Tuesday, January 25, 2011

semakin serasi...


EJOY TERBONGKANG DIATAS SOFA RUANG TAMU.
Dengan kunci kereta terjatuh kebawah meja dan telefon bimbitnya diatas meja kaca. Tambah lagi dengan televisyen yang terpasang. Nenek yang naik ke atas menjenguk cucunya itu menggelengkan kepala sambil mengeluh perlahan. Kipas yang ligat diperlahankan kelajuannya. Nenek mematikan televisyen.
“Ejoy....” panggil nenek lembut.
Tak bergerak. Sekujur tubuh itu kaku diatas sofa. Penat sangat la ni.
“Ejoy.... bangun... nenek nak ke pasar ni. Kamu jaga rumah. Jangan ke mana-mana.” Nenek menggoyangkan tubuh Ejoy. Lambat-lambat Ejoy membuka matanya yang berat. Memang mengantuk tahap apa tak boleh nak cakaplah.
“Nenek cakap apa, nek?” tanya Ejoy dengan suara serak basahnya. Masih berusaha membuka mata yang berat. Nenek menggelengkan kepala.
“Nenek cakap... nenek nak ke pasar. Kamu jaga rumah. Jangan ke mana-mana. Tahu?” ulang nenek dengan suara yang sedikit kuat. Ejoy terduduk. Digenyeh-genyeh matanya.
“Tak apalah nek. Biar abang hantar nenek eh. Abang nak mandi kejap. Nenek tunggu tau.”
“Hah..yelah.”

EJOY MEMBAWA BAKUL YANG BERISI SAYUR-SAYURAN DAN SEKILO IKAN KEMBUNG sementara nenek memilih buah-buahan untuk dijadikan hidangan pencuci mulut. Nenek ni kalau ada cucunya yang balik mesti dia berbelanja banyak. Orang sayang cucu katakan.
“Nak tembikai ke buah mangga?” tanya nenek yang masih tekun memilih. Ditangan kiri ada buah mangga sementara tangan kanannya menunjuk ke arah buah tembikai yang terletak disudut hujung rak buah-buahan.
“Nenek nak yang mana? Ikut nenek lah. Abang tak kisah.” Mudah jawapan Ejoy. Bakul yang dibimbit tadi diletak ke bawah. Dia kini turut sama membantu nenek memilih buah.
“Kuini tak nak nek?” tanya Ejoy sambil mengambil sebiji buah kuini yang masak ranum.
Nenek menoleh. “Ikut kamulah. Nenek tak kisah.”
“Nenek ni... Tiru ayat abang nampak?” usik Ejoy bersahaja. Nenek ketawa. Cucu aku ni tak cukup menyakat Ija, nenek yang dah tua ni pun nak disakatnya.
“Abang rasa kalau beli buah mangga atau tembikai, sama je nek. Abang ingat hari ni nak buat jus je. Okay?” Ejoy meminta pendapat nenek yang kembali berdiri disebelahnya. Nenek sekadar diam mengangguk.
“Abang, nak tembikai sebijik.” Ejoy meminta kepada pemilik gerai buah tersebut.

IJA MENGAGIHKAN GELAS-GELAS YANG BERISI JUS OREN kepada Kak Teh, Abang Mail dan Nick yang duduk disisinya. Akhirnya segelas jus lagi untuknya diletakkan dihadapannya. Dulang yang digunakan untuk gelas-gelas jus tadi diletakkan diatas meja kecil yang berdekatan.
“Ni je lah yang Ija reti buat sebagai tanda terima kasih kepada Kak Teh dengan Abang Mail sebab tolong Ija dengan Nick tadi.” ucap Ija sambil melabuhkan punggung disebelah Nick. Nick yang mendengar tersenyum. Kak Teh dan Abang Mail turut tersenyum.
“Tak apalah Ija. Kami gembira akhirnya Ija duduk kat rumah ni. Rumah ni sunyi sangat Ija. Kak Teh dengan Abang Mail je yang ada tolong jagakan rumah ni. Ni pun atas permintaan mama dan papa Ija.” Balas Kak Teh. Nadanya berbaur sayu menyapa pendengaran. Ija tersenyum.
“Terima kasih Kak Teh, Abang Mail. Ija tak tahu nak buat macam mana nak balas jasa baik akak dengan abang.” Ucap Ija terharu.
“Alah... tak de apelah,Ija. Kami buat ni ikhlas. Mama dengan papa Ija lagi banyak jasanya kepada kami. Sanggup ambil kami jadi keluarga angkat pun kami dah sangat bersyukur.” Abang Mail pula bersuara.
“Abang dengan kakak akan terus duduk sini kan? Nick cuma tak nak Ija duduk sorang-sorang kat rumah. Kalau ada kawan kat rumah ni, Nick tak adalah risau sangat.” Nick mencelah seraya meneguk jus oren miliknya.
“Nini bukan budak keciklah,Nick.” Ija memukul lembut bahu Nick. Bersahaja.
“Kecik tak kecik bukan masalahnya, sayang.” Nick memandang wajah isterinya.


NICK BARU SELESAI MEMAKAI BAJU KETIKA IJA MENAPAK MASUK KEDALAM BILIK. Nick sekadar diam memandang Ija yang berdiri dihadapan almari pakaian.
“Cari apa?” tanya Nick pendek apabila melihat Ija bagaikan mencari sesuatu di dalam almari pakaian itu. Nick melangkah menghampiri Ija memandangkan soalannya tadi tak berjawab.
“Nini, what are you looking for?”
Apa aku nak cakap dekat mamat ni. Takkan aku nak cakap direct? Hesy.. malu seyh.. yang aku pun satu, boleh pulak tak perasan yang benda tuh dah habis.
Ija bingkas. Menghadap Nick yang tertanya-tanya. Aduh... perut aku dah sakit giler ni. Kalau boleh buang perut ni sekejap, dah lama aku buang.
“Nini.... let me know if you need help.”
“Err... pad Nini...”
“Pad? Cooler pad ke?” tanya Nick lurus. Ija menggaru kepalanya yang tidak gatal. Bukan cooler pad lah. Aduh...... macam mana aku nak cakap ni. Tadi jumpa Kak Teh, Kak Teh punya pad pun dah habis.
“Pad... Err... tuala wanita.”
Nick terkedu. Tuala wanita? Hurrmmm... period ke budak ni? Takkan tak jumpa kat bawah almari ni. Nick menjeling ke dalam almari yang masih belum bertutup.
“Err... sebenarnya Nini tengah sakit perut ni. Period pain.” Luah Ija lambat lambat.
Nick mengangkat kening. “So?”
Ija menggigit bibir bawahnya. Aduh... nak ke mamat ni tolong belikan pad untuk aku?
“Err... dah habis.”
Nick mengerutkan dahi. “Apa yang dah habis?”
Ija menundukkan wajahnya. Tengah menahan kesakitan pun boleh blushing. Aduh... tak paham rupanya mamat ni.
Nick terdiam memikir. Menganalisis segala maklumat yang terkeluar dari mulut si isteri.
“Aaaaaa....” Nick terangguk-angguk. Ija mendongak. Paham dah ke?
“Brand apa?”

Friday, January 21, 2011

bila berdua..

“BUAT MASA NI NINI KENALAH STAY KAT SINI. Sorry. Nick tak sempat nak cari rumah yang proper untuk kita. So, Nick hope Nini tak kisah tinggal untuk sementara kat rumah sewa ni.”
Ija sekadar diam mengangguk. Anak matanya melilau memerhati ke segenap ruang rumah tersebut. Macam bukan dia sorang je yang tinggal kat sini.
“Kat rumah ni sepatutnya ada dua orang lagi kawan Nick. Sama-sama belajar dengan Nick. Tapi Nini tak payah risau sebab sekarang ni kitorang tengah cuti semester. Diorang berdua balik kampung. So, no disturbance I guess.”
Ija mengangguk lagi. Beg pakaian yang dibawa tadi beralih tangan. Nick membawa beg pakaiannya masuk kedalam salah sebuah bilik yang ada. Ija menuruti dari belakang.
Rahang bawah jatuh. Wow... what a.... mess... Ija menelan liur. Dia ni kuat study ke ape? Ija melilaukan pandangan ke sekitar bilik. Macam-macam jenis kertas bertampal di dinding. Semuanya adalah nota-nota. Reminder pun ada. Wow... busy tahap apa lah mamat ni. Tak cukup dengan kertas yang bertampal, almari yang ada pun penuh dengan buku-buku yang kebanyakannya berkait rapat dengan pengurusan sumber manusia. Dia ni ambik kos yang related dengan management ke ape?
Nick tersenyum melihat reaksi Ija. Dia bagai sudah menduga dengan respons itu.
“Sorry. Bersepah.”
Ija menjatuhkan pandangannya keatas Nick yang sekadar tersenyum. “Study hard huh?”
Nick ketawa.
“Katil bujang?”
Nick menoleh ke arah katil bujangnya. “Dah tu?”
Ija tersengih. “Tak de pe.”


PAGI ITU SELEPAS BERSARAPAN, Nick berangkat untuk pergi kerja. Yang Ija paling terkejut tu, masa hantar Nick ke pintu rumah, Nick kiss dahi dia lepas dia salam Nick. Nafasnya dah sesak. Rasa tak teratur.
“Duduk kat rumah elok-elok eh? Kunci pintu. Kalau ada pape, terus call Nick. Don’t delay.” Pesan Nick berbaur amaran. Ija tersengih. Macam aku ni budak kecik je.
“Okay boss.”
Tu sejam yang lalu, ni sekarang tengah tak tahu nak buat apa. Basuh baju dah, kemas rumah dah. Hurmm... mana mp3 player aku eh? Ija melilau mencari pemain mp3nya. Kat bilik kot.
Atas meja? Tak ada. Dalam beg? Tak ada. Dekat almari? Tak ada jugak. Mana aku buang mp3 player aku? Ija menggaru kepalanya yang tidak gatal. Rambut yang tadi diikat satu dibiar mengurai. Tuh hobinya. Membiarkan rambut lurusnya mengurai tak diikat.
Kakinya melangkah menuju ke almari cermin. Dibelek-belek rambut yang dah memang panjang sampai ke pinggang. Panjang sangat eh rambut aku? Pagi tadi masa baru bangun tidur, Nick terperanjat giler nampak aku dengan rambut yang serabai ni. Bukan hari ni je aku rasa. Hari-hari dia terperanjat kot. Tapi yang pagi tadi tu tahap terperanjat sampai terlepas tali leher dari tangan. He.he. mintak maaf lah ye. Ija ketawa kecil.
Nick reti potong rambut tak? Ija bertanya dalam hati. Kesian pulak tengok dia asyik terperanjat tengok aku dengan rambut panjang macam ni. Tak pasal-pasal keluar paper, muka depan. Title besar. ‘SUAMI MENINGGAL MENDADAK MELIHAT ISTERI YANG BARU DUA MINGGU DINIKAHINYA.’ Ha.ha.ha... hisy..mintak dijauhkan.
Dah dua minggu bergelar isteri. Dan dah dua minggu jugak tinggal berdua dengan dia. Sedikit demi sedikit aku kenal suami aku siapa. Memang sibuk semedang. Belajar sambil bekerja rupanya. Master’s student. Dalam seminggu, kalau nak diikutkan sehari je dia boleh spent full time untuk aku ni. Tapi tak apalah. Dia mencari rezeki sambil mencari kepuasan sebagai seorang mahasiswa.
Yang uniknya pasal husband aku ni, dia suka bercerita dulu kat aku sebelum aku tidur. Kadang tu aku tertidur kat bahu dia. Pernah juga tertidur sama dengan dia kat atas sofa. Dengan aku lentok kat bahu dia dan dia tidur dengan kepalanya mendongak keatas. Padahnya, aku lah kena tolong urut leher dia bila bangun tidur keesokan harinya. Ija ketawa kecil.

“Nick, kalau kita duduk rumah arwah mama dengan papa Nini nak tak?” tanya Ija suatu malam ketika mereka baru selesai makan. Waktu itu, Nick tengah mencuci pinggan yang kotor dan Ija mengemas meja makan.
“Tak apa ke?”
Ija melangkah menghampiri Nick yang masih berada dihadapan sinki sambil membawa kain kotor yang baru digunakan untuk mengelap meja makan. Nick bergerak kekiri sedikit. Memberi ruang kepada isterinya untuk mencuci kain lap tersebut. Pinggan yang sudah bersabun diletakkan ditepi sinki dahulu.
“Okey je lah. Lagipun tak ada siapa duduk rumah tuh. Nini kan anak tunggal arwah mama dan papa. Yang ada kat rumah tuh cuma pembantu je. Kak Teh dengan suaminya. Suaminya jadi tukang kebun kat sana.”
Nick yang mendengar diam mengangguk. Selesai mencuci kain lap, Ija menyidai kain ditempat khas disebelah kanan sinki. Nick kembali membilas pinggan yang dah bersabun tadi. Ija masih berdiri disisi suaminya.
“Nick tak kisah. As long as Nini selamat duduk kat sana. Kalau jadi apa-apa kang tak pasal-pasal Nick kena jawab dengan abang kesayangan Nini tu.” balas Nick bersahaja.
“Nini dah besar lah, Nick.”
“Ye.. tapi Nini isteri Nick. Tanggungjawab Nick. Ingat tu.” Hidung Ija dicuit dengan jari telunjuk Nick yang basah. Ija mengesat batang hidungnya yang basah dengan belakang tangan. Bibrnya mnarik senyum nipis.
“Ikut Nick lah. Bila Nick free, kita pindah masuk rumah mama papa kay?”
“As you wish madam.”


