Tuesday, February 22, 2011

pontianak mengurai~~

NICK TERSENGIH SENDIRI. Kelakar jugak aku ni. First time beli pad. Masa tengah bayar, akak cashier pandang semacam. Apa aku nak jawab? Eh, dia tak tanya pun. Tapi aku dah cakap dulu. “My wife.”
Masa aku balik bawak pad yang Ija nak, cepat-cepat Ija ambik dan lesap dalam bilik air. Lama. Nick menggelengkan kepala sambil tersenyum. Macam-macam kerenah isteri aku ni. Blushing tak sudah. Teruk jugak period pain si Ija ni. Siap berguling-guling atas katil. Aku ni tak tahu nak wat cam ne. Tiap kali tanya, mesti dia kata sakit. Tanya nak makan ubat tak, jawapannya tetap “Sakit.” Nick menggaru kepala yang tak gatal tu.
Suara Ija membawa Nick ke dunia nyata. “Senyum sorang-sorang pe hal? Gelakkan Nini eh?”
Eh budak ni. Macam tahu-tahu je. Ada kuasa psikik eh? Nick mengesot tubuhnya sedikit ke kiri bagi memberi ruang kepada Ija untuk duduk disebelahnya.
“Nick gelakkan diri sendiri lah.”
Ija ketawa kecil. “Gelak kenapa?”
“Nothing.” Nick menggeleng kepala. Tanpa sedar, kepala Ija diusap lembut oleh tangan kiri Nick. Ija terkedu. Gulp! Ah sudah. Ija berdebar. Ini kali kedua Nick buat macam ni. Yang pertama kali tu masa Nick nak potongkan rambut aku lepas aku membebel mintak dia potongkan. Masa tu Nick baru balik dari conference. Letih je muka dia aku tengok. Tapi lagi lah sakit jiwa aku tengok dia bila tiap kali dia tengok aku mesti terperanjat. Macam baru lepas nampak hantu.

“Please Nini. I am tired.” Nick dah baring atas katil dengan matanya yang terpejam. Yang aku pun masa tuh macam dah mereng je. Bukan esok lusa tak boleh nak potong rambut. Nak jugak dia potongkan petang tu. Ija dah terduduk kat depan pintu bilik air sambil pegang gunting. Kepala tunduk dengan rambut mengurai dan serabai tuh.
Nick menggigit bibir bawah. Aik. Senyap dah. Pergi potong rambut sendiri ke? Dia mintak Kak Teh potongkan kot. Aduh.. letih betul badan aku ni. Straight dua hari conference. Then drive balik ke rumah non-stop. Rindu kat bini punya pasal. Hesy... aku dah jatuh sayang ke kat Nini? Nick melepaskan lelah. Tubuhnya dipusingkan. Dia membuka matanya sejenak.
“Aaaaaaa!”
Gedebuk!
“Aduh!” Nick mengaduh sambil menggosok belakangnya. Dahinya berkerut seribu menahan kesakitan. Terkejut punya pasal aku sampai terjatuh dari katil. Ya Allah. Budak ni pun. Esok lusa tak boleh potong rambut ke? Alahai Nini. Kalau ye pun rindu dekat Nick, janganlah sampai macam ni sayang. Nick betul-betul penat ni.
“Nak potongkan ke tak?” tanya Ija yang duduk kat atas katil dengan gaya macam nak bunuh Nick. Ditangan kanannya ada gunting. Tangan kirinya mengepal kain gaun yang dipakai. Rambut panjangnya yang serabai menutupi sebahagian muka. Dah lah tengah pakai gaun labuh warna putih. Dah macam hantu apa aku tengok. Nick beristighfar dalam hati. Nick bingkas. Menghampiri Ija diatas katil.
“Nini sayang.....”
“Nak ke tak?” tanya Ija dengan nada suaranya timbul tenggelam. Macam nak menangis je budak ni. Kang kalau aku biar, melalak tak tentu pasal.
“Sayang, Nick seriously tired ni. Nini bagi Nick rest sekejap. Then, Nick bangun dan potongkan rambut Nini. Boleh?” pinta Nick lembut sambil mengenggam lembut tangan Nini. Nini diam. Sekadar anak matanya bergerak-gerak memandang Nick yang letih lesu.
“Okay. Go get some rest. Nini tak nak kacau.” Ija turun dari katil tanpa memandang Nick yang mula diserbu perasaan bersalah. Nick mengeluh perlahan. Pemergian Ija dihantar dengan ekor matanya.
Ija melangkah keluar dari bilik dengan diiringi air mata. Aduh. Kenapa aku touching sangat ni? Selalu tak de pe pun. Hari ni lah aku nak menangis tak tentu pasal. Ija duduk ditepi kolam renang yang terdapat dibahagian tengah rumah peninggalan orang tuanya dengan kakinya direndam kedalam air. Gunting ditangan kanannya diletakkan disisi. Rambut yang serabai disimpul dan disepit dengan penyepit chopstick yang tersepit pada gaunnya.
Nick turun dari katil. Mengekori langkah Ija. Kalau dia baring pun bukan boleh tidur. Isteri dah merajuk bawak diri. Kalau aku buat tak tahu kang, kejap lagi ada orang mogok tak nak makan. Manja rupanya isteri aku ni.
Nick terus mendapatkan Ija yang duduk ditepi kolam apabila melihat kelibat isterinya itu. Rambut yang panjang dah disimpul dan disepit. Kan comel macam tu. Ni tak, nak dibiar panjang mengurai lagi ada. Nick menarik senyum nipis.
“Sayang Nick ni........ rindu dekat Nick ea? Sampai merajuk macam ni.. hurmm?” Nick mengelus lembut kepala Ija sambil duduk disisi isterinya. Ija senyap. Sekadar membiarkan perlakuan suaminya.
“Meh sini sayang.... Nick potongkan rambut Nini.”


