EARPHONE DICABUT DARI TELINGA. Masyuk jugak layan lagu jiwang-jiwang masa jiwa tengah kacau ni. Ha-ha... gila kau Ija. Tak pernah ada dalam sejarah Nur Annyss Khadeeja layan lagu retro. Lagu tangkap leleh. Huuaarrghhh.... ngantok tak hilang lagi. Padahal tido awal semalam. Hesy... ni sure pasal terlebih tidur ni.. huh..
Tadi lepas subuh dah tidur, ni dah pukul 10 pagi. Takkan nak membuta lagi?? Ija... tolonglah jangan membuta lagi. Tak elok anak dara membongkang siang-siang buta ni. Matahari dah tegak atas kepala dah. Ija bingkas dari pembaringan. Rambut yang agak kusut diurai dengan jemari. Panjang gila rambut aku ni. Baru aku perasan. Patut pun abang marah kalau aku tak ikat rambut aku ni. Ija ketawa sendiri.
Anak rambut yang jatuh kedahi ditarik kebelakang telinga. Yang selebihnya diikat ekor kuda. Nak tocang pun boleh tapi bila dah panjang sangat ni jadi tahap kemalasan pun berganda.
Ada baiknya aku pergi tengok nenek. Entah-entah nenek dah mula memasak kat dapur. Hhuarrghhh.... ngantoknyer.
Lemah longlai Ija menapak keluar dari bilik dengan matanya yang kuyu. Dengan mata yang terpejam, tubuhnya terlanggar sesuatu. Namun, ketika itu dia masih dapat mengimbangi tubuh longlainya. “Sorrylah ye almari. Ija terlanggar. Nenek patut beli almari yang kecik sikit. Jadi Ija tak delah nak langgar-langgar.” Ngomel Ija sambil meneruskan langkahnya menuju kedapur. Namun, satu suara yang menyapa cuping telinganya membuatkan Ija terus terjaga. Tubuhnya keras membeku. Ligatnya minda berfikir.
Aku bukan langgar almari ke tadi? Ish.. aku langgar almari lah. Ye.. aku langgar almari tadi.. tapi... dari mana datangnya suara tadi tu? Dia kata... “Sejak bila ada almari kat tengah-tengah jalan?”
Erk? Aku salah dengar ke apa? Almari boleh berkata-kata? Hesy... imaginasi terlalu tinggi kau ni Ija. Tuh lah layan lagi lagu jiwang-jiwang.. ni lah padahnya.. almari pun boleh bercakap. Haha... ija tersengih sendiri.
“Almari boleh bercakap? Kelakar betul...”
Ngomel Ija sambil meneruskan langkahnya. Namun, sekali lagi langkahnya terhenti ditangga yang menghubungkan ruang tengah dengan dapur. Ah sudah..... ni yang aku tak suka ni... perfume ni..... naaaaa... perfume ni aku kenal sangat... tapi kat mana aku pernah bau perfume macam ni??
Ija menelan liur yang terasa berpasir ditekak. Perlahan-lahan dan penuh berhati-hati dia memusingkan tubuhnya kebelakang. Moga-moga ini mimpi je.
Namun apa yang diharapkan sia-sia. Sekujur tubuh kini terpacak tegak dihadapannya. Tanpa segaris senyuman. Ija terasa dadanya sebu.
“I mean it when i say i know where are you.”
Ija terkedu.
SUASANA TEGANG SEJAK TADI. Air yang dihidang belum terusik. Dari bersila, Ija melunjurkan kedua kakinya. Ejoy sedang menahan marah. Dari tadi dia berdiri ditepi pangkin dihalaman rumah. Abang kalau marah memang macam tu. Asal marah je berdiri. Asal berdiri je mesti masa tu tengah marah. Peliklah abang aku ni.
“Ija tak nak kahwin.”
“Ija pun tak nak ke Mesir kan?” celah Ejoy. Ija mendengus. Susah sangat ke abang nak paham. Ija nak sambung belajar kat Malaysia je.
“Abang selalu sebelahkan Ija. Kenapa kali ni abang sebelahkan ummi dan abi? Apa yang Ija buat ni salah ke?” luah Ija.
“Ye. Memang salah. Abang dah selalu menangkan adik. Abang dah selalu bagi muka kat adik. Sampai abang rasa adik ni dah naik minyak. Nak buat hal sendiri. Tak fikirkan perasaan ummi dan abi. Abang kecewa dengan adik.”
Ija bengang.
“Abang.. kalau nak diikutkan, ummi dengan abi yang tak pernah fikir apa yang Ija rasa. Sekalipun tak pernah abang. Kenapa baru hari ni abang nak mengungkit benda-benda remeh macam ni? At least.... Ija belum sampai tahap kurang ajar, kerja nak melawan cakap macam along tuh.”
“Ija!” bentak Ejoy. Ija terperanjat.
Tak pernah abang tinggikan suara dengan adik. Kenapa dengan abang? Abang dah tak sayang adik ke? Ija mula sayu. Sedih menyelubungi diri. Sampai hati abang. Dalam dunia ni, Ija cuma ada abang je. Abang tahu tu kan? Kenapa abang kasar dengan adik? Abang dah janji nak lindungi adik. Kenapa macam ni?
“Ija akan bawa haluan Ija sendiri. Abang tak payah risau. Paling teruk pun, Ija jadi minah kilang je. Janji rezeki yang Ija cari tu halal. Dah lah... Ija paling tak suka bertekak dengan abang. Ija masuk dulu.”
