Sunday, July 25, 2010

cont. cerpen? or novel?

SUARA GELAK KETAWA sedikit sebanyak menenggelamkan bunyi deruan air sungai yang mengalir di pinggir hutan. Malam semakin melabuhkan tirainya. Dan tadi mereka semua baru sahaja selesai menunaikan solat jamak berjemaah dengan diimamkan oleh Ejoy. Masing-masing sudah pun menukar kain sarung dengan seluar track. Hanya Ejoy yang masih memakai kain sarung. Tadi usai solat berjemaah, dia terus memulakan kerja-kerja menyediakan makanan untuk malam itu. Bermula dengan menjerang air. Sambil tunggu air mendidih, ligat tangannya membasuh beras yang dibawa. Dia sekadar mengagak jumlah beras yang ingin dimasukkan kedalam mass-tin lalu beras itu dicuci dengan air gunung yang disalurkan melalui paip yang telah tersedia bersebelahan dengan bangsal kecil yang turut menempatkan barang makanan yang lain sebagai bekalan untuk dua tiga hari ini. Selesai mencuci beras, dia menyukat jumlah air didalam mass-tin itu lalu diserahkan tugas seterusnya kepada Iz yang sudah menanti dihadapan unggun api.
“Berapa banyak abang nak masak nasi ni? Bajet-bajet tau. Kita bukan duduk sini sehari je.” Tegur Ija sambil tangannya ligat mencari tin sardin didalam plastik. Ejoy mengangguk. “Abang nak masak dalam 3 mass-tin je. Okey tak? Tak banyak sangat kan?” Ija geleng. “Mass-tin tu pun kecik je kan.. I guess okey lah.” Ejoy angguk.
“Mana mass-tin yang lain, abang? Takkan abang sapu semua sekali?” Ejoy yang tengah tekun membasuh beras menoleh. “Tak lah. Cuba tengok dalam plastik hitam kat sebelah kiri adik.” Ija angguk. “Kay..I got it.”
Ija membawa setin sardin bersama mass-tin bersaiz sederhana besar menghampiri Amir yang turut duduk dihadapan unggun api tersebut. Sempat anak matanya menyapa Iz dan Iman yang dah berpeluh-peluh mengerjakan mass-tin yang berisi beras dan menunggu beras itu bertukar menjadi nasi. “Im, aku rasa nasi yang ni dah masak dah.”
“Mir, kau masak sardin ni… setin cukup tak?” Amir angguk. “Weh Ejoy, nasi ni masak dua mass-tin je la.” Jerit Iman. Ejoy mengangkat ibu jarinya tanda okey.
“Ija…” panggil Amir.
“Ape?” Ija menoleh. “Kicap lemak manis ada kan?”
“Ada…”


IJA DAH TERSENGGUK-SENGGUK duduk disebelah pemandu dalam kereta Honda Stream yang dipandu Ejoy. Penat mendaki semalam tak habis lagi. Nasib baik lah geng-geng abangnya sanggup take over tang memasak malam semalam. Kalau tak, adoii…. Memang lepak lah.
Tak cukup dah tawan puncak Gunung Ledang semalam, pagi tadi si abang pulak ajak mandi kat air terjun. Kononnya rugi kalau tak mandi air terjun tu. Hmm… alang-alang dah sampai, baik mandi. Aku pun redah je lah. Berenang ke hulur ke hilir tak ingat dunia. Macam-macam action aku buat. Tak cukup kuak lentang. Kuak katak pun terbuat sekali. Nasib baik tak ramai sangat orang masa tu. Maklumlah, masa tu baru lepas hujan. Kebetulan siren berbunyi lagi. Tapi, nak mandi punya pasal.. abang slow talk dengan pegawai kat sana and finally dapat jugak mandi. Yaaaahhhhhoooooooo!!!!! Masa tu hilang lah penat sekejap. Lepas dah bersihkan badan, sumbat haversack dalam boot kereta abang, aku lah orang paling ngantuk sekali. Abang dah tersengih tengok muka layu aku kat sebelah. Si Iz, Iman dengan Amir bergosip tak habis-habis lagi. Ni penangan nampak awek yang sama-sama mandi jugak lah tu tadi. Bergelak sakan. “Penat dik?”
“Hmmm…” Ija angguk. Selendang yang terlekat kat kepala dipakai ala kadar. Janji menutup yang sepatutnya ditutup bila ada sekali lelaki yang bukan muhrim dalam kereta tu. Ejoy senyum sambil usap kepala Ija. “Tidur lah. Nanti abang kejut.”
“Sape pulak nak teman abang drive?” Tanya Ija sambil kepalanya dipusingkan ke tempat duduk belakang. Tiga-tiga mamat tu kini dah terbongkang. Masing-masing lawan siapa paling kuat berdengkur. Tak senonoh betul! Ija menggeleng kepala sementara abangnya dah tersenyum sumbing.
“Tak apa… adik tidur lah.. macam lah abang ni tak biasa drive sensorang.”