“Nini nak tak kalau Nick support Nini sambung belajar?” tanya Nick tiba-tiba. Tangannya sudah berhenti mengelus kepala Ija. Ija menoleh. Merenung Nick yang masih memfokuskan pandangannya ke televisyen. Oggy and The Chocroaches tengah bersiaran. Tu rancangan kegemaran aku. Mamat ni minat jugak ke cerita kartun?
“Sambung belajar?”
“Yup. Nak? Lagipun Nini muda lagi. Takkan Nick nak kurung isteri Nick sampai ke tua.” balas Nick bersahaja. Ija tersengih. Apa-apa aje lah pak cik ni.
“Kalau Nick nak support, Nini okey je.” Ija menyandarkan tubuh ke belakang. Biar betul mamat ni? Asal berbaik hati sangat nak support aku sambung belajar? Heh.. Kompius aku.. Kompius...
“Hurmm.... good. Belajar sungguh-sungguh. Capai apa yang Nini nak capai. Selagi benda tu baik dan bermanfaat, Nick takkan halang. Tapi ada syarat.” Lembut Nick bersuara.
Senyap. Ija angkat kening.
“Nick akan tanggung semua perbelanjaan Nini. Dari awal sampai akhir. Nick tak nak orang lain tolong.”
“Tapi....” Ija ragu-ragu. Tak menyusahkan ke?
Jari telunjuk Nick bergerak ke kiri ke kanan. Ija mengerutkan dahi.
“Nick akan support semua sekali. Nick nak susah ke senang kita sama-sama tanggung. Okay sayang?”
Ija tersenyum. Terkedu. Tak tahu nak cakap apa. Terharu pun ada. Tak sangka abi dan ummi menjodohkan dia dengan seorang lelaki yang begitu prihatin terhadap dirinya. Ummi dan abi menunaikan janji. Janji untuk memastikan aku mempunyai masa depan seandainya aku memilih untuk berkahwin. Terima kasih ummi. Terima kasih abi. Ija takkan lupakan jasa baik ummi dan abi. Akhirnya dia mengangguk. Nick tersenyum. Bahu Ija diraih.
“Then.... can i get a kiss...perhaps?” Nick menunjuk pipi kirinya ke arah Ija.
Ija mencebik. “Kick ada. Nak?”
“Amboi.... garangnya..” Nick mencuit hidung isterinya manja. Ija ketawa.