Ija duduk diatas katil bujang milik Nick. Bilik yang simple tapi agak serabut dengan segala notes yang bertampal dan juga buku-buku yang ada. Ija menggelengkan kepala. Kalau aku kemas kang, takut apa yang dia cari tak jumpa. Kalau aku tak kemas, aku pulak boleh kena migrain duduk dalam bilik yang penuh buku ni. Hurmm.. biarlah.. daripada dia yang kelam kelibut tak jumpa apa yang dicari, baik aku je yang kena migrain.
Ija merebahkan tubuh diatas katil. Tiba-tiba dahinya berkerut. Apa ni? Ija meraba bawah kepalanya. Ditarik dengan tangan kanannya. Hah! Mp3 player. Mesti ada headphone sekali. Laaa.... headphone jatuh bawah katil. Patut aku tak jumpa.
Mood jiwang dah tiba. Hahah... layan lagu jiwang lah nampaknya. Lama-lama, Ija terlena sambil telinganya disumbat dengan headphone. Lagu mp3 bertukar ganti bersama dirinya yang hanyut dibuai lena.

sesi ice-breaking ija dan nick...

SELESAI SOLAT MAGHRIB, Ija menyusun hadiah-hadiah perkahwinan dari para jemputan yang datang ke majilis perkahwinannya pagi tadi bersebelahan dengan almari pakaian. Memang lah riuh rendah bila kawan-kawan datang membawa hadiah sambil mengucapkan tahniah kepadanya. Ija tersenyum sendiri.

“Asal cepat sangat kahwin? Kau kata nak kahwin dengan aku.. ni dah mungkir janji ni.” Selamba Iman berkata-kata selepas mengucapkan tahniah. Pengantin lelaki yang mendengar sekadar tersenyum. Ija dah buat muka blur. Hadiah pemberian Iman dan Iz bertukar tangan.
“Aku tak ada janji nak kahwin dengan sape-sape, kay? Kau jangan sukati nak keluarkan janji kau yang auta tuh. Aku sekeh baru tahu.” Balas Ija. Iman, Iz dan Amir melepaskan tawa. Ija dah buat muka dua puluh sen.
“Apa pengantin cakap sekeh-sekeh dengan tetamu. Tak sopan betul.” Usik Iz pula. Ija dah keluar jeling maut. Iz tersengih.


Alhamdulillah. Segalanya berjalan lancar hari ni. Aku redha dengan ketentuanMu, Ya Allah. Kalau ini takdir yang tercipta untuk aku. Aku redha. Abang pun nampaknya gembira untuk aku. Ummi dan abi apatahlagi. Cuma along je yang tak dapat balik. Ada urusan penting yang memaksanya tidak dapat pulang kali ni. Tak apalah, bukannya along sengaja tak nak balik.
Suami aku kat bawah lagi. Lepas solat Maghrib tadi terus turun nak membantu apa yang patut. Sedangkan aku? Huh.. penatlah. Surrender.. tak larat.. Suami? Ngeri je aku dengar. Pagi tadi masa majlis membatalkan air sembahyang, masa tu lah baru aku nampak tuan punya badan. Sungguh. Aku terkedu. Bukan sebab handsome. Untuk sebab apa aku terkedu aku sendiri tak tahu. Nak kata handsome. Tak delah handsome sangat. Haha.. kutuk suami sendiri. Isteri jenis apa aku ni. Ija menarik senyum nipis.
Aku punya terkedu tu sampai kena tegur dengan ummi. Haha.. haru betul. Malu pun ada. Kira kantoi tenung lelaki yang baru berapa saat sah jadi suami aku. Hu.hu. haru betul.
Ija memicit tengkuknya sambil sebelah tangannya mencapai pemain mp3 yang terletak diatas meja kecil sebelah katil. Langkahnya dihayun menuju ke kerusi rehat yang terletak berhampiran dengan tingkap bilik. Punggungnya dihenyak ke kerusi tersebut sambil memakai headphone dikepala. Kepalanya disandar kebelakang dengan rambutnya dilepas mengurai. Fuh.. Lega giler dapat bukak tudung. Bernafas sikit rambut aku yang panjang mengurai macam pontianak ni. Hehe...
Lagu Maher Zain menyapa pendengarannya. ‘For the rest of my life’. Hurmm... Tenang betul jiwa ni bila dengar lagu-lagu dia. Perlahan, matanya tertutup. Bukan nak tidur cuma nak lepaskan lelah penat ni ha..
Bunyi tombol pintu dipulas membawa Ija kedunia nyata. Lelaki itu melangkah masuk kebilik sambil mengesat peluh yang menitik didahi. Ija menurunkan headphone ke leher. Menyambut suaminya dengan senyuman. Ija melihat lelaki itu menarik kerusi pusing yang digunakan untuk belajar ke sebelah Ija.
“Lepak betul hari ni.”
“Hurmm.. boleh tahan.” Ija membalas perlahan. Lelaki itu kelihatan ringkas dan bersahaja dengan T-shirt berwarna biru dan berkain pelekat. Kopiah putih tersangkut di kepala. Boleh tahan. Dalam diam Ija memuji. Heh.. angau dah ke? Huishh... mana de... ija menyangkal bulat-bulat dalam hati.
“You okay?”
“Yeah... I okay.” Balas Ija.
“You okey ke dengan I?”
Diam. Hanya anak mata mereka saling berpandangan.
“Well... sorry pasal sebelum ni I tak dapat nak spent time dengan you. I mean untuk kenal-kenal, I busy sikit.”
Ija menarik senyum nipis. “Tak apa. Busy kerja kan.”
Aduh... aku dah mula nervous ni. Mamat ni asyik senyum je dari tadi. Mahu gugur jantung aku ni tengok senyum dia.
“26?” soal Ija pendek.
“Sorry?”
“Err.. i mean your age.”
Lelaki itu mengangguk. Tersenyum lagi.
“Why?” lelaki itu bertanya.
“Tak nampak macam 26.” jawab Ija pendek. Lelaki itu ketawa kecil.
“Really? Ha.ha.. you? 18 kan?”
Ija angguk. Kenapa? Muda sangat eh?
“Kira kita ni macam abang dengan adik, you know. Ejoy pun baru 22.”
Ija sengih. Adik-beradik? Boleh lah dikira macam tuh. You pun tinggi melangit. I ni rendah je. Kita punya tinggi rendah ni bolehlah kalau nak diibaratkan macam Pierre Andre dengan Sharifah Amani kan? Hehe..
“Memandangkan kita tak ade proper introduction sebelum ni i guess.. so.. kita start malam ni la...”
Senyap. Sekadar mendengar.
“Muhammad Ridzuan. Call me Nick.” Suaminya menghulur salam perkenalan. Ija terkedu sekejap.
Proper introduction huh?
“Nur Annyss Khadeeja. Ija.”
“Can I call you Nini? Nampak lagi comel.” Nick membuat permintaan. Nini? Pun boleh.
“Okey.”
“Kenapa orang panggil Nick?” tanya Ija ingin tahu.
“Nickname dari kecik i guess...”
Ija sekadar mengangguk. Nickname.. macam anak kucing pulak.. haha...

Thursday, January 13, 2011

ape suda jadi....

PUSING KE KIRI. GOLEK KE KANAN. Aduh... mata tak nak pejam. Ija bingkas dari pembaringan. Dah pukul satu pagi dah. Ija mendengus perlahan. Tangan kanannya meraba perut. Senaknya perut aku. Masuk angin. Nak kata tak makan. Makan. Banyak lagi ada aku melantak. Hari ni abang masak. Nyumm... nyumm.... ikan bawal masak masam manis dengan sayur kailan goreng ikan masin. Berapa kali dah aku tambah nasi tadi. Sampai kena tegur dengan nenek.
Ija menyimpul rambut lalu menyepitnya dengan sepit rambut ala chopstick yang terletak diatas meja kecil bersebelahan dengan katil. Beberapa kali dia menepuk dadanya sambil melepaskan sendawa.
Pemain mp3 disebelah bantal dicapai lalu headphone ditukar dengan earphone. Sambil menyumbat earphone ke telinga, ija bangun mengambil botol minyak angin diatas meja solek. Selesai menyapu minyak angin kesekitar perut, ija melepaskan sendawa lagi. Dia tersenyum sendiri. “Bak kata abang, aku ni banyak sangat lubang. Senang angin masuk. Lagi banyak angin, memang pesta sendawa lah jawabnya.” Ija mengomel sendiri.
Lagu kumpulan XPDC yang bertajuk aku masih disini berdentum ditelinga. Ija kembali merebahkan tubuh keatas katil. Matanya dipejam sambil menikmati lagu mp3 yang terpasang. Tiba-tiba dia teringat perbualannya bersama ummi dan abi sebelum mereka semua pulang.

“Pertimbangkan apa yang abi cakap hari tu. Mesir ataupun kahwin.”
Adush.. macam mana aku boleh lupa. Ngee! Ngeri aku dengar perkataan kahwin ni lah.. ija tersenyum sumbing. Ligat otaknya mencari helah. Sambil anak matanya menjeling Ejoy disebelah, tangannya mencuit lengan Ejoy. Ummi yang perasan dengan kelakuan Ija terus bersuara. “No more excuse,my dear.”
Aik.. lain macam je suara ummi. Ton suara tuh yang buat aku terasa nak jadi halimunan sekejap. Huhu.. Ejoy dah tersengih. Tak boleh nak escape lah dik. Padan muka. Haha. Ejoy ketawa dalam hati.
“Ha.ha. Of course ummi. Of course.” Jawab Ija disertai dengan tawanya yang plastik tu.
“Jangan lambat-lambat. Mesir takkan tunggu. Pihak lelaki pun tak nak tangguh.” Pesan abi lagi. Ija sekadar tersenyum. Ejoy mengetap bibir. Menahan tawa.

Ija membetulkan kedudukan tubuhnya diatas katil. Aku kalau boleh tak nak ke Mesir. Aku tak nak jauh dari ummi, abi dan abang. Tak nak juga jauh dari arwah mama dan papa. Tapi dalam masa yang sama, aku tak nak kahwin. Entah dengan siapa aku kena kahwin, aku pun tak tahu. Orangnya pun aku tak kenal. Jumpa lagi lah tak pernah. Aduh.. ni bukan lagi ditelan mati emak, diluah mati bapak. Ni dah macam ditelan aku ke Mesir, diluah aku kena kahwin. Ala... tak mau.. tak mau.. Ija menggeleng sendiri.
Ija memusingkan tubuhnya dari kiri ke kanan. Tapi, memandangkan aku tak nak jauh dari arwah mama dan papa. Adalah lebih baik aku jangan ke Mesir. Lima tahun tu. Bukan sekejap. Mahu mati kutu aku dibuatnya. Mati kena kejar dengan mumia. Ha.ha.
Dan.... kalau kahwin pulak..... hurmm.. macam mana ye... Ija menggosok dagunya sambil berfikir. Pemain mp3 kini memutarkan lagu kumpulan Element, ‘cinta tak bersyarat’.
Kalau kahwin..... aku okey je kot. Tapi..... seram lah pulak. Kahwin tu.... bukan kahwin olok-olok... ni kahwin real punya. K.A.H.W.I.N Ija. KAH-WIN.
Ija mengeluh perlahan. Aku faham niat ummi dan abi. Nak aku ada masa depan. Macam yang abang cakap. Tapi..... kalau kahwin tuh, masa depan jenis apa yang ada. Adalah jugak. Ada suami. Ada orang tanggung kita. Ada orang jaga kita. Ada orang bagi makan. Bagi minum. Tugas aku sebagai isteri? Masak. Kemas rumah. Basuh baju. Layan suami dengan baik. Ikut cakap dia. Hurmm.. boleh tahan.
Aku pernah dengar satu ceramah agama ni. Perempuan ni senang masuk syurga. Antara syaratnya jaga solat, puasa, jaga faraj, ikut cakap suami. Lalu masuklah kamu wahai kaum perempuan dari mana-mana pintu syurga yang kamu mahu.
Haaa..... nak kahwinlah kalau macam tu. Ija tersenyum sambil menganggukkan kepala. Kini pemain mp3 memainkan lagu kumpulan Sting, ‘Ingatku dalam doamu’.
Tapi.... tiba-tiba aku teringat cakap ummi. “Ija ingat kahwin tuh senang?” Naaa..... ni yang tak sedap didengar.. nak belajar susah. Tak nak belajar lagilah susah. Rupanya kahwin pun susah? Haiyoo....
Ija menepuk dahi. Lama dia terdiam. Lambat-lambat dia bangun. Dia tahu dia harus melakukan sesuatu. Ya. Harus. Earphone dicabut dari telinga. Dia turun dari katil. Keluar dari bilk menuju kebilik air yang terletak dibahagian dapur rumah nenek. Dia ingin meminta petunjuk dari Allah s.w.t. melalui solat hajat dan solat istikharah. Sesampainya di hadapan bilik air, dia menyinsing lengan baju tidur dan mula berwudhu’.