“Heissyyy…. Patut pun aku semput. Nama checkpoint ni bukit semput rupanya.” Bebel Iz dalam cungapnya. Memang penat pun menapak naik tangga pulak tu dari bawah ke checkpoint ni. Entah berapa ratus anak tangga yang ada tadi pun tak terkira kerana terlalu banyaknya. Semua tergelak termasuk lah renjer yang guide kita orang masa tu. “Kau ni Iz…ni baru first checkpoint. Ada banyak lagi checkpoint menanti. KFC pun tunggu kau kat atas.” Usik Ejoy yang dah pun duduk disebelah adiknya. Masing-masing ketawa lagi. Si Iz pulak dah keluar muka bahagia. “Ada KFC eh kat atas? Betul ke bang?” kepalanya menoleh kearah renjer yang masih tersenyum tu. Sesekali anak mata renjer tu merenung Ija dengan pandangan yang sukar untuk ditafsirkan dek kepala otak yang waras. Ija pula lebih suka mendiamkan diri dan terus melekat dengan abangnya yang tidak tahu apa-apa pasal tu.
Anggukan renjer tu dengan senyuman yang lain macam membuatkan Iz tambah berbunga-bunga. “Kejap lagi jumpa KFC… yea..yea.. jumpa KFC..”
“Kau ni memang sah ada urat yang putus lah..” Amir memukul bahu kawannya. KFC tu bukannya Kentucky Fried Chicken tapi Killer Fox Climbing daaa… “Lepas ni korang akan jumpa checkpoint Lagenda Trail, Batu Orkid, Sungai Tiga Segi, Gua Kambing.. hmmm… Bukit Hampar paling susah kot, Taman Bonsai pun ada, pas tu last checkpoint Bukit Botak. Setiap checkpoint ada sejarahnya yang tersendiri.” Ulas renjer dengan matanya tak lepas merenung Ija. Dan Ija…… Buat bodoh sudah….!!!!

Saturday, July 24, 2010

cerpen? or a novel?

IJA TERSENYUM sendiri. Gulai di dalam kuali dikacau sebati. Senduk yang dipegang diletak semula kedalam pinggan bersebelahan dengan kuali tersebut.
“Hmmm….sedap bau. Masak ape ari ni dik?” dengan muka bahagia si abang bertanya. Anak matanya mencerun memandang isi didalam kuali tersebut. “Ayam masak merah lah. Kan lauk ni yang abang request kat adik tadi.”
Buat-buat lupa pulak pak cik ni. Nak kata dah tua, umur baru nak masuk 22. Hampeh.. “Nak abang buat apa ni?” Matanya meliar memandang sekitar dapur. Mak ai…semua dah bersih dah.. bagus betul lah adik aku yang sorang ni.. air pun dah buat.. cawan dah bersusun atas dulang.. pinggan dah berlap dan cun-cun tersusun atas alas pinggan kat meja makan.. nasi dah terhidang.. lauk pun dah siap.. apa lagi yang tak ade ek? Si abang mencongak sendiri sambil menggosok lembut dagunya yang dah tumbuh janggut sejemput tu.
Ija yang macam tahu apa yang abangnya tengah fikirkan cepat-cepat menyiku si abang. Mengaduh abangnya dengan dahi yang berkerut tu. “Nanti abang take over kemas meja makan.”
“Baik bosss…..sokk..” si abang mengangkat dua jari tangan ke dahi sambil tersengih. Si adik dah mengetap bibir. Betul-betul hampeh abang aku yang sorang ni. Ade ke patut panggil aku macam tuh? Sengal!!
Hari ni ummi dan abi tak ada kat umah. Balik kampung jenguk nenek. Semalam dah telefon dan nenek sihat-sihat je. Ummi dan abi balik pun bukan setakat nak jenguk nenek semata, tapi nak tengok kebun nenek yang ada kat belakang rumah tu. Nenek tu kalau dah duduk sensorang kat rumah, bukan reti nak duduk diam. Ada je yang nak dikerjakannya. Tanam sayur lah, tanam ubi lah, tanam manggis lah, durian pun ada, asam kundang lah… yang paling penting buah kegemaran cucunya ni pun ada.. limau barli..hehehe…
“Banyaknye abang ambik kan nasi adik? Ingat adik ni dinasour ke?” bebel Ija. Ejoy dah tersengih. Lauk yang dah pun dimasukkan dalam mangkuk bertukar tangan dan Ejoy letak lauk tu betul-betul kat tengah meja makan. “Bukan dinasour.. T-rex je..”

“DAH KOMPEM EA? Good job dude… Well done..”
Ejoy tersengih sambil meletakkan telefon bimbit di atas meja belajar adiknya. Baru tadi pegawai tersebut yang berada dihujung talian menyatakan persetujuan untuk memberi kebenaran mendaki hujung minggu ini. Senarai nama dah bagi. Tinggal urusan bayar-membayar je. Ejoy tersenyum. “Haversack abang dah siap ke?”
Ejoy bangun dan merapati adiknya yang duduk diatas katil. Gadis itu masih leka menyusun barang-barang yang ingin dibawa nanti. “Dah. Kan abang dah pesan suruh kemas semalam. Hari ni boleh lepak-lepak. Kejap lagi Iz dengan yang lain sampai.”