Ija turun dari pangkin lalu memakai selipar jepun berwarna biru milik nenek. Langkah kakinya dihayun menuju kedalam rumah. Kalau dua-dua tengah marah, salah seorang kena undur diri. Bagi sejuk sikit keadaan. Kalau tak, ada yang melalak nanti.
“Ija.... dengar sini abang nak cakap.” Lengan Ija diraih. Gadis itu sedikit terdorong kebelakang lalu menghadap Ejoy. Ejoy menarik nafas perlahan. Nada suaranya kini berubah. Tidak sekasar dan sekeras tadi. “Look... i am sorry,kay?” Ejoy cuba memujuk.
“As usual..” balas Ija selamba. Hatinya sudah tawar untuk berhadapan dengan abangnya. Dia bukannya seorang perempuan yang tak boleh ditegur. Tapi kalau menegur dengan cara yang lebih berhikmah...bukankah itu lebih baik??
“Abang nak yang terbaik untuk Ija. Ija satu-satunya adik yang abang ada. Tak ada orang lain dah. So please..... jangan jadi macam abang.” Ucap Ejoy sedikit merayu. Ija mengeluh perlahan.
“What is wrong with you, abang?”
Diam.
“Apa yang tak okeynya dengan abang ni? You tell me...”
Senyap. Ija melepaskan pegangan Ejoy pada lengannya.
“Abang ingat Ija tak tahu apa yang abang buat kat kampus? Abang ingat Ija tak tahu apa yang abang buat dengan kawan-kawan abang?” soal Ija bertubi-tubi.
Meh sini aku cerita sikit pasal abang aku. Dia ni dari zaman sekolah lagi aktif. Memang lah dalam pelajaran dia ni tak de lah excellent macam along. Tak delah straight ‘A’s semedang. Tapi kalau bagi dia uruskan something, dia boleh settlekan. Abang ni tang management memang terbaik. Dulu masa handle majlis sambutan hari guru, dia dengan geng-geng dia dapat anugerah pengurusan terbaik. Ha.ha. kan hebat tuh. Bila sambung belajar kat kampus pulak, dia dengan geng-geng dia redah semua pertandingan yang ada. Dan dalam banyak-banyak pertandingan yang diorang join, kebanyakannya diorang yang menang. Ada sekali tuh siap wakil kampus lagi dalam pertandingan rekacipta, dapat tempat kedua. Kalau nak cerita semua kegilaan abang aku ni, sampai lusa pun tak sudah. Jadi kesimpulannya, apalah yang kurangnya abang aku ni.
Suara abang membawa aku kembali kedunia nyata.
“Ija.... tolong fikir kesan jangka panjang apa Ija nak buat. Jangan nak main redah je. Dah banyak kali abang pesan...fikir dulu sebelum cakap. Fikir dulu sebelum buat apa-apa keputusan. Ija lupa?” tegur Ejoy lembut. Hatinya gusar mengenangkan nasib adiknya yang satu itu tambah-tambah bila tahu kenyataan yang sebenar semalam dari mulut ummi.
“Ija bukan adik kandung kamu.”
Ejoy mengeluh perlahan. Ija senyap.
“Kami ambil dia jadi anak angkat sebab parents Ija terlibat dalam kemalangan jalan raya. Meninggal ditempat kejadian. Berlanggar dengan treler yang bawak kayu balak.”
Ejoy menelan liur yang terasa kelat dan berpasir ditekaknya. Kenyataan apakah ini?
“Memandangkan kami je kawan yang rapat dengan keluarga arwah, jadi kami ambil keputusan untuk jaga dia.”
“Kenapa tak bagi sedara mara jaga?” tanya Ejoy yang masih kaget.
“Perkahwinan mereka dulu tak dapat restu. Hanya kerana tak sekufu. Keluarga belah arwah ayah dia memang dah buang anak lelakinya jauh-jauh. Yang sebelah maknya pula, sedara maranya semua tamak nakkan harta keluarga arwah je. Jadi ummi dengan abi sepakat nak tolong jaga Ija, jadikan Ija anak angkat kami.”
“Ummi rasa dah sampai masa Ija tahu hal yang sebenarnya. Sebab semua harta milik keluarga arwah dah ditulis atas nama Ija.” Sambung ummi sayu.
Ejoy membisu. Tak tahu respons yang bagaimana harus diberikan kepada umminya. Ija bukan adik kandungnya. Juga bukan anak susuan ibunya. Jadi mereka bukan muhrim. Dan ini bermakna yang mereka.........
“Ija dah fikir masak-masak. Ija nak belajar kat Malaysia je.” Suara Ija membawa Ejoy ke alam nyata. Ejoy mengeluh perlahan.
“Ija tak nak kahwin dan tak nak ke Mesir. Full-stop!” Ija nekad.
Ija....nak tak kalau kita.... “Kahwin?”... huh... perkataan kahwin je yang terlepas. Ye lah, kita bukan adik beradik. We’ve known each other for a very long long time huh..
“Kahwin? Tak nak lah... i am just 18.. too young... lagipun Ija tak nak pisah dari abang..” balas Ija bersahaja tanpa menyedari maksud sebenar yang terselindung.
Bisu.
“Abang jangan marah-marah lagi kay? Act cool je.. i am fine..as long as you are here with me..”
“Stay with me....here...okay?” sambung Ija lembut.
Ejoy terkedu.
No comments:
Post a Comment