DAH DUA MINGGU AKU KEMBALI SEMULA KE RUMAH UMMI DAN ABI TERCHENTA. Hurrmm.. keputusan dah dibuat. Alhamdulillah. Akhirnya aku berjaya memilih satu antara dua. Dan abi serta ummi surelah tak ade bantahan. Lagi suka adalah. Terima kasih Ya Allah, ENGKAU telah mempermudahkan urusan hambaMU.
Suatu petang abang datang kat aku, tanya sesuatu dengan berbisik. “Betul ke adik nak kahwin ni?” Macam biasa, aku buat muka lima sen. Bila Ejoy buat muka tak puas hati, aku gelakkan dia. Macam budak kecik.
“Ye. Adik abang ni nak kahwin. Nape? Nak kahwin sama-sama?” usik Ija sambil tersengih.
“Abang tak nak kahwin. My girl dah kena kebas.” Jawab abang selamba. Ija ketawa.
“Oloh kesian... nanti Ija suruh ummi dengan abi carikan calon untuk abang.” Ija meraih bahu abang dengan tangan kirinya sambil sebelah lagi tangan menumbuk lembut dada lelaki itu. Ejoy diam. Tidak memberi respons. Gembira tak. Sedih tak.
“Abang nak kahwin dengan Ija je.”
Ija membuntangkan mata. Kerja gila betul. Ummi dengan abi dah kata tak boleh. Nak buat pekak telinga je ke? “Abang kenal tak dengan bakal adik ipar abang tu?”
Diam. Hanya kepala digelengkan. Sungguh saat itu hati Ejoy tercuit. Senang cerita terasa hati la.
“Ummi cakap dia sibuk. Majlis kahwin ni pun family members dia yang tolong uruskan. Dia sibuk dengan apa agaknye?” Ija bertanya lagi. Ejoy memilih untuk membisu. Membiarkan Ija berteka-teki. Jauh disudut hati, dia bimbang akan hubungannya dengan Ija yang bakal renggang selepas adiknya itu berkahwin dengan lelaki pilihan orang tuanya. Abang sayang adik. Sungguh abang sayang.

for the rest of my life..

PAGI-PAGI LAGI IJA DAN NENEK DAH HILANG KE PASAR BASAH.
Ummi sedang leka menyidai pakaian yang baru dicuci. Abi pula duduk di luar berhampiran dengan ummi yang sedang menyidai kain sambil membaca akhbar Metro. Ejoy yang baru bangun mengorak langkah menuju kebilik Ija. Pintu bilik itu diketuk beberapa kali. “Adik..” panggil Ejoy. Tiada respons. Ejoy menggaru kepalanya yang tidak gatal. Pelik. Mana pergi budak ni? Pagi-pagi dah hilang.
“Ummi......”
Abi memalingkan muka memandang kedalam rumah. Dahinya berkerut.
“Apa kena anak bujang awak tuh terpekik terlolong pepagi buta ni? Mengigau ke apa..” tegur abi seraya menggelengkan kepala. Ummi yang mendengar tersenyum.
“Dia tu abi macam lah abi tak kenal. Tuh mesti tak nampak Ija lah tu. Kalau tak, tak adanya terpekik terlolong macam tu.”
Abi turut tersenyum sambil menggeleng kepala. Macam-macam lah anak-anak aku ni. Semalam tanya boleh kahwin ke tak.. hari ni dah macam kucing hilang anak je.. macam-macam kerenah.
“Ummi.....” Ejoy terduduk dimuka pintu belakang. Ummi dan abi senyap memandang anak bujangnya. Dah macam budak kecik merengek nak mintak susu je gayanya. Ummi menggelengkan kepala.
“Adik mana?” tanya Ejoy sambil menggaru-garu kepala dengan rambutnya yang serabai tuh. Kalau musim cuti, memang macam tu lah gayanya. Macam budak terencat pun ada. Jadi mental je semedang. Tambah-tambah bila dah habis belajar ni. Rambut pun dah makin panjang. Nasib baik rambutnya lurus dan Ejoy jenis yang menjaga rambutnya. Jadi kalau panjang pun masih lagi kelihatan stylo. Bak kata Ija. “Stylo giler abang dengan rambut ala-ala pelakon korea.”
“Adik pergi pasar basah dengan nenek.” Jawab ummi. Selesai sudah tugasnya menyidai kain. Mujur seluruh sudut rumah sudah dikemas oleh Ija. Ringan sikit kerjanya sebagai suri rumahtangga itu.
Ejoy buat muka lima sen. Pergi pasar basah? Selalu kalau nak pergi mana-mana mesti dia ajak aku. Hari ni tak. “Pergi dengan apa ummi?”
Ummi melangkah menghampirinya yang masih duduk dimuka pintu dengan membawa bakul kain berwarna merah. “Pergi dengan motor. Abi nak pergi tadi tapi dia kata tak payah. Dia nak naik motor dengan nenek.”
“Motor?? Bahaya betul. Bawak nenek pulak tu. Kalau jadi apa-apa macam mana? Hesy... risau lah abang.” bebel Ejoy dengan muka sememehnya tu.
“Risaukan nenek ke....risaukan Ija?” abi mencelah. Ummi dah tersenyum sumbing. Ejoy dah buat muka blur. Apa kena abi ni? Nak menyakat aku pulak.
“Alah abi ni.... abang risaukan dua-dua.. ija tu adik abang... nenek tu nenek abang... dua-duanya penting dalam hidup abang lah..”
“Ala... nak usik sikit pun tak boleh. Sejak bila abang jadi sensitif ni..” usik ummi pula. Ejoy tarik muka empat belas. Sejak bila ummi dengan abi bersekongkol ni? Aku tak tahu pun.


“TAK SENONOH BETUL ABANG.”
Seikat kacang panjang melayang tepat mengenai muka Ejoy yang tengah mengupas kulit bawang besar. Ejoy tak membalas. Sekadar melepaskan tawanya. Adik aku ni memang haru lah. Baling aku dengan kacang panjang. Hampeh.
Nenek yang sedang menyiang ikan kembung di sinki turut ketawa mendengar celoteh cucu-cucunya. Ija kembali mengambil kacang panjang yang jatuh didepan Ejoy. Sengihnya belum habis. Lucunya tak sudah mendengar cerita abangnya disakat abi dan ummi pagi tadi. nak mengalir jugak air mata aku ni gelakkan abang. Ade ke patut? Terduduk kat pintu dengan gaya serabai. Macam budak terencat je.
“Aduh abang ni... reti kopek bawang ke tak ni? Lembap betul.. kalau macam nilah gaya, alamat mati kebulur lah ija jawabnya.” ngomel Ija sambil mengerling kearah abang yang kelihatan dah mula buat muka dua puluh sennya tu.
Lobak dan kacang panjang dah siap dipotong. Tinggal basuh dan bolehlah dimasak. Apa lagi nak kena potong ni? Ija mencongak sendiri.
“Amboi.. amboi.. amboi.. sesedap lobak merah je mengata abang. Kalau bukan sebab abang, Ija tu pun belum tentu reti potong kacang panjang dengan lobak tu tau. Entah-entah masak pun fail.” balas Ejoy bersahaja sambil tersenyum nakal.
Ija membuntangkan mata memandang Ejoy yang buat muka seposen je. Mengata aku pulak. Lebih nampak.
“Nenek... tengok lah abang ni.” jerit Ija seakan mahu merengek memanggil nenek.
Nenek sekadar senyap melepaskan tawanya melayan kerenah cucu-cucunya.


DARI ‘STAY’ NYANYIAN ESTRELLA KINI BERTUKAR DENGAN LAGU BERTAJUK ‘MIRAGE’ NYANYIAN KUMPULAN PESAWAT.
Ija terangguk-angguk melayan lagu-lagu mp3nya. Pemain mp3 dibiar tergantung dileher sambil dia duduk bersila disofa yang terletak dianjung rumah nenek sambil membaca majalah Dara.Com.
Sepuluh minit yang lalu, dia mendapat panggilan dari ummi memberitahu bahawa mereka telah selamat tiba di rumah. Ummi dan abi tadi agak mendesak Ija supaya ikut pulang bersama mereka, namun nenek berjaya meredakan keadaan dan berkata bahawa dia yang meminta Ija tinggal lama sedikit bersamanya. Sekurang-kurangnya nenek ada teman. Itulah jawapan nenek. Akhirnya ummi dan abi lembut hati izinkan Ija untuk tinggal beberapa hari lagi bersama nenek.
Ejoy yang pada awalnya mahu pulang sekali dengan ummi dan abi turut membatalkan niatnya. Bila ditanya, Ejoy menjawab “Abang rindu kat nenek. Nak stay lama sikit lah.”
Ha-ha-ha. Haru betul abang aku ni. Cakap je lah nak balik dengan aku. Habis cerita. Ni tak. Bagi alasan yang......yang tak berapa nak logik kot. Heheh..
“Adik...” sergah Ejoy dari belakang. Namun Ija tidak memberi sebarang respons.
Huh! Hampeh! Buang karan je aku punya semangat sergah dia. Dia pulak boleh terangguk-angguk dengan mp3 dia tu. Sekeh baru tahu.
Eh! Tak boleh nak sekeh-sekeh dah. Bukan muhrim. Haha.. alasan tak masuk kepala betul.
“Khusyuk betul dia baca majalah sampai abang sergah pun tak terkejut.” tegur Ejoy sambil menurunkan headphone dari kepala Ija. Ija yang agak terperanjat dengan tindakan Ejoy kemudian melepaskan tawanya.
“Sorry... “
“Hurmm... biasa da..” Ejoy buat-buat merajuk. Tarik muka empat belas. Ija menolak lengan Ejoy dengan lengannya. “Mengada. Baling penyapu kang!”
Ejoy tersengih. Ah budak ni. Tu je lah trademark dia. Tak baling penyapu. Baling kuali. tak cukup kuali, kalau boleh dengan periuk belanga nenek pun dia nak baling.
“Adik dengar lagu apa?”
“Maher Zain. For the rest of my life.” Jawab Ija sambil matanya terus tertumpu pada isi majalah yang dipangku. Ejoy sekadar mengiakan.
“Lagu baru kan?” tanya Ejoy sambil membetulkan kedudukan disebelah Ija. Ija sekadar mengangguk.
“For the rest of my life, i’ll be with you, i’ll stay by your side, honest and truth, to the end of my time, i’ll be loving you, loving you...” bait-bait lirik lagu Maher Zain meniti perlahan dibibir Ejoy. Ija yang mendengar menoleh.”Aik.. dah hafal dah?”
“Well.....” dengan muka bangga Ejoy menjawab. Ala... takat lagu Maher Zain, apalah susahnya. Dah download ari tuh, dengar banyak kali. Mesti lah dah hafal.
“Lagu tuh untuk adik, kay?”
Ija yang dah memberi fokus semula kepada pembacaanya menoleh lagi. Kali ni dengan air mukanya yang penuh kehairanan. “Apa hal pulak?”
Ejoy tersenyum. “Just joking lah.”
Adik lupa ye. I mean it whatever i’m saying to you. Abang tak pernah main-main. Kalau dari dulu abang tahu Ija bukan adik kandung abang, dah lama abang masuk line. Sekarang ni dah lambat, ummi dengan abi tak bagi lampu hijau. Tuh dah satu hal. Satu hal lagi, ummi dengan abi dah ada calon untuk Ija. Hesy... melepas lah aku nampaknya.
Ejoy menarik senyum nipis.
“Apa hal abang ni sengih sorang-sorang? Kena sampuk ke apa? Menakutkan tahu tak?” tanya Ija dengan nadanya yang sedikit marah. Ejoy menoleh. Dia tersenyum lagi. Abang sayang adik. Abang rasa sayang abang pada adik bukan macam sayang seorang abang pada adiknya, tapi........ macam dah lebih lah.
“Sah! Sah merengnya dah datang.” bebel Ija lagi.
“Grow old with me huh?” tanya Ejoy, perlahan tapi masih dapat didengari. Ija menoleh.
“Yeah...sure.” balas Ija selamba tanpa mengetahui maksud sebenar soalan Ejoy.
Ah, parah dah aku ni. Ya Allah. Tolong lah aku. Jangan lah bagi sape-sape pun perasan yang aku ni dah jatuh cinta kat adik aku sendiri.

tak boleh lah pulak....

