Friday, November 26, 2010

mood nak balik umah daa...hahahahah

IJA SENYAP. Ejoy pun bisu. Suasana dalam bilik Ejoy sunyi sepi. Cuma tangan masing-masing ligat kemas barang Ejoy untuk dimasukkan dalam beg. Semester baru dah nak bermula. Ejoy sengaja mahu pulang awal ke kampus. Dia tidak mahu ada masalah yang timbul. Contoh? Macam ada lagi barang yang tertinggal. Ejoy menarik nafas dalam. Dikerling Ija yang masih membisu disebelahnya. Kenapa pulak senyap je adik aku sorang ni?
“Adik…”
Senyap. Ija hanya mengangkat wajahnya sambil mengangkat kening. Sah… ada yang tak kena.
”Kenapa?”
Ejoy tersengih. Alahai adik aku yang sorang ni. Buat aku rasa berat hati nak balik kampus je. ”Along kan nak blah tak lama lagi. Tak akan ada siapa nak kacau adik dah. Abang gerenti.”
Bukan masalah Along ada ke tak… kenapa cuti abang cepat sangat habis? Adik bosan lah duduk kat rumah sensorang macam ni… sunyi..
Ija mengeluh perlahan.
“Adik dah ada plan nak buat apa sementara tunggu tawaran ni?” ejoy bertanya. Satu beg pakaian dah siap dikemas. Ada lagi satu beg belum siap kemas lagi. Ejoy memandang sekitar biliknya. Apa lagi yang aku belum masukkan ek? Tuala dah sudah.. toiletries dah sudah.. kain sarung? Sejadah? Dah tadi aku masukkan awal-awal… ermmm… hanger dah sudah..
“Adik ingat nak tunggu pinangan je lah.. boleh?” tanya Ija sambil buat muka lima sen. Ejoy dah pandang pelik. Kena sampuk ke kena sumpit adik aku ni?
”Ingat perjanjian kita... abang kahwin dulu baru adik boleh kahwin...”
”Yelah.. yelah..” ija buat muka toya. Ejoy tersengih. Aku kahwin? Mak ai... ngeri aku dengar.. heheh..
”Dah siap dah beg yang ni. Adik letak kat tepi almari cermin ni.”
”Okay..” Ejoy mengangguk.
”Adik ingat nak ajar budak tuisyen lah... okey tak?”
Ejoy mencongak-congak dalam hati. Jadi tutor lah ni eh? Ermmm... okey je.. tapi.... ”Ada ke orang nak ambik adik kerja?”
Ija tersenyum sambil mengangguk. ”Ada. Abang ingat Haji Hassan? Cikgu Addmaths adik masa Form 5?”
Haji Hassan? Ooo… ingat.. ingat… yang pernah buat statement nak kahwin dengan adik dulu kan.. heheh… orang tua tu memang suka bergurau.. entah apa khabarnya Haji Hassan sekarang..
”Dia sihat, dik?”
”Alhamdulillah.. sihat.. tapi biasalah nama pun dah berusia, adalah sakit-sakitnya tu..” ija memang dah sedia maklum dengan penyakit cikgunya itu. Kalau kat rumah ada bini yang nak jaga. Kat sekolah Ija lah student yang paling rapat dengan Haji Hassan, selalu jugak Ija tengok-tengok kan Haji Hassan.. takut pulak cikgu tu tetiba jatuh pengsan kat sekolah... paling penting Ija lah yang jadi alarm bila dah sampai masa makan ubat. Sebab kadang-kadang Haji Hassan ni lupa.
”Masa ambik keptusan SPM hari tu, Haji Hassan ada sekali.. dia pun tengok keputusan adik.. time tu jugak dia offer jadi tutor untuk kelas tuisyen dia. Kira tolong-tolong mana yang patutlah. Haji Hassan cakap dia yang akan mengajar tapi kerja adik tolong tengok kalau-kalau ada soalan yang budak-budak tuisyen tu tak dapat nak jawab.” Terang Ija sambil mengikat semula rambutnya. Ejoy yang mendengar dah terangguk-angguk. “Okey jugak tu. Tak adalah adik abang ni muncung memanjang duduk kat rumah ni.”
Ija sekadar tersenyum. “Ummi dengan abi dah tahu?”
“Dah.. semalam adik bagitahu.. lagipun adik kena tinggal kat sana. Yelah.. rumah kita dengan rumah Haji Hassan tu bukannya dekat. Jauh berbatu-batu.. Haji Hassan tak bagi adik ulang-alik.. takut jadi apa-apa pulak.”
Ejoy mengangguk lagi.
”Nanti abang hantar adik. Abang nak pastikan adik abang ni selamat sampai kat rumah Haji Hassan nanti.”
Ija tersenyum sambil mengangguk tanda bersetuju.

“CUN GILER ADIK KAU,JOY.. tak nak kenalkan dia dengan aku yang macho ni? Macam rugi pulak tak kenalkan dengan aku..”
Ceh… nak kata diri kau tu macho? Erk? Ejoy buat muka pelik pandang Ryzal kat sebelah yang dah tersengih macam kerang busuk.. kerang busuk punya sengih pun tak buruk macam kau lah Ryzal...
Suasana kat blok kediaman hingar bingar dengan suara pelajar lain yang turut datang bersama ahli keluarga masing-masing. Hari ini, Ejoy datang berdua dengan Ija. Mereka sudah biasa berdua. Sehinggakan tadi Ryzal menyangka Ija adalah kekasih Ejoy yang selalu disebut-sebut Ejoy.

“Hai… awak ni awek Ejoy eh? Dah lama ke kapel dengan Ejoy?” sapa seorang lelaki tiba-tiba. Ija yang terperanjat dek dengar suara lelaki tu dah buat muka blur. Awek? Kejadah apanya aku ni awek abang… hello!! Aku ni adik Ejoy.. a-dik.. A-D-I-K.. bukannya awek.. hesy.. apalah masalah mamat ni tetiba masuk sergah aku.. yang abang ni pulak kemana ajelah perginya. Kata kejap… ni dah lima minit dah ni.. dah lah aku sensorang perempuan dalam bilik ni.. dibuatnya kang...... ”Sori,dik...”
Erk? Adik? Bukan ni awek kau ke Ejoy? Ryzal pulak buat muka pelik. ”Eh, Ryzal.. bila kau sampai? Aku baru nampak Pojie je tadi. Kat bilik depan tu siapa yang duduk? Bilik sebelah aku pun tak ada orang lagi.” cerita Ejoy panjang lebar sambil menghampiri Ryzal yang tercengang. Eh mamat ni... macam lah dah berpuluh tahun tak jumpa aku.. tercengang macam ni.. ”Weh... kenapa dengan kau ni, Ryzal?” Ejoy menepuk bahu Ryzal. Ryzal yang bagaikan baru tersedar tersengih sumbing.


”Barang-barang abang nak adik masukkan semua dalam almari ni ke?” Ija menoleh sambil memandang Ejoy yang tengah mengemas meja belajar. Ija melihat meja belajar abangnya dah rapi dengan segala buku yang siap bersusun dengan laptop jenama Apple disudut tepi sebelah kanan meja belajar tersebut. Ejoy melihat kedalam almari tersebut sejenak sebelum mengangguk memandang Ija yang tengah menanti jawapan.