PAGI-PAGI LAGI IJA DAN NENEK DAH HILANG KE PASAR BASAH.
Ummi sedang leka menyidai pakaian yang baru dicuci. Abi pula duduk di luar berhampiran dengan ummi yang sedang menyidai kain sambil membaca akhbar Metro. Ejoy yang baru bangun mengorak langkah menuju kebilik Ija. Pintu bilik itu diketuk beberapa kali. “Adik..” panggil Ejoy. Tiada respons. Ejoy menggaru kepalanya yang tidak gatal. Pelik. Mana pergi budak ni? Pagi-pagi dah hilang.
“Ummi......”
Abi memalingkan muka memandang kedalam rumah. Dahinya berkerut.
“Apa kena anak bujang awak tuh terpekik terlolong pepagi buta ni? Mengigau ke apa..” tegur abi seraya menggelengkan kepala. Ummi yang mendengar tersenyum.
“Dia tu abi macam lah abi tak kenal. Tuh mesti tak nampak Ija lah tu. Kalau tak, tak adanya terpekik terlolong macam tu.”
Abi turut tersenyum sambil menggeleng kepala. Macam-macam lah anak-anak aku ni. Semalam tanya boleh kahwin ke tak.. hari ni dah macam kucing hilang anak je.. macam-macam kerenah.
“Ummi.....” Ejoy terduduk dimuka pintu belakang. Ummi dan abi senyap memandang anak bujangnya. Dah macam budak kecik merengek nak mintak susu je gayanya. Ummi menggelengkan kepala.
“Adik mana?” tanya Ejoy sambil menggaru-garu kepala dengan rambutnya yang serabai tuh. Kalau musim cuti, memang macam tu lah gayanya. Macam budak terencat pun ada. Jadi mental je semedang. Tambah-tambah bila dah habis belajar ni. Rambut pun dah makin panjang. Nasib baik rambutnya lurus dan Ejoy jenis yang menjaga rambutnya. Jadi kalau panjang pun masih lagi kelihatan stylo. Bak kata Ija. “Stylo giler abang dengan rambut ala-ala pelakon korea.”
“Adik pergi pasar basah dengan nenek.” Jawab ummi. Selesai sudah tugasnya menyidai kain. Mujur seluruh sudut rumah sudah dikemas oleh Ija. Ringan sikit kerjanya sebagai suri rumahtangga itu.
Ejoy buat muka lima sen. Pergi pasar basah? Selalu kalau nak pergi mana-mana mesti dia ajak aku. Hari ni tak. “Pergi dengan apa ummi?”
Ummi melangkah menghampirinya yang masih duduk dimuka pintu dengan membawa bakul kain berwarna merah. “Pergi dengan motor. Abi nak pergi tadi tapi dia kata tak payah. Dia nak naik motor dengan nenek.”
“Motor?? Bahaya betul. Bawak nenek pulak tu. Kalau jadi apa-apa macam mana? Hesy... risau lah abang.” bebel Ejoy dengan muka sememehnya tu.
“Risaukan nenek ke....risaukan Ija?” abi mencelah. Ummi dah tersenyum sumbing. Ejoy dah buat muka blur. Apa kena abi ni? Nak menyakat aku pulak.
“Alah abi ni.... abang risaukan dua-dua.. ija tu adik abang... nenek tu nenek abang... dua-duanya penting dalam hidup abang lah..”
“Ala... nak usik sikit pun tak boleh. Sejak bila abang jadi sensitif ni..” usik ummi pula. Ejoy tarik muka empat belas. Sejak bila ummi dengan abi bersekongkol ni? Aku tak tahu pun.
“TAK SENONOH BETUL ABANG.”
Seikat kacang panjang melayang tepat mengenai muka Ejoy yang tengah mengupas kulit bawang besar. Ejoy tak membalas. Sekadar melepaskan tawanya. Adik aku ni memang haru lah. Baling aku dengan kacang panjang. Hampeh.
Nenek yang sedang menyiang ikan kembung di sinki turut ketawa mendengar celoteh cucu-cucunya. Ija kembali mengambil kacang panjang yang jatuh didepan Ejoy. Sengihnya belum habis. Lucunya tak sudah mendengar cerita abangnya disakat abi dan ummi pagi tadi. nak mengalir jugak air mata aku ni gelakkan abang. Ade ke patut? Terduduk kat pintu dengan gaya serabai. Macam budak terencat je.
“Aduh abang ni... reti kopek bawang ke tak ni? Lembap betul.. kalau macam nilah gaya, alamat mati kebulur lah ija jawabnya.” ngomel Ija sambil mengerling kearah abang yang kelihatan dah mula buat muka dua puluh sennya tu.
Lobak dan kacang panjang dah siap dipotong. Tinggal basuh dan bolehlah dimasak. Apa lagi nak kena potong ni? Ija mencongak sendiri.
“Amboi.. amboi.. amboi.. sesedap lobak merah je mengata abang. Kalau bukan sebab abang, Ija tu pun belum tentu reti potong kacang panjang dengan lobak tu tau. Entah-entah masak pun fail.” balas Ejoy bersahaja sambil tersenyum nakal.
Ija membuntangkan mata memandang Ejoy yang buat muka seposen je. Mengata aku pulak. Lebih nampak.