“ABANG NAK IJA ADA MASA DEPAN, NENEK.”
Luah Ejoy yang masih bersandar pada dinding rumah nenek. Nenek mengeluh perlahan. Cuba mencongak masa depan cucu angkat yang dah dianggap macam cucu sendiri. Antara cucunya yang ada, Ija merupakan cucu kesayangannya. Atas sebab apa, nenek sendiri tidak pasti. Entah apa reaksi Ija seandainya dia mengetahui hal yang sebenarnya. Itu diluar dugaannya.
“Ija dah tahu?” tanya nenek sambil merenung sekujur tubuh lesu dihadapannya. Cucu lelakinya itu tidak ada selera makan sejak mengetahui kenyataan yang sebenar.
Soalan nenek dibalas dengan gelengan. Ejoy meraup wajah lesunya sambil mengeluh perlahan.
“Kalau Ija tahu nek..... alamat perang dunia ketiga lah jawabnya.”
Ija yang berdiri tegak dibalik pintu,terkedu. Kalau aku tahu? Perang dunia ketiga? Apa yang aku tak tahu lagi ni? Ija berteka-teki sendiri.
“Kenapa abang risaukan masa depan Ija? Apa yang Ija tak tahu lagi ni?” sampuk Ija yang baru keluar dari bersembunyi dibalik pintu. Dia ingin tahu apa yang cuba disembunyikan abang. Hari ini. Saat ini.
Ejoy yang terkejut,terdiam. Ija dengar? Anak mata nenek dan Ejoy saling berpandangan. Sepi tanpa suara. Melihat riak wajah abang, Ija jadi semakin tertanya-tanya.


SUASANA SEPI MENYELUBUNGI RUANG TAMU RUMAH NENEK. Hanya kedengaran bunyi kipas angin yang berputar pada kelajuan yang sederhana. Bunyi televisyen yang terpasang tidak dihiraukan. Ada benda lain yang perlu diberi perhatian.
Ija duduk bersila diatas sofa sambil memeluk bantal bulat. Ejoy berdiri dibelakang Ija sambil melipat kedua tangannya kedada. Lagaknya dah macam polis yang tak berjaya lagi dapat maklumat yang diinginkan dari pegawai-pegawainya. Ha.ha. apa kaitan?
Masing-masing bisu. Ummi dan abi turut senyap. Direnungnya anak gadis yang senyap sedari tadi. Semakin bisu selepas ‘perutusan diraja’ ‘dibacakan’. Nenek yang duduk diatas sofa yang satu seat tuh turut sama sepi. Bagai memberi peluang kepada anak beranak angkat itu berbicara. Namun setelah hampir 15 minit, masih lagi sepi. Sesepi malam ini.
Ija dengan wajah selamba masih memfokuskan anak matanya ke skrin televisyen. Tak tahu nak bagi reaksi apa. Terkejut? Menangis? Melalak meraung? Tergelak terguling? Atau.... buat tak tahu je? Hurrmm.. susah juga kalau heartless ni. Lack of emotions. Lack of feelings. Or.... extremely don’t know how to express own feelings i guess.... huh.. complicated sungguh jalan cerita aku ni...
Ejoy dilanda kehairanan yang berganda apabila melihat Ija seperti tugu Negara tu. Happy tak.. sedih pun tidak.. menangis pun tidak.. apa adik aku ni dicipta untuk jadi heartless ke hape.... kompius betol aku dibuatnya.
Ejoy menggaru kepalanya yang tidak gatal. Hesy adik aku ni..... biar betul ni... no respons.. nothing.. zero.. pandangannya tertuju kearah ummi dan abi yang masih merenung Ija. Orang tuanya itu kelihatan sedih kerana terpaksa memberitahu kenyataan yang sebenar. Dipandangnya pula nenek yang duduk tidak jauh dari ummi dan abi. Turut senyap. Dan kelihatan agak sedih disitu.
Tiba-tiba Ija bergerak. Menurunkan kedua kakinya ke lantai dan meletakkan bulat disisinya. “Ija nak kedapur. Buat teh panas.”
Ejoy mengerutkan dahinya. Pantas tangannya meraih lengan Ija yang hampir bingkas dari duduknya. “Wait... kita tak settle lagi,dik.” ujar Ejoy perlahan. Nada suaranya lemah. Ija menoleh kearah abang angkatnya seraya tersenyum.
“Ija rasa settle dah. Ija rasa tak ada apa yang Ija tak tahu lagi. Kan ummi? Abi?” Ija berpaling kearah ummi dan abi pula. Kini ummi dan abi pula dilanda kehairanan.
“But.... how do you know? From who?” soal Ejoy ingin tahu. Dia semakin keliru apatahlagi selepas melihat Ija tidak memberi sebarang reaksi terhadap apa yang diberitahu oleh ummi dan abi kepadanya.
Ija tersenyum lagi. Dia memetik jari. “Magic!”
“Come on Ija... tell me..” Ejoy sedikit mendesak. Macam mana Ija boleh tahu sedangkan yang tahu hal ni cuma ummi dan abi. Aku tahu pun lepas ummi bagitahu dan tunjuk segala keratan akhbar, gambar dan sijil kelahiran Ija. Anak usahawan berjaya rupanya adik aku ni. Arwah orang tuanya mempunyai perniagaan sendiri namun terkandas begitu sahaja sejak kemalangan ngeri itu.
Ija kembali melabuhkan punggung kesofa. Dia bersila. Dan Ejoy diminta untuk duduk bersebelahan dengannya. Ejoy sekadar diam menurut.
“Ija dah lama tahu...”
Semua yang ada disitu ternyata kaget mendengar kenyataan yang terkeluar dari mulut Ija. “Sejak bila?” tanya Ejoy tanpa sabar.
“Sejak kecik... darjah 4 i guess.. Ija tak ingat lah..” Ija ketawa kecil. Jelas terpancar diwajahnya yang dia tidak sedih mendengar kenyataan yang dia hanya anak angkat.
“Ija....” ummi memanggil. “Maafkan ummi dan abi..” ummi menggenggam erat tangan suaminya. Ija tersenyum lagi. “Ummi, abi, abang dan nenek tak ade salahnya dengan Ija. Along pun tak ada salah apa dengan Ija..” ucap Ija yakin dan bersahaja.
“Macam mana Ija tahu tu biarlah rahsia eh..” Ija buat muka lima sen. Ija tersengih apabila melihat riak wajah Ejoy yang seakan tidak berpuas hati. “Alah abang ni.... macam budak kecik je nak merajuk dengan Ija...” Ija memukul lembut bahu Ejoy dengan bantal bulat. Ejoy ketawa kecil. “Nakal eh Ija. Dah tahu tapi buat-buat tak tahu.” usik Ejoy.
“Ija pasti Ija tak apa-apa?” abi yang sejak tadi diam mula bersuara.
“Ija okey je abi... see? Ija okey je kan.... Ija dah besar la..”
Nenek menarik nafas lega. Alhamdulillah. Berulang kali wanita tua itu memanjatkan kesyukuran kehadrat Illahi. Terima kasih Ya Allah. KAU telah mempermudahkan urusan hamba-hambaMu ini.
“Tapi.... ada satu benda yang Ija tak tahu...”
“Apa dia,nak?” sambut abi lembut. Bibirnya menarik senyum melihat anak angkatnya.
Dia sangat bersyukur kerana apa yang dijangka akan berlaku tidak berlaku. Malah Ija dah tahu rupanya. Tetapi kenapa mengambil langkah untuk mendiamkan diri? Abi sendiri tidak pasti.
“Ija dengan abang boleh kahwin tak?”
Semua yang ada disitu terperanjat mendengar soalan Ija. Ija tersengih sumbing memandang nenek, ummi, abi dan yang paling terperanjat riak wajahnya ialah abang.
Mesti abang ingat aku nak kahwin dengan dia ni... hehe...
Budak ni macam tahu-tahu je apa yang aku tengah fikir sejak semalam. Hehe... bagus jugak kalau Ija kahwin dengan aku... haha...
“Dari segi hukum syarak... boleh.... Tapi......” kata-kata abi terhenti disitu. Ejoy berdebar. Abi, tolonglah cakap boleh. Please....... jawab lah yang abang boleh kahwin dengan Ija...
“Tapi kami dah anggap Ija ni macam anak kami sendiri. Jadi kami kalau boleh tak nak Ija nikah dengan abang..” sambung ummi seraya tersenyum memandang abi.
“Ala ummi........” serentak Ija dan Ejoy bersuara. Masing-masing dengan gaya macam budak kecik yang dah nak masuk mode menangis je.
Nenek yang mendengar dah melepaskan tawanya.
“Kamu ni.... macam tak ade manusia lain je atas muka bumi ni nak jadikan pasangan hidup.” Omel nenek. Masing-masing ketawa mendengar kata-kata nenek.

Wednesday, January 12, 2011

stay with me...plz..

EARPHONE DICABUT DARI TELINGA. Masyuk jugak layan lagu jiwang-jiwang masa jiwa tengah kacau ni. Ha-ha... gila kau Ija. Tak pernah ada dalam sejarah Nur Annyss Khadeeja layan lagu retro. Lagu tangkap leleh. Huuaarrghhh.... ngantok tak hilang lagi. Padahal tido awal semalam. Hesy... ni sure pasal terlebih tidur ni.. huh..
Tadi lepas subuh dah tidur, ni dah pukul 10 pagi. Takkan nak membuta lagi?? Ija... tolonglah jangan membuta lagi. Tak elok anak dara membongkang siang-siang buta ni. Matahari dah tegak atas kepala dah. Ija bingkas dari pembaringan. Rambut yang agak kusut diurai dengan jemari. Panjang gila rambut aku ni. Baru aku perasan. Patut pun abang marah kalau aku tak ikat rambut aku ni. Ija ketawa sendiri.
Anak rambut yang jatuh kedahi ditarik kebelakang telinga. Yang selebihnya diikat ekor kuda. Nak tocang pun boleh tapi bila dah panjang sangat ni jadi tahap kemalasan pun berganda.
Ada baiknya aku pergi tengok nenek. Entah-entah nenek dah mula memasak kat dapur. Hhuarrghhh.... ngantoknyer.
Lemah longlai Ija menapak keluar dari bilik dengan matanya yang kuyu. Dengan mata yang terpejam, tubuhnya terlanggar sesuatu. Namun, ketika itu dia masih dapat mengimbangi tubuh longlainya. “Sorrylah ye almari. Ija terlanggar. Nenek patut beli almari yang kecik sikit. Jadi Ija tak delah nak langgar-langgar.” Ngomel Ija sambil meneruskan langkahnya menuju kedapur. Namun, satu suara yang menyapa cuping telinganya membuatkan Ija terus terjaga. Tubuhnya keras membeku. Ligatnya minda berfikir.
Aku bukan langgar almari ke tadi? Ish.. aku langgar almari lah. Ye.. aku langgar almari tadi.. tapi... dari mana datangnya suara tadi tu? Dia kata... “Sejak bila ada almari kat tengah-tengah jalan?”
Erk? Aku salah dengar ke apa? Almari boleh berkata-kata? Hesy... imaginasi terlalu tinggi kau ni Ija. Tuh lah layan lagi lagu jiwang-jiwang.. ni lah padahnya.. almari pun boleh bercakap. Haha... ija tersengih sendiri.
“Almari boleh bercakap? Kelakar betul...”
Ngomel Ija sambil meneruskan langkahnya. Namun, sekali lagi langkahnya terhenti ditangga yang menghubungkan ruang tengah dengan dapur. Ah sudah..... ni yang aku tak suka ni... perfume ni..... naaaaa... perfume ni aku kenal sangat... tapi kat mana aku pernah bau perfume macam ni??
Ija menelan liur yang terasa berpasir ditekak. Perlahan-lahan dan penuh berhati-hati dia memusingkan tubuhnya kebelakang. Moga-moga ini mimpi je.
Namun apa yang diharapkan sia-sia. Sekujur tubuh kini terpacak tegak dihadapannya. Tanpa segaris senyuman. Ija terasa dadanya sebu.
“I mean it when i say i know where are you.”
Ija terkedu.