EJOY MENUTUP NOTEBOOK YANG DIPANGKU. Satu keluhan dilepaskan. Wajahnya diraup dengan kedua tangannya. Habis online ni, nak buat apa pulak? Kerja semua dah siap. Telefon Iz kejap. Telefon bimbit diatas meja kaca dicapai. Nombor telefon Iz didail.
“Haaa Iz.. amacam? Dah settle?” Ejoy meletakkan notebook diatas meja dengan cermat. Cermin mata tanpa bingkai ditarik dari batang hidung. Diletakkan di atas notebook.
“Alhamdulillah. Payment dah settle?” tanyanya lagi kepada Iz yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga bahagian kewangan bisnes mereka. Sejak habis belajar, tanpa tunggu hari konvokesyen, mereka dah memulakan projek mereka yang dah lama dirancang. Ejoy, Iman, Amir, Iz dan Lan bergabung tenaga dan modal membuka perniagaan secara kecil-kecilan. Bermula dengan membuka sebuah pusat cyber cafe dan akan disusuli dengan menjadi pembekal barang-barang elektrik suatu hari nanti. Memandangkan masing-masing mempunyai kepakaran untuk membaiki segala macam jenis barang elektrik yang rosak, jadi memudahkan mereka untuk berkerja kerana merekalah majikan, mereka jugaklah yang menjadi pekerja. Gaji pun mudah nak dibahagi-bahagikan antara satu sama lain kerana masing-masing dah saling mengenali sejak dibangku sekolah lagi.
“Okeylah kalau macam tu. Jaga duit baik-baik weh. Kalau hilang sesen, kau aku bunuh dulu.” Ejoy berpura-pura mengugut. Bukan dia tak mengenali Iz, cuma peringatan perlu diberikan sentiasa. Bak kata orang, mencegah lebih baik dari mengubati. Sebelum benda yang tak nak terjadi tu terjadi, adalah lebih baik saling mengingatkan.
“Ha.ha.ha... Yelah. Aku nak blah ni. Assalamualaikum.”
Klik! Talian dimatikan. Telefon bimbit diletakkan diatas meja. Tubuhnya yang lesu direbahkan di atas sofa. Dia mengeluh perlahan. Hatinya sedih. Jiwanya memberontak. Rindunya pada Ija seakan tak mampu nak dibendung. Maka dia nekad pulang ke kampung dengan alasan mahu menemani nenek.
Setiap kali ummi menelefon, pasti ada teguran dan nasihat yang menyapa gegendang telinganya.
Ummi, abang kalah ummi. Abang memang sayangkan Ija. Dari dulu abang dah rasa lain setiap kali berdua dengan Ija. Patut pun kulit Ija sedikit gelap berbanding dengannya dan along. Perangai Ija pun lain. Lebih lembut dan mudah bertolak ansur. Tak macam along dan abang. Akhirnya, persoalan demi persoalan yang memburu benak abang terjawab. Apa yang diduga itu benar.
Maafkan abang sebab abang tipu ummi dan abi. Abang tak nak ummi dan abi kecewa kalau tahu perkara yang sebenarnya.

“Ummi nak kamu berterus terang dengan ummi, abang. Ummi tak nak ada benda yang abang pendam sorang-sorang.” desak ummi ketika Ejoy sedang menguruskan persiapan majlis perkahwinan Ija. Ejoy meletakkan kad jemputan kahwin yang masih berbaki. Jiran-jiran yang berdekatan je yang belum dijemput secara rasmi. Sebelum ni cuma jemput secara lisan. Kemudian, dia melabuhkan punggung dibirai katil bujangnya. Ummi melangkah menghampiri.
“Ummi nak abang cakap apa?” tanya Ejoy perlahan. Bagaikan ada sesuatu yang tersembunyi disebalik nada suaranya itu. Sebak dan sayu.
Ummi mengeluh perlahan. Anak lelakinya ini memang bijak menyembunyikan perasaan. Memang bijak mengaburi mata. Namun, kalau dah namanya ummi, mak kepada seorang anak lelaki yang dikandungnya 9 bulan dalam rahim sendiri, mesti dah sedia maklum dengan segala tindak tanduk anaknya baik yang nyata atau yang tersembunyi.
“Abang tak ada perasaan apepun kat Ija. Ija kan adik abang, ummi. Dari kecik abang jaga. Takkan abang nak jatuh cinta kat adik sendiri.” Ejoy memalingkan muka dari memandang ummi. Matanya menakung sesuatu. Nafasnya bagai tertahan-tahan.
“Bukan baru sejam ummi kenal dengan abang. Dah 22 tahun abang membesar depan mata ummi. Tindak-tanduk abang tu ummi dah faham. Abang, bagitahu ummi hal yang sebenarnya. Kenapa mesti nak rahsiakan kalau abang tahu akhirnya nanti abang sendiri yang merana.”
Ummi mengelus lembut kepala Ejoy. Menitis juga air mata Ejoy mendengar kata-kata ummi. Kali pertama dia menitiskan air mata untuk seorang perempuan. Dan perempuan itu adalah adik angkatnya, Ija.
“Abang dah lama merana ummi. Kenapa baru hari ni ummi nak peduli.”
Ummi terkedu. Namun tangannya masih belum berhenti mengelus kepala Ejoy.
“Abang redha, ummi. Mungkin betul kata nenek, kami tak ditakdirkan untuk saling memiliki.”

Ejoy melepaskan nafas yang tertahan. Matanya bergenang untuk kesekian kali. Maafkan hambaMU ini Ya Allah. Aku belum cukup kuat untuk menghadapi kenyataan ini. Aku belum cukup berani untuk menghadapinya.
Nenek yang memerhati dibalik pintu mengeluh perlahan. KAU berikanlah kekuatan kepada cucuku Ya Allah. Sesungguhnya disaat ini dia sangat memerlukanMu.