“Nenek... tengok lah abang ni.” jerit Ija seakan mahu merengek memanggil nenek.
Nenek sekadar senyap melepaskan tawanya melayan kerenah cucu-cucunya.
DARI ‘STAY’ NYANYIAN ESTRELLA KINI BERTUKAR DENGAN LAGU BERTAJUK ‘MIRAGE’ NYANYIAN KUMPULAN PESAWAT.
Ija terangguk-angguk melayan lagu-lagu mp3nya. Pemain mp3 dibiar tergantung dileher sambil dia duduk bersila disofa yang terletak dianjung rumah nenek sambil membaca majalah Dara.Com.
Sepuluh minit yang lalu, dia mendapat panggilan dari ummi memberitahu bahawa mereka telah selamat tiba di rumah. Ummi dan abi tadi agak mendesak Ija supaya ikut pulang bersama mereka, namun nenek berjaya meredakan keadaan dan berkata bahawa dia yang meminta Ija tinggal lama sedikit bersamanya. Sekurang-kurangnya nenek ada teman. Itulah jawapan nenek. Akhirnya ummi dan abi lembut hati izinkan Ija untuk tinggal beberapa hari lagi bersama nenek.
Ejoy yang pada awalnya mahu pulang sekali dengan ummi dan abi turut membatalkan niatnya. Bila ditanya, Ejoy menjawab “Abang rindu kat nenek. Nak stay lama sikit lah.”
Ha-ha-ha. Haru betul abang aku ni. Cakap je lah nak balik dengan aku. Habis cerita. Ni tak. Bagi alasan yang......yang tak berapa nak logik kot. Heheh..
“Adik...” sergah Ejoy dari belakang. Namun Ija tidak memberi sebarang respons.
Huh! Hampeh! Buang karan je aku punya semangat sergah dia. Dia pulak boleh terangguk-angguk dengan mp3 dia tu. Sekeh baru tahu.
Eh! Tak boleh nak sekeh-sekeh dah. Bukan muhrim. Haha.. alasan tak masuk kepala betul.
“Khusyuk betul dia baca majalah sampai abang sergah pun tak terkejut.” tegur Ejoy sambil menurunkan headphone dari kepala Ija. Ija yang agak terperanjat dengan tindakan Ejoy kemudian melepaskan tawanya.
“Sorry... “
“Hurmm... biasa da..” Ejoy buat-buat merajuk. Tarik muka empat belas. Ija menolak lengan Ejoy dengan lengannya. “Mengada. Baling penyapu kang!”
Ejoy tersengih. Ah budak ni. Tu je lah trademark dia. Tak baling penyapu. Baling kuali. tak cukup kuali, kalau boleh dengan periuk belanga nenek pun dia nak baling.
“Adik dengar lagu apa?”
“Maher Zain. For the rest of my life.” Jawab Ija sambil matanya terus tertumpu pada isi majalah yang dipangku. Ejoy sekadar mengiakan.
“Lagu baru kan?” tanya Ejoy sambil membetulkan kedudukan disebelah Ija. Ija sekadar mengangguk.
“For the rest of my life, i’ll be with you, i’ll stay by your side, honest and truth, to the end of my time, i’ll be loving you, loving you...” bait-bait lirik lagu Maher Zain meniti perlahan dibibir Ejoy. Ija yang mendengar menoleh.”Aik.. dah hafal dah?”
“Well.....” dengan muka bangga Ejoy menjawab. Ala... takat lagu Maher Zain, apalah susahnya. Dah download ari tuh, dengar banyak kali. Mesti lah dah hafal.
“Lagu tuh untuk adik, kay?”
Ija yang dah memberi fokus semula kepada pembacaanya menoleh lagi. Kali ni dengan air mukanya yang penuh kehairanan. “Apa hal pulak?”
Ejoy tersenyum. “Just joking lah.”
Adik lupa ye. I mean it whatever i’m saying to you. Abang tak pernah main-main. Kalau dari dulu abang tahu Ija bukan adik kandung abang, dah lama abang masuk line. Sekarang ni dah lambat, ummi dengan abi tak bagi lampu hijau. Tuh dah satu hal. Satu hal lagi, ummi dengan abi dah ada calon untuk Ija. Hesy... melepas lah aku nampaknya.
Ejoy menarik senyum nipis.
“Apa hal abang ni sengih sorang-sorang? Kena sampuk ke apa? Menakutkan tahu tak?” tanya Ija dengan nadanya yang sedikit marah. Ejoy menoleh. Dia tersenyum lagi. Abang sayang adik. Abang rasa sayang abang pada adik bukan macam sayang seorang abang pada adiknya, tapi........ macam dah lebih lah.
“Sah! Sah merengnya dah datang.” bebel Ija lagi.
“Grow old with me huh?” tanya Ejoy, perlahan tapi masih dapat didengari. Ija menoleh.
“Yeah...sure.” balas Ija selamba tanpa mengetahui maksud sebenar soalan Ejoy.
Ah, parah dah aku ni. Ya Allah. Tolong lah aku. Jangan lah bagi sape-sape pun perasan yang aku ni dah jatuh cinta kat adik aku sendiri.
No comments:
Post a Comment