SUASANA TEGANG SEJAK TADI. Air yang dihidang belum terusik. Dari bersila, Ija melunjurkan kedua kakinya. Ejoy sedang menahan marah. Dari tadi dia berdiri ditepi pangkin dihalaman rumah. Abang kalau marah memang macam tu. Asal marah je berdiri. Asal berdiri je mesti masa tu tengah marah. Peliklah abang aku ni.
“Ija tak nak kahwin.”
“Ija pun tak nak ke Mesir kan?” celah Ejoy. Ija mendengus. Susah sangat ke abang nak paham. Ija nak sambung belajar kat Malaysia je.
“Abang selalu sebelahkan Ija. Kenapa kali ni abang sebelahkan ummi dan abi? Apa yang Ija buat ni salah ke?” luah Ija.
“Ye. Memang salah. Abang dah selalu menangkan adik. Abang dah selalu bagi muka kat adik. Sampai abang rasa adik ni dah naik minyak. Nak buat hal sendiri. Tak fikirkan perasaan ummi dan abi. Abang kecewa dengan adik.”
Ija bengang.
“Abang.. kalau nak diikutkan, ummi dengan abi yang tak pernah fikir apa yang Ija rasa. Sekalipun tak pernah abang. Kenapa baru hari ni abang nak mengungkit benda-benda remeh macam ni? At least.... Ija belum sampai tahap kurang ajar, kerja nak melawan cakap macam along tuh.”
“Ija!” bentak Ejoy. Ija terperanjat.
Tak pernah abang tinggikan suara dengan adik. Kenapa dengan abang? Abang dah tak sayang adik ke? Ija mula sayu. Sedih menyelubungi diri. Sampai hati abang. Dalam dunia ni, Ija cuma ada abang je. Abang tahu tu kan? Kenapa abang kasar dengan adik? Abang dah janji nak lindungi adik. Kenapa macam ni?
“Ija akan bawa haluan Ija sendiri. Abang tak payah risau. Paling teruk pun, Ija jadi minah kilang je. Janji rezeki yang Ija cari tu halal. Dah lah... Ija paling tak suka bertekak dengan abang. Ija masuk dulu.”
Ija turun dari pangkin lalu memakai selipar jepun berwarna biru milik nenek. Langkah kakinya dihayun menuju kedalam rumah. Kalau dua-dua tengah marah, salah seorang kena undur diri. Bagi sejuk sikit keadaan. Kalau tak, ada yang melalak nanti.
“Ija.... dengar sini abang nak cakap.” Lengan Ija diraih. Gadis itu sedikit terdorong kebelakang lalu menghadap Ejoy. Ejoy menarik nafas perlahan. Nada suaranya kini berubah. Tidak sekasar dan sekeras tadi. “Look... i am sorry,kay?” Ejoy cuba memujuk.
“As usual..” balas Ija selamba. Hatinya sudah tawar untuk berhadapan dengan abangnya. Dia bukannya seorang perempuan yang tak boleh ditegur. Tapi kalau menegur dengan cara yang lebih berhikmah...bukankah itu lebih baik??
“Abang nak yang terbaik untuk Ija. Ija satu-satunya adik yang abang ada. Tak ada orang lain dah. So please..... jangan jadi macam abang.” Ucap Ejoy sedikit merayu. Ija mengeluh perlahan.
“What is wrong with you, abang?”
Diam.
“Apa yang tak okeynya dengan abang ni? You tell me...”
Senyap. Ija melepaskan pegangan Ejoy pada lengannya.
“Abang ingat Ija tak tahu apa yang abang buat kat kampus? Abang ingat Ija tak tahu apa yang abang buat dengan kawan-kawan abang?” soal Ija bertubi-tubi.
Meh sini aku cerita sikit pasal abang aku. Dia ni dari zaman sekolah lagi aktif. Memang lah dalam pelajaran dia ni tak de lah excellent macam along. Tak delah straight ‘A’s semedang. Tapi kalau bagi dia uruskan something, dia boleh settlekan. Abang ni tang management memang terbaik. Dulu masa handle majlis sambutan hari guru, dia dengan geng-geng dia dapat anugerah pengurusan terbaik. Ha.ha. kan hebat tuh. Bila sambung belajar kat kampus pulak, dia dengan geng-geng dia redah semua pertandingan yang ada. Dan dalam banyak-banyak pertandingan yang diorang join, kebanyakannya diorang yang menang. Ada sekali tuh siap wakil kampus lagi dalam pertandingan rekacipta, dapat tempat kedua. Kalau nak cerita semua kegilaan abang aku ni, sampai lusa pun tak sudah. Jadi kesimpulannya, apalah yang kurangnya abang aku ni.
Suara abang membawa aku kembali kedunia nyata.
“Ija.... tolong fikir kesan jangka panjang apa Ija nak buat. Jangan nak main redah je. Dah banyak kali abang pesan...fikir dulu sebelum cakap. Fikir dulu sebelum buat apa-apa keputusan. Ija lupa?” tegur Ejoy lembut. Hatinya gusar mengenangkan nasib adiknya yang satu itu tambah-tambah bila tahu kenyataan yang sebenar semalam dari mulut ummi.

“Ija bukan adik kandung kamu.”

Ejoy mengeluh perlahan. Ija senyap.

“Kami ambil dia jadi anak angkat sebab parents Ija terlibat dalam kemalangan jalan raya. Meninggal ditempat kejadian. Berlanggar dengan treler yang bawak kayu balak.”

Ejoy menelan liur yang terasa kelat dan berpasir ditekaknya. Kenyataan apakah ini?

“Memandangkan kami je kawan yang rapat dengan keluarga arwah, jadi kami ambil keputusan untuk jaga dia.”
“Kenapa tak bagi sedara mara jaga?” tanya Ejoy yang masih kaget.
“Perkahwinan mereka dulu tak dapat restu. Hanya kerana tak sekufu. Keluarga belah arwah ayah dia memang dah buang anak lelakinya jauh-jauh. Yang sebelah maknya pula, sedara maranya semua tamak nakkan harta keluarga arwah je. Jadi ummi dengan abi sepakat nak tolong jaga Ija, jadikan Ija anak angkat kami.”
“Ummi rasa dah sampai masa Ija tahu hal yang sebenarnya. Sebab semua harta milik keluarga arwah dah ditulis atas nama Ija.” Sambung ummi sayu.
Ejoy membisu. Tak tahu respons yang bagaimana harus diberikan kepada umminya. Ija bukan adik kandungnya. Juga bukan anak susuan ibunya. Jadi mereka bukan muhrim. Dan ini bermakna yang mereka.........

“Ija dah fikir masak-masak. Ija nak belajar kat Malaysia je.” Suara Ija membawa Ejoy ke alam nyata. Ejoy mengeluh perlahan.
“Ija tak nak kahwin dan tak nak ke Mesir. Full-stop!” Ija nekad.
Ija....nak tak kalau kita.... “Kahwin?”... huh... perkataan kahwin je yang terlepas. Ye lah, kita bukan adik beradik. We’ve known each other for a very long long time huh..
“Kahwin? Tak nak lah... i am just 18.. too young... lagipun Ija tak nak pisah dari abang..” balas Ija bersahaja tanpa menyedari maksud sebenar yang terselindung.
Bisu.
“Abang jangan marah-marah lagi kay? Act cool je.. i am fine..as long as you are here with me..”
“Stay with me....here...okay?” sambung Ija lembut.
Ejoy terkedu.

Sunday, January 9, 2011

K.A.W.E.N... kawen~~

“TU LAH ABINYE... UMMI DAH KATA.. jangan dipaksa Ija tu.. kahwin tu bukan perkara main-main..” tegur ummi sambil menuangkan kopi panas kedalam cawan.
“Ya Allah ummi ni.. abi tak pernahnya main-main dengan anak-anak kita. Anak perempuan dengan anak lelaki ni lain. Abi memang saja biar abang buat pilihan dia sendiri sebab abi tengok cara dia yang lebih berdikari dari kakak dan adiknya tu. Kita nak bagi duit kat abang tu, mana pernahnya dia terima. Semua nak pakai duit sendiri.” Komen abi sambil melayangkan pandangannya kesegenap laman hadapan rumah yang indah berhias dengan pelbagai jenis bunga-bungaan.
Pada mulanya abi curiga juga dengan satu-satu anak lelakinya itu. Puas dia menyoal anak bujangnya yang sememangnya tak pernah lekat dirumah tapi selalu pulang dengan membawa sesuatu untuk Ija. Bila ditanya dari mana dia mendapatkan duit, mudah saja jawapan Ejoy. “Ejoy buat kerja halal,abi. Tak payah risau.”
“Yelah... tapi kali ni abi cakap pasal kahwin. Pasal kahwin,abi. Ummi risau Ija tu ha.. dia tuh bukan suka kena paksa.” Tambah ummi dengan penuh kerisauan.
“Abi tahu umminya... lambat laun kan kena kahwin.”
“Ye... tapi Ija tu muda lagi.. baru 18..” bahas ummi.
Secawan kopi panas diletakkan dihadapan abi yang kelihatan khayal memikirkan sesuatu. Ummi mengeluh lagi.
“Lagi satu, kalau dah masuk bab kahwin ni.. abi jangan lupa.. abi tak boleh jadi wali Ija masa majlis akad nikah nanti.. kalau Ija tahu hal yang sebenarnya... lagi kecoh jadinya... ummi risau lah...”


“IJA MALAS LAH NEK. SERABUT KEPALA IJA DUDUK KAT RUMAH.”
Luah Ija sedikit tidak puas hati. Bebelan nenek masih belum berhenti sejak dia tiba dihadapan pintu rumah wanita tua merangkap neneknya itu. Nenek menggeleng kepala melayan kerenah cucunya yang satu ini. Entah dari mana datangnya serabut kat rumah tu. Kan along tak ada kat Malaysia. Terus bekerja di Jepun selepas menamatkan master dalam pengajian.
“Kalau ummi dengan abi tahu tak apalah jugak. Ni tak tahu masalahnya. Mana taknya nenek kamu ni membebel,Ija..”
Ija yang meniarap diatas lantai beranda rumah nenek mengeluh perlahan. Nenek ni sebelah ummi dengan abi lah tu. Adoi... kalau aku tau, tak adanya aku datang sini tadi. Menyesal.. menyesal..
“Kamu tu perempuan,Ija. Anak dara tau tak? Bukan bujang macam abang tu. Kalau kamu ni lelaki, tak adalah nenek risau. Hesy...kamu ni..” sambung nenek lagi.
“Alah nenek.... Ija bukan pergi mana pun... melencong rumah nenek je...”
“Kamu ni.....” nenek menggelengkan kepalanya lagi sambil melihat cucunya yang sedang tertiarap dihadapannya.
Telefon bimbit Ija yang bergetar memecah lamunan. Di skrin telefon bimbit tersebut tertera nama abang. Aduh abang ni.....
“Hah.. kenapa tak angkat? Siapa yang call?” tanya nenek. Ija mendengus perlahan.


EJOY MENGGELENGKAN KEPALA MEMANDANG UMMI DAN ABI.
Ummi dan abi mengeluh perlahan. Panggilan yang keberapa entah dibuat namun masih tidak berjawab. Akhirnya Ejoy melabuhkan punggung dihadapan orang tuanya sambil melepaskan keluhan.
“Pagi tadi adik ada cakap apa-apa tak dekat ummi atau abi?” tanya Ejoy ingin tahu.
Sekilas ummi memandang abi yang turut membisu. Dan soalan Ejoy dijawab dengan gelengan. Ejoy menyandarkan tubuh lesunya ke sofa. Sebenarnya dia baru sahaja tiba dirumah. Sesampainya dirumah terchenta ni ingatkan dapat jumpa adik kesayangan. Malangnya Ija pula keluar rumah menghilang entah kemana tanpa tinggalkan pesanan. Adik ni...kalau ye pun tak suka dengan keputusan abi, bincanglah elok-elok. Ejoy memicit lembut dahinya. Mujur segala projek dan benda-benda penting yang perlu dihantar telah pun dihantar. Kebetulan juga kuliahnya sudah tamat. Tinggal membuat persiapan untuk menghadapi peperiksaan akhir sebelum dia menamatkan pengajiannya.
“Macam mana ni abang?” tanya ummi penuh kerisauan.
“Abang kenal adik,ummi. Dia takkan buat benda pelik macam ni kalau tak ada sebab.”
Suasana didalam rumah itu sepi. Sesekali kedengaran bunyi kipas yang berpusing dengan kelajuan sederhana.
“Sebenarnya apa yang dah berlaku ummi? Cuba ummi cerita dekat abang.”
“Abi suruh dia sambung belajar ke Mesir.” Celah abi setelah lama membisu.
Ejoy mengerutkan dahi. Aik... takat suruh ke Mesir sambung belajar takkan sampai nekad keluar rumah?? Pelik..
“Err... sebenarnya...” ummi ingin berkata sesuatu namun kata-kata itu seolah-olah tersekat di anak tekak. Ejoy dilanda kehairanan. Pertanyaan demi pertanyaan memenuhi ruang mindanya. There must be something.....
“Sebenarnya abi suruh dia buat pilihan.... samada ke Mesir... ataupun...”
“Ataupun?” Ejoy mencelah.
“Abi kahwinkan dia dengan lelaki pilihan abi.” Sambung abi.
“Ya Allah....” Ejoy terkedu.


