadi... ke situ pulak... aku sekeh baru tau...” penuh aksi Ija bersuara. Hadi dah ketawa terkekeh-kekeh dah. Budak ni aku sekeh betul-betul baru tahu. Aku tengah nervous nak ambik result periksa ni.... marah Ija dalam hati.
”Ala.... don’t worry lah. Kau tu mesti straight A’s punya... aku jamin..”
Aik... ingat aku duduk dalam penjara Pudu ke nak pakai jamin-jamin segala bagai?
”Nur!!!”
Langkah Ija dan Hadi terhenti. Dua-dua kepala menoleh. Dilihatnya Anati tengah berlari mendapatkan mereka. Ija dah tersenyum. Dah lama tak jumpa kawan baiknya itu. Kalau ya pun berhubung, melalui facebook dan Y!M je lah..
”Tinot!! Rindunya aku kat kau!! Sihat?” Anati dipeluk bagi melepaskan rindu. Pecah ketawa Anati sambil membalas pelukan Ija. ”Makin sihat ni haa....”
”Eh..hadi.. kau ada sekali? Ke... korang dah declare ni? Aku tak tahu pun..” lengan Ija dipukul lembut. ”Hoi! Kejadah ape declare-declare nya cik kak oi! Aku….”
“….sekeh baru tahu!” sambung Hadi selamba. Ija dah membuntangkan mata memandang Hadi yang tersengih kat sebelah. Hesy… budak-budak ni….
“Amacam result kau?” Tanya Ija tak sabar ingin tahu. “Guess what?”
“Apa nak guess-guess nya cik Tinot oii… bagitahu je lah…” tegur Hadi bersahaja. Anati mencebik. “Alhamdulillah… straight A’s…”
“Tahniah lah… aku memang dah jangka pun..” ucap Ija sambil memeluk erat bahu Anati. ”korang dah ambik result belum? Pergilah ambik cepat.. aku pun nak tahu result korang jugak.. aku tunggu, kay? Pergilah cepat! Pergi!”

GULP!! PERLU KE aku nervous macam ni? Relaks Ija… relaks….
Tapi ekpresi muka ummi, abi dan Along ni memang lah buat aku rasa macam nak jadi halimunan sekejap. Slip keputusan masih ada kat tangan ni. Cuma dalam dilema nak bagi ke tak… adoi… aku tak nak kena bedil dengan Along… serius tak mau… abang ni pun satu hal lah.. boleh dia drop aku kat main gate rumah tadi? Lepas tu blah macam tu je.. relaks Ija.. keputusan dah keluar dah pun.. bagi je kat diorang.. nak kena bedil ke.. nak kena bom ke.. masa tak boleh undur balik dah..

“Apa adik nak takut? Tunjuk je result tu kat ummi dan abi..” ayat Ejoy berbaur arahan. Ija menggigit bibir bawah. Abang cakap senang lah. Nanti mesti ummi dengan abi compare kan result adik ni dengan Along. Tu yang adik tak sanggup nak dengar tu.
“Along?” Tanya Ija sepatah. Ejoy terkedu sekejap. Ye tak ye jugak eh. Terlupa pulak Along ada sekali kat umah.
“Jadi kan kenduri kesyukuran malam ni? Nanti abang jemput jiran-jiran dengan kawan-kawan abang. Lepas hantar adik, abang terus pergi beli barang nak masak malam ni. Abang masak. Okey?” ejoy cuba menukar topik.
“Errr… adik ikut abang? Pleassseee…” rayu Ija. Ejoy yang tengah memandu menggelengkan kepala. “Tunjuk result adik dekat ummi, abi dengan Along. Abang sendiri bangga dengan adik. Takkan diorang tak bangga jugak kot.” Ejoy cuba memberi sokongan kepada adik kesayangannya. Ija mengeluh perlahan. Aduh… aku seram lah… nanti kena bedil macam Along bedil abang dulu.. mau tercabut nyawa aku kat situ jugak.
“Kay, adik try.” Lemah Ija bersuara. Ejoy tersenyum. “Macam nil ah adik abang.” Ejoy mengusap lembut kepala Ija yang ditutup dengan selendang.


Siap? Kay, hulur je slip tuh. Come on, Ija. You can do it. Wajah ummi dan abi tak beriak langsung masa tengok slip aku tu. Aku macam dah boleh agak apa yang ummi dan abi nak cakap…. Habislah…