SELESAI MENUNAIKAN SOLAT MAGHRIB, Ejoy mula menyusun semula barang-barang yang dibawa pulang dari kampus. Semua barang-barang itu digunakan ketika dia menetap dikampus. Kini, pengajiannya sudah hampir sampai ke penghujungnya.
Semalam, ketika dia menghantar tugasan akhir kepada encik Khalid merangkap pensyarahnya, beliau ada meminta Ejoy untuk menjadi salah seorang tenaga pengajar sambilan dikampus memandangkan kampus tersebut pada ketika itu kekurangan tenaga pengajar untuk mengajar. Namun, Ejoy menolak dengan cara yang baik. “Mungkin buat masa ni tempat saya bukan disini encik Khalid.”
Hurmm... bukannya aku tak nak. Tapi untuk menjadi seorang tenaga pengajar, bukan gaya aku. Aku sukakan kerja-kerja lasak. Kerja-kerja luar. Aku nak gunakan kemahiran yang aku ada sepenuhnya. Walaupun gaji yang ditawarkan boleh tahan best... but still... jiwa aku bukan ke arah itu.
Sebelum dia bergerak pulang semalam, teman serumahnya ada mengirimkan sesuatu untuk Ija. Katanya sekadar cenderahati buat gadis secantik Ija. Nak tergelak aku dengar ayat Ryzal masa tu. Lawak cipan apa yang dia buat ni. Entah apa yang dia bagi. Yang pasti cenderahati tersebut cantik berbalut.
“Mana adik pergi? Risau abang dibuatnya.. kalau jawab call tak pe jugak.. mesej pun tak berbalas.. call jauh sekali nak berjawab..” ngomel Ejoy sendirian sambil tangannya ligat mengemas barang miliknya.


“NAK TEMBUS NENEK TENGOK KAMU TENUNG HANDPHONE TUH.”
lembut nenek menegur tatkala melihat kelakuan aneh cucunya yang duduk termangu diatas kerusi menghadap televisyen yang terpasang. Telefon bimbit ditangan kanan ditenung sepi setelah mesej yang dikirim Ejoy dibaca berulang-ulang kali. Hurmm... apalah nasib aku.. kena paksa belajar kat Mesir pun ye... kena kahwin paksa pun iye... adui.. gawat..gawat..
80 misscalls plus with six messages huh.... all from abang..

mesej pertama..
kenapa tak pick-up call abang?

Mesej kedua..
Mana adik pergi ni? Ummi dengan abi risau tau tak?

Mesej ketiga.. selang sejam kemudian..
I am worried abt u my dear.. pls talk to me..

Mesej keempat... selepas sejam..
Abang tahu adik kat mana....

Alah... saja nak mengugut lah tu.. Ija mencebik.

Mesej kelima.. sejam selepas tu lagi... 7.40 malam..
Pls reply my message dear..

10 minit yang lepas.. mesej keenam... 9.30 malam..
Ija..lari jauh mana pun, lama mana pun masalah takkan selesai.. pls talk to me.. i am done huh.. it seems like u don’t love me anymore..

Hurrmm.. mesej yang terakhir tu agak menyentap kot.. Ija sayang abang. Everyone knows that.
“Nenek...Ija nak masuk tidur lah. Sakit kepala.. Assalamualaikum nenek..” Ija menghampiri nenek yang baru duduk atas kerusi dihadapannya. Dicium penuh kasih sayang neneknya yang satu itu. Nenek membalas ciuman cucunya setelah menjawab salam. “Jangan lupa basuh kaki.. kang mengigau tak pasal-pasal.” Pesan nenek.
Ija sekadar mengangguk mendengar pesanan neneknya. “Ija sayang nenek..”

Thursday, January 6, 2011

surat tawaran

“APESAL MUKA SERIUS SEMEDANG NI?”
Tanya Ija ketika mereka dalam perjalanan ke pasaraya Giant untuk membeli belah.. Ejoy sekadar diam membisu. Meneruskan pemanduannya walaupun sebenarnya da tidak fokus ketika itu. Ija yang duduk disebelah tempat duduk pemandu mengambil keputusan untuk membisu apabila melihat abang tidak memberi sebarang respons. Senarai barang keperluan Ejoy yang ingin dibeli sebelum pulang semula ke kampus telah siap bertulis diatas kertas yang dipegang oleh Ija.
Lagu-lagu mp3 berkumandang dicorong radio. Kalau masuk kereta abang ni memang alamat layan lagu-lagunya tangkap leleh lah. Entah kenapa abangnya ni suka sangat dengar lagu-lagu retro 90-an. Sekarang ni lagu bertajuk Usang nyanyian Rahim Maarof. Nak kata tengah berchenta, tak de lah pulak. Hurmm... this is my brother.. one and the only.. crazy weirdo.. hahah..


“TERIMA KASIH TOLONG ABANG. ADIK JAGA DIRI EA.”

Pesan Ejoy kepada Ija setelah habis semua barang-barang dimasukkan kedalam boot Hyundai Stream pemberian ummi dan abi kepada Ejoy. Duit muka kereta tu pun lebih dari separuh guna duit Ejoy sendiri. Orang tuanya tolong sikit-sikit jer. Kira berbaloi lah. Walaupun abang sebenarnya excellent juga dalam pelajaran tapi segala apa yang dia nak semua dia cari sendiri. Jarang sangat nak dengar abang mintak dari ummi dan abi. Jarang ke? Macam tak pernah je...
Hurmm... nilah salah satu sebab kenapa aku sayang abang... sayang lebih lah daripada yang lagi sorang tuh.
Abang dah banyak bersusah payah. Duit belajar kat kampus pun pakai duit abang sendiri. Bila ummi dengan abi nak hulur, mesti abang kata “Duit abang ada lagi.”
Hati Ija tersentuh bila Ejoy suruh dia jaga diri. Abang jangan pergi. Adik sunyi lah kalau tak ada abang.
“Ija ni macam tak nak lepaskan abang je.. abang bukan nak pergi perang pun. Nak balik kampus. Kat kampus tu banyak benda tengah tunggu abang. Ada satu project abang tak siap lagi.”
Ija yang masih memeluk Ejoy dengan muka sedihnya pantas mendongak. Memandang wajah Ejoy dengan muka kompius.
“Tak siap? Kata dah siap.. abang tipu adik lagi.” Ija memukul lengan Ejoy. Ejoy ketawa melihat keletah Ija yang sememangnya manja dengannya. Bukan baru Ija begitu dengannya. Sejak kecil lagi mereka berdua begitu. Ada yang kata Ija dengan Ejoy ni kembar. Tak boleh dipisahkan. Dimana ada Ejoy, disitu ada Ija. Dimana ada Ija, disitu ada Ejoy.
“Siap dah. Cuma nak touch-up sikit. Bagi perfect. Baru lecturer tu nak bagi A kat abang. Lagipun ni projek akhir abang,dik. Abang kena skor. Kalau tak abang nak kerja apa..”
Hurmm... abang aku ni. Risau konon takut tak dapat kerja. Padahal link dia bersepah je kat atas muka bumi Malaysia ni. Tak pernahnya sunyi dari dapat job. Ade je orang nak bagi dia kerja. Upah pun lumayan. Entah dah berapa ribu agaknya simpanan abang dalam CIMB ek.. huhu
“Okey lah,dik. Abang gerak dulu. Nanti lambat sampai kang. Abang ni malas sikit kalau kena drive sensorang bila tibanya waktu malam. Abang nak cepat sampai, cepat siapkan projek, submit then abang balik lah. Tinggal tunggu graduation day je.”
“Okey dokey. Hati-hati.”
Ija bersalaman dengan Ejoy. Kemudian Ejoy masuk kedalam rumah untuk bersalaman dengan ummi dan abi.

SURAT TAWARAN SAMBUNG BELAJAR KE MESIR DIPANDANG SEPI.
Ija mengeluh perlahan. Surat itu terbiar diatas katil. Fikirannya menerawang entah kemana.
Ija, you deserve that offer okay? Kenapa nak tolak? Dengan keputusan kau tuh layak je tercampak kat ceruk oversea mana pun.
Okey, kalau tak pergi Mesir, kau nak ke mana? Ke UTM buat engineering? Huh.... tak nak lah engineering... nanti jadi senget macam along.
Kalau Mesir, kena lah buat medik gamaknye..
Eh jap jap.... minggu lepas aku nampak lagi satu surat tawaran... Kolej Poly-tech Mara kot.. hurrmmm... yang mana eh.... choose.. choose...
Ija berguling-guling atas katilnya bersaiz queen yang bersalut cadar berwarna ungu lembut. Nak yang mana eh.... KPM ke.....Mesir??

“Ija tak nak ke Mesir,ummi... Ija tak nak...” luah Ija pada suatu malam selepas selesai makan malam bersama ummi dan abi. Abi senyap. Ummi pula mengeluh perlahan.
“Ija nak sambung kat KPM..”
“Tak boleh! Abi bantah!” keras suara abi malam itu. Marahkah abi dengan dirinya. Bukankah pilihan terletak ditangannya?
“Kenapa pulak?”
“Kami nak kamu ke Mesir. Itu adalah jalan yang terbaik,Ija.” Nasihat ummi. Cuba ditenangkan abi yang kelihatannya marah benar mendengar keputusannya. Ija sendiri sebenarnya bingung. Antara keinginan dan kepuasan orang tuanya.
“Ummi....” Ija sedikit merayu.
“Samada kamu ke Mesir ataupun abi nikahkan kamu dengan lelaki pilihan ummi dan abi..” tegas abi bersuara. Ija terkedu. Riak wajahnya jelas terperanjat mendengar kenyataan yang tak pernah terduga akan keluar dari mulut abi.
“Abi....” lembut ummi menegur.
Ija yang terkedu dah terduduk atas sofa. Apakah ini Ya Allah? Sampai macam ni sekali ke pilihan yang diberi oleh ummi dan abi? Mesir ataupun sebuah majlis pernikahan untuknya? Kedua-duanya nyata bakal merubahkan seluruh hidupku. Ya Allah.... aku mohon diberikan kekuatan. Moga ini hanyalah mimpi.
Dicubitnya paha kiri, dirinya mengaduh perlahan. Sakit. Dan ini bermakna kenyataan yang baru didengari tadi bukannya mimpi. Benar dia kini harus memilih. Mesir ataupun berkahwin dengan lelaki pilihan ummi dan abi....

Huh... kahwin?? Tak pernah terlintas dek kepala aku yang waras ni. Kahwin tuh perkara yang ke..... ke?? Keberapa eh?? Entah.. macam tak pernah ada dalam list aku je.. huhu..
“Abang.... kalau lah abang ada kat sini.. mesti abang akan sebelahkan adik kan?” luah Ija sayu. Dan tanpa sedar dirinya terlena disisi surat tawaran tersebut.

Saturday, January 1, 2011

lagi dan lagi nieh...

DARI LUAR PINTU BILIK EJOY, IJA MENDENGAR SUARA ABANGNYA MEMBENTAK-BENTAK DARI DALAM BILIK.MACAM ADA YANG TAK KENA JE...
Ija tahu benar kalau abangnya marah, tak ada apa yang boleh sejukkan hati abangya yang tengah panas tuh. Abang bukan lah baran orangnya. Dia ni jenis yang susah sangat nak marah,tapi kalau sekali die marah........ macam tongkang pecah lah alamatnya rumah ni.
Ija berdiri tegak diluar bilik Ejoy dengan perasaan yang tidak enak. Dah lama sangat abang tak marah-marah macam ni. Takkan gaduh dengan awek? Hesy... abang bukan jenis yang suka marah perempuan sesuka hati. Aku pun die marah-marah manja je. Lagipun, abang kan sekarang mana ada awek.. single..
Kenapa ek?
Bunyi tombol pintu yang dipulas kasar berserta dengan dengusan yang kuat mengejutkan Ija yang masih berdiri tegak dihadapan bilik Ejoy. Ejoy nyata terperanjat melihat Ija berdiri tegak dengan memakai t-shirt dan seluar tiga suku berwarna putih. Rambut ikalnya yang separas pinggang dibiar terlepas itu kadangkala boleh buat orang kena sakit jantung sebab dah macam nampak pontianak.
“Ni apehal terpacak depan bilik abang dengan gaya macam zombie ni? Nak bagi abang mati cepat ke?” marah Ejoy tak semena-mena. Ija tersentak mendengar nada suara Ejoy yang agak kasar.
“Bu... bukaaannn... Ija dengar abang marah-marah tadi... tuh je... sorry..” suara Ija tersekat-sekat di anak tekak dengan nada yang sedikit gugup.
Ija terus melangkah meninggalkan Ejoy yang terpinga-pinga. Adushh... kan dah...
Tengok!!!! Ni semua Along punya pasal... elok-elok mood aku baik pagi tadi, spoil sebab kena marah dengan Along...

IJA MENGGEMBUR TANAH DIDALAM PASU SAMBIL BERKATA-KATA KEPADA BUNGA ROS YANG DITANAMNYA SEJAK DIA PULANG DARI RUMAH HAJI HASSAN. Dia tersenyum gembira sambil membelai-belai bunga ros berwarna merah hati itu. Selesai menggembur, dia menyiram semangkuk air kedalam pasu bunga tersebut.
“Besar nanti gemuk-gemuk tau. Ija sayang kamu.” Ucap Ija sambil ketawa terkekeh-kekeh. Entah apa yang kelakarnya.
Ejoy mengeluh perlahan. Kesal dengan sikapnya yang marah mendadak dengan Ija yang berdiri tegak didepan biliknya pagi tadi. Namun yang pasti, dia bukannya sengaja berbuat demikian. Memang jiwanya tertekan setiap kali mendapat panggilan dari perempuan yang bernama Along tuh.
Dari beranda biliknya ditingkat atas, Ejoy menapak turun menghampiri adiknya yang masih lagi khusyuk melayan segala jenis tanaman bunga miliknya ditaman belakang.
“Hai, dik.” Sapa Ejoy lembut sambil tersenyum memandang segenap wajah cerah Ija yang kini disisinya. Ija membalas senyuman abangnya. “Hai.”
“Err... macam mana pokok-pokok hari ni? Semua sihat?” tanya Ejoy sambil mencangkung melihat Ija mencabut rumput-rumput yang ada didalam pasu bunga.
“Semua okey. Cuma si chombie ni tak nak gemuk gemuk. Kurus je ni ha.”
Ejoy terangguk-angguk mendengar. Chombie tu sebenarnya bunga ros yang berwarna merah hati yang baru digembur tadi. Ha-ha.. kalau diikutkan, semua pokok bunga yang ditanam Ija ni ada namanya masing-masing. Cuma Ija je yang ingat semua nama-nama pokok tu.
“Dah bagi baja?”
“Dah.. 2 hari lepas. Takkan nak bagi hari-hari.. kang mati sebab overdose baja pulak kang..”
Ejoy tersengih melihat keletah adiknya yang one and the only tuh. Dari gaya die ni, macam tak marah aku je. Patut tak aku mintak maaf? Ataupun... aku senyap je... buat-buat lupa??? Err... tak boleh lah weh...kena mintak maaf... tak banyak pun, mesti ada punya sikit terasa hati dengan kau, Ejoy....
“Err... adik?”
“Yup?” Ija menoleh. Memandang Ejoy yang dah buat muka dua puluh sen. Aaaaaa..... muka ni yang aku tak nak tengok ni...
“Tau dah.... Ija maafkan abang. Small matter lah.” Tutur Ija sambil meneruskan kerja-kerja menggembur dan menyiram semua pokok-pokok kesayangannya. Ejoy menghela nafas lega. Fuhh! Nasib baik.... memang masyuk lah dapat adik yang memahami macam ni. Thanks adik.
“Abang sayang adik.”
“Hurrmmm... tau dah.. me too... love u..” balas Ija sambil tersenyum memandang Ejoy.

UMMI MENCEDOK SAKI-BAKI NASI GORENG YANG BARU DIMASAK KEDALAM MANGKUK. Ija pula khusyuk mengacau milo panas didalam teko putih bercorak-corak bunga berwarna biru itu.
“Milo panas dah siap. Kopi abi, ummi?” tanya Ija sambil meletakkan teko tersebut di atas meja makan. Ummi menoleh seraya melangkah menghampiri meja makan. Mangkuk yang berisi nasi goreng tadi diletakkan ditengah-tenagh meja makan.
“Kopi abi biar ummi yang buat. Ija pergi naik panggil abang.” arah ummi.
“Okey.”
Sebaik Ija melangkah keluar dari dapur, Abi pula masuk keruang meja makan sambil membawa akhbar NST. Punggungnya dilabuhkan diatas kerusi seraya menyambung semula bacaannya yang tergendala tadi.
“Ummi..budak-budak tuh mana? Tidur lagi ke?” tanya Abi sambil menolak cermin matanya yang terletak diatas batang hidung.
Ummi yang baru selesai mengemas ruang kabinet dan ruang memasak itu melangkah menghampiri suaminya. “Ija ada tadi tolong kat dapur. Ni dia tengah naik atas panggil Ejoy. Semalam Ejoy tidur lewat, lepas subuh rasanya. Hurrmm... baru tidur lah tu.”
Satu lagi peraturan yang dah lama termaktub dalam rumah ni adalah sarapan pagi bersama-sama. Bolehlah dikatakan rutin wajib bagi mereka sekeluarga sarapan bersama-sama.
Kadang-kala mereka menikmati sarapan pagi ditaman belakang. Sesekali bersarapan pagi berhampiran dengan taman orkid milik Ummi. Taman orkid tuh hadiah ulangtahun perkahwinan yang ke 20 dari Abi untuk Ummi. Sweetkan?? Huhu...

Sementara itu..........di bilik Ejoy...
“Abang... bangunlah..abi dah ada kat bawah tuh... tengah tunggu abang nak sarapan sama-sama..” kejut Ija sambil menarik-narik ibu jari kaki Ejoy. Sikit pun abangnya tak bergerak. Aish... ni yang susah ni kalau tidur mati.. bom meletup kat sebelah telinga pun tak sedar punya..
“Ija dah tahu?” soal Abi setelah melipat akhbar NST yang baru dibacanya tadi. Ummi mengeluh perlahan.
“Belum lagi. Abang rasa anak kita tuh nak ke?” tanya Ummi was-was. Abi menarik cermin mata lalu diletakkan diatas meja makan tersebut. Dah hampir sepuluh minit, Ija dan Ejoy masih juga belum turun.
“Insya-Allah... kita masing-masing kenal budak tuh macam mana.”
“Tapi abang tahulah Ejoy tuh macam mana kan... Ummi tak rasa dia setuju.. semalam bukan main lagi dia marahkan Along. Ni lagi satu...sepatutnya 2 hari lepas si Ejoy tu dah balik kampus semula tapi dia tangguhkan sebab hal ni. Ummi tau Ejoy tak setuju tu Abi nya..”
“Ye..saya tahu... hurmm.. masing-masing dah besar kan... dah boleh fikir mana yang baik mana yang buruk.. tapi, Ija perlukan seseorang untuk jaga dia. Tak boleh lah nak bergantung pada Ejoy sampai bila-bila.” Ulas Abi. Ummi mengeluh lagi.

Hesy abang ni...liat betullah nak bangun. Tak bergerak pun dari tadi.. dah macam mayat hidup pun ada.. apa aku nak buat ni??? Ija duduk dibirai katil sambil memikirkan cara mengejutkan Ejoy.
Tiba-tiba Ija terpandang sesuatu. Sengihnya terukir. Idea gilanya terbang menghampiri. Gelak ala merengnya dah tiba. Naaaaa..... ini dia....
Hehe....
Ija memulakan rancangan menggulung abangnya menggunakan selimut memandangkan pagi itu Ejoy tidur beralaskan selimut diatas katil bujangnya. Gulung.. gulung macam gulung tikar... sikit lagi... gedebukk!!
Ha-ha.... lepas gulung, macam biasalah.. roll ke bawah katil... haru betul..
“Aduh!!” Ejoy mengaduh sambil bergerak-gerak macam cacing kena gulung... Ija dah ketawa terkekek-kekek.
“Adik!!!!!!!!” jerit Ejoy sambil cuba meleraikan gulungan selimut pada tubuhnya. Ija dah tergelak terguling tengok abangnya yang dah macam cacing kena panggang.
“Bangun lah... Ija kejut elok-elok bukan nak bangun.. untung jatuh bawah katil.. kalau Ija tolak masuk bawah meja makan macam mana??”
Adoi adik aku ni.... memanglah hampeh tahap cipan... aduh... aku baru je nak lelap lah dik sayang oi..
“Hah!! Bangun!! Ummi dengan Abi dah tunggu kat bawah...”
Ija ketawa terkekek-kekek meninggalkan Ejoy yang masih berusaha melepaskan diri dari gulungan selimut tersebut. Hampeh betul adik aku ni..

selepas mengalami kegilaan selama sebulan..yuhuuu!

IJA TERSENGIH TENGOK EJOY yang macam tak pernah jumpa aiskrim. Khusyuk sangat menyudu aiskrim mangkuk kedalam mulut dengan tak pandang orang sekeliling. Hehe... ke abang aku ni lapar sangat..
“Abang..”
“Hurrmm??” Ejoy mendongak dengan sudu yang masih berada dalam mulut. Ija tersengih sambil buat muka lima sen depan abang. “Lapar sangat ke?”
Ejoy pulak buat muka pelik. Biar benar adik aku ni tanya soalan cam tu kat aku. Hesy.. kompius tahap gaban aku jadinya.
Suasana kat food court pasaraya JUSCO yang tadinya bingit dengan suara pelanggan lain yang turut menjamu selera kini sepi tanpa sesiapa pun. Masing-masing sudah membawa haluan masing-masing. Hanya tinggal dua beradik yang masih tak selesai lagi sesi menjamu selera. Tadi makan nasi ayam madu. Minum jus tembikai. Tak cukup tu, makan kek coklat. Dan sekarang, aiskrim sundae berperisa strawberi. Adoi....
“Abang lapar lagi ke ni? Kalau lapar, adik belanja kaya ball plak untuk abang. Kalau tak cukup lagi, adik belanja waffle. Perisa apa nak? Order jer.... “ usik Ija sambil buat muka naughty depan abang.
Ejoy yang macam budak tiga suku tadi kini mengerti maksud soalan yang ditujukan kepadanya tadi. Ejoy letak sudu aiskrim sambil buat muka toya. “Is this for real?”
Ija angkat kening. Buat muka blur.
Ejoy tersengih.
“Abang nak Sony Erricson yang latest lah. Handphone abang dah buruklah,dik.”
Ija ternganga. Biar betul mamat ni?
“Ah... kejadah hape nak belanja phone baru untuk abang? Handphone adik pun buruk ape.. adik pakai phone yang first time abang pakai dulu.” Bebel Ija sambil tunjuk handphone berjenama Nokia yang entah model yang mana pada Ejoy. Ejoy tersengih. Handphone tuh memang dah lama kalau nak diikutkan. Cuma Ija je yang pandai jaga. Tu yang elok lagi tu.
“Kalau nak Sony yang latest, gi mintak kat Along... sure dia boleh belikan.. dia kan banyak duit. Asyik bagi duit kat Ummi dan Abi je. Kat kita ni dia tak hulur pun.” Rungut Ija sambil memasukkan semula telefon bimbitnya kedalam saku begnya.
Ejoy terdiam. Otaknya mula berfikir. Lama kelamaan dia bagaikan bersetuju dengan Ija. “Sesen pun tak ada untuk kita...” tuturnya perlahan. Namun berlari-lari mengetuk gegendang telinga Ija.
“Entah-entah kita ni bukan anak kandung Ummi dengan Abi tak?”
Ejoy terkedu.

EJOY MENGUAP SAMBIL MENGGELIATKAN TUBUH LESUNYA. Dari atas kerusi, dia bingkas dan merebahkan tubuhnya keatas katil bujang yang bersalut cadar berwarna biru laut. Terkebil-kebil matanya memandang siling rumah. Kipas yang berputar dengan kelajuan sederhana itu sedikit menyejukkan tubuhnya yang kini kian berisi. Baru semalam dia sedar akan perubahan fizikalnya apabila ditegur oleh Ija sewaktu keluar berdua dengan adik kesayangannya itu.

“Sungguh lah abang. Abang dah chubby laaa....”
Ejoy menjegilkan matanya memandang Ija yang tersengih.
“Tipulah.. abang rasa okey je..”
Betul ke aku dah makin sihat ni? Adoi... gawat!
“Adik tengok baju yang abang pakai pun macam dah fit lah.. kalau sebelum ni macam longgar sikit. Sikit je.. ni dah macam sarung nangka adik tengok.”


Ejoy tersenyum sendiri. Sampai begitu sekalikah tahap prihatin Ija terhadap dirinya? Ejoy menggeleng sendiri.
Bunyi deringan telefon bimbit dissertai dengan gegaran yang kuat mengejutkan Ejoy. Dia bingkas mendapatkan telefon bimbitnya yang tertindih oleh buku-buku rujukannya diatas meja. Semua buku disusun dengan pantas dan panggilan telefon tersebut segera dijawab.
“Hawa?”

EJOY MENGGARU KEPALANYA YANG TIDAK GATAL. Topi berwarna hitam yang ada atas kepala dicabut lalu diletakkan atas kepala lututnya. Nafasnya tidak teratur. Nervous mungkin. Tapi nervous untuk apa?? Ha-ha-ha.. tak lawak lah cik Ejoy oit... tanpa sedar bibrnya mengukir senyum sendiri.
Beberapa hari yang lalu selepas mendapat panggilan dari gadis itu, hidup Ejoy mula tak tentu arah. Bukan kerana dia sudah berjaya mendapatkan gadis itu. Bahkan gadis itu lah yang dilepaskannya rela dalam paksa. Adoi... tragis betol cerita aku ni. Keluh EJoy dalam hati.
“Hai awak...”
Errr... suppose...... aku reply dengan gaya macam tak pernah ade berlaku ape-ape??? Or aku wat tak tahu jer??? Haissyy.... nilah masalah aku.... perempuan.. perempuan...
“Err... hai...”
Akhirnya aku reply jugak.. adakah ia bermaksud yang aku......... hesyy... tak mungkin...
“Saya ada dekat Malaysia dah seminggu. Tapi baru hari ni awak nak jumpa saya. Boleh saya tahu kenapa?”
Aik???? Perempuan ni....... kang aku sekeh baru tahu rasa... banyak songeh pulak.. die yang sibuk, ade pulak tanya aku kenapa...
“Saya banyak keje. Sori..”
Ah... ayat skema lagi keluar dari mulut aku.. adoi... susahnya aku nak terus terang yang aku dah malas nak jumpa die ni. Aku tak nak ingat benda yang dah lepas. Aku tahu aku ni sambung belaja kat Malaysia je.. yang die ni sambung belaja sampai ke UK. Kira tak layak lah dengan die ni..
“Ada ape awak nak jumpa saya ni? Saya ada date kejap lagi.”
Alamak! Ada riak terperanjat kat wajah perempuan yang duduk depan aku ni. Takkan jeles...... jangan...
“Date? Dengan sape?” perempuan yang bernama Hawa bertanya dengan riak wajah yang aku tahu tu muka pura-pura senyum tu. Nak mulakan game ke tak? Hesy... tak boleh.. tak boleh.. aku dengan die bukan macam dulu.. boleh bergurau senda, bergelak ketawa..
“Err... adelah... someone...” balas Ejoy yang seakan mahu berahsia. Hawa mengalihkan pandangannya. Hatinya sedikit tercuit dengan pengakuan bekas kekasihnya itu. Ah, kalaulah waktu itu boleh diputarkan kembali...
Hurrmmm.... tak guna menyesal sekarang cik Hawa.. ayam dah siap berpanggang da... nasi dah jadi bubur... huhu
“Owh... I see..” Hawa mengangguk lemah.


“OOOO.... DAH PANDAI TIPU ADIK EA?” Ija peluk leher Ejoy dengan raut wajah yang geram dari belakang. Ejoy yang macam dah nak mati kena cekik tuh cuba lepaskan pegangan Ija yang memang sakit... kalau boleh putus leher aku ni dengan kena cekik cam ni, memang dah putus dah kepala aku ni ha...
“Adik, sakitlah leher abang... siyes sakit ni!!!!!” suara Ejoy dah separuh menjerit sambil cuba melepaskan Ija yang masih didukungnya dari belakang itu. Ija yang ketawa terkekek-kekek akhirnya melepaskan pegangan tangannya pada leher Ejoy dan turun dari dukungan abangnya.
“Sakit ke abang??” tanya Ija berpura-pura simpati. Ejoy dah menjeling tajam. Adik aku ni kalau sakit merengnya dah datang, memang jadi kaki buli yang paling ekstrem tahap gaban.. aku yang kuat buli ni pun boleh kalah... adoi...
“Cik Ija si mereng oit... kalau tak sakit, xde la abang menjerit melalak macam tadi tuh...”
Ija melepaskan tawanya sambil memeluk mesra lengan abang kesayangannya itu. Ejoy dah buat muka lima sen. Huh... sah mereng budak ni... buat aku ni macam pakwe die adelah.. hesy...
“Now tell me...what had happened?”
“Nak cerita apenye, dik.. tak ada jadi ape-ape pun tadi... bual-bual kosong kat playground je pun...” Ejoy memulakan cerita mengenai detik-detik pertemuannya dengan hawa merangkap mantan pacarnya.. ha-ha.. mantan pacar?? Ex-girlfriend sudaa... hoho..
“Then?”
Ejoy buat muka pelik. Apekehalnya adik aku sorang ni?? Semua benda nak tahu?? Hurrmmm...
“Adik tahu kan abang dah tak nak balik pada dia....”
“Walaupun abang diberi peluang?????” Ija mencelah.
“Ye...walaupun abang diberi peluang, abang tak nak....”
“Err...” parah lah abang aku ni... sekali kena tolak terus tamao...
“Yang adik ni macam mana?? Terima ke tak??”
Tanya Ejoy sambil menyuak anak rambutnya yang jatuh kedahi kebelakang.
Suasana petang yang hening berserta angin yang sepoi-sepoi bahasa itu sesekali bertukar panas terik.
“Terima apa ni abang?”
Aik... terima apa?? Apa ade benda lain ke nak kena terima selain tawaran sambung belaja tuh haa??? Ke..........dah ada yang hantar rombongan meminang ni??
Aish.. ade la ni yang aku tak tahu ni nampaknya...
“Ape ade orang yang hantar rombongan meminang adik ke?”
“Hesy abang ni... kesitu pulak... adik ni kecik lagi la... tak denye pikir-pikir pasal kawen ni.. adoii abang ni...” Ija menepuk dahi sambil menggeleng kepala.
“Dah tu..adik terima tak tawaran sambung belaja tuh?”
“Tawaran? Sambung belaja? Overseas? Hurrmm... tak mao lah adik...”
Pulak.... aiseh... pelik lah adik aku ni..
“Kalau tak ade sebab yang solid, adik tak patut lepaskan peluang ni.. sekali seumur hidup kot. Abang tak setuju kalau adik tolak tawaran tuh..”
“Dan abang pun takkannya bagi adik belaja jauh-jauh sampai overseas tuh... kan?” cepat Ija mencelah. Ejoy terkedu.

after semester break...huhu

IJA DUDUK DIBIRAI KATIL sambil mengelap rambutnya yang basah selepas dicuci tadi. Sudah seharian dia memakai selendang. Seharian itu jugalah rambut yang panjang separas bahu itu tidak bebas. Sesekali dia menjeling notebook berjenama Lenovo berwarna ungu pemberian Ejoy disebelah. Bermacam-macam jenis komen yang diterima di laman facebooknya termasuklah juga pujian yang tak henti-henti ditujukan kepadanya. Alhamdulillah.. keputusan SPMnya cemerlang dan dia sendiri sangat berbangga dan bersyukur dengan pencapaiannya itu. Walaupun tiada ucapan tahniah dari kedua orang tuanya dan juga Along, namun itu tidak sedikit pun meninggalkan kesan dihati. Yang penting abang dah ucapkan tahniah pada aku, tu pun dah cukup bagus. Lagipun, ketika peperiksaan SPM semakin hampir, Ejoy lah yang banyak membantu dan meluangkan masa khas untuknya.
Ija tersenyum sendiri. Terima kasih abang.
”Abang tengah buat apa ye kat sana? Busy ke tak? Tapi kat FB ni abang online…”
Cuba tengok Y!M dia pulak… ermmm… ceh.. online.. aku kacau kejap lah…

BUZZ!
E_jOY: wassup bro.. tengah buat apa tu?

Ija tersengih.. kena buzz dengan aku macam kena kejutan elektrik pulak..

cUteY_IjA: baru nak letak punggung atas katil..
E_jOY: Amacam tuisyen hari ni? Okey?
cUteY_IjA: Okey je.. tapi banyak betul soalan budak-budak ni.. serabut jugak kepala adik.. abang sihat?
E_jOY: Sihat Alhamdulillah…. adik?
cUteY_IjA: Okey-dokey je.. tak sedar dah 2 bulan dah duduk kat rumah Haji Hassan ni.. serius adik tak ingat langsung kat rumah.. heheh..
E_jOY: dah dapat gaji? Bila nak belanja abang ni?
Ejoy dah buat muka lima sen. Cakaplah adik dah dapat gaji.. boleh lah belanja abang..

Senyap.. ija belum reply.. come on adik.. tengah kira duit ke tu? Apa banyak sangat ke dapat upah?

cUteY_IjA has signed out.

Erk? Sign out pulak? Tak boleh jadi ni..
“Kenapa tetiba adik sign out? Tak habis chat lagi kan..” ngomel Ejoy dihujung talian. Ija ketawa terkekeh-kekeh mendengar suara abangnya yang dah macam budak kecik tak dapat gula-gula.
“Alah abang ni… line kat sini kadang okey kadang tak… pakai broadband pun lembap semacam je.. ni abang dah call, sambung lah chat yang tergantung tadi.” Ejoy buat muka lima sen. “Hah.. bila nak belanja abang? Cepat bagitahu...”
”Nanti abang balik adik belanja lah...”


”MACAM MANA? TERIMA KE TAK?”
Ija menggaru kepalanya yang tidak gatal. Suara dihujung talian yang bertanya tadi masih setia menunggu jawapannya. Apa aku nak cakap ni? Kang kena bedil lagi pulak..
Entah kenapa hari ini tetiba je Along buat panggilan dari Jepun semata-mata nak tanya aku terima ke tak.. selalunya direct call ummi-abi.. tak pernahnya call aku.. membazir duit katanya.. humm.. Along.. along.. tanpa sedar, Ija menggelengkan kepala..
“Adik dengar tak Along tanya ni?” tekan Along. Ija terkejut. Aku tengah on call lagi rupanya dengan Along. Terlupa pulak. Maaf.. maaf..
“Err… adik tak tanya abang lagi lah.. tak tahu nak terima ke tak..”
Alamak! Habislah aku... along ni pantang kalau aku sebut abang.. mesti ada benda yang dia nak marah.. soalan yang biasa dia tanya aku.. apa bestnya abang tu? Abang tu bukan contoh teladan cemerlang lah... tu je lah modal Along nak sakitkan hati aku.. kesian abang..
Senyap.
Ija melihat telefon bimbitnya. Dah putus ke? Sepi je.. bagus jugak kalau dah putus.. tapi.. apa kata aku cuba try test dulu..
“Along..”
“Ermm…”
Alah… tak putus lagi rupanya. Baik aku buat tak tahu je tadi. Menyesal pulak aku tegur. Nak test konon.. sudahnya aku sendiri terjerat. Bak lirik lagu retro 90-an kumpulan Axl’s ‘ku tersepit dalam jerat sendiri..’ hahahah.. haru sungguh..


IJA MEREBAHKAN TUBUHNYA DIATAS KATIL. Dah 3 bulan dia tak pulang ke rumah. Rasa rindu pada katilnya yang bersaiz queen tu membuak-buak. Bila mana dia dah pulang menjejakkan kaki ke rumah, itu bererti tugasnya sebagai tutor dirumah Haji Hassan pun berhenti setakat itu sahaja.
Alhamdulillah… akhirnya dia merasa juga duit hasil usahanya sendiri. Ija tersenyum. Gaji yang diterima walaupun tidak banyak mana namun cukup membuatnya tersenyum gembira.
Tetapi senyuman yang tadi terukur kemas di bibir kini membeku. Mindanya terimbau semula perbualannya dengan ummi dan abi malam tadi. Gulp! Ija menelan liur.

“Ummi dan abi berpendapat sebaiknya Ija terima je tawaran sambung belajar ke overseas tu… dah ada peluang ni, gunakan sebaiknya… peluang sekali seumur hidup..” abi memberi cadangan. Ummi yang duduk disebelah abi mengangguk. Bersetuju dengan cadangan abi. Ija terdiam. Tak tahu respons apa yang harus diberikan kepada orang tuanya.
Ketika itu Ija sedang menyudu aiskrim Sundae berperisa strawberry kegemarannya ke dalam mulut. Tetapi aiskrim tu terasa kelat di anak tekak. Ija mula bimbang. Hatinya memang cepat goyah kalau berdepan dengan orang tuanya ni. Masa nil ah aku akan jadi manusia yang paling lurus dan bendul dalam dunia selepas Along. Adoyai….
Kalau tanya aku… memang aku tak nak terima tawaran sambung belajar ke overseas tu.. tak kira lah excellent ke tak excellent result aku ni.. tapi memandangkan result aku yang macam Along, so…… apakah aku ni akan senasib dengan Along? Merantau ke negara orang? Aaaaaaa….. tamao!! Tamao!! aku tak nak! No matter what.... aku tak nak.. fullstop!
”Adik... dengar tak abi cakap apa ni?” tegur ummi sambil memandang Ija. Ija yang bagaikan baru tersedar, tersengih… heheh… ummi, boleh tak kalau adik cakap adik tak nak pergi overseas? Please… I’m happy here lah ummi… adik tak nak jauh-jauh… especially dari abang… boleh eh ummi? Bolehkan?


Adoyai…. Ija melepaskan keluhan berat. Seberat matanya yang memang mengantuk. Dari petang tadi dia menahan ngantuk sebab mendengar tazkirah tak rasmi dari ummi dan abinya. Ija menggaru kepalanya yang tidak gatal. Apa sudahnya dengan aku ni? Aku nak jadi apa sebenarnya? Doktor? Tak tahu… Engineer? Erk? Tak maulah… nanti jadi macam Along.. ermmm….
Cikgu? Ngee! Kena ajar budak sekolah... tak mau.. tak mau..
Ermmm... nak jadi apa eh? Ija mengetuk –ngetuk dagu dengan jari telunjuk..