IJA TERSENYUM sendiri. Gulai di dalam kuali dikacau sebati. Senduk yang dipegang diletak semula kedalam pinggan bersebelahan dengan kuali tersebut.
“Hmmm….sedap bau. Masak ape ari ni dik?” dengan muka bahagia si abang bertanya. Anak matanya mencerun memandang isi didalam kuali tersebut. “Ayam masak merah lah. Kan lauk ni yang abang request kat adik tadi.”
Buat-buat lupa pulak pak cik ni. Nak kata dah tua, umur baru nak masuk 22. Hampeh.. “Nak abang buat apa ni?” Matanya meliar memandang sekitar dapur. Mak ai…semua dah bersih dah.. bagus betul lah adik aku yang sorang ni.. air pun dah buat.. cawan dah bersusun atas dulang.. pinggan dah berlap dan cun-cun tersusun atas alas pinggan kat meja makan.. nasi dah terhidang.. lauk pun dah siap.. apa lagi yang tak ade ek? Si abang mencongak sendiri sambil menggosok lembut dagunya yang dah tumbuh janggut sejemput tu.
Ija yang macam tahu apa yang abangnya tengah fikirkan cepat-cepat menyiku si abang. Mengaduh abangnya dengan dahi yang berkerut tu. “Nanti abang take over kemas meja makan.”
“Baik bosss…..sokk..” si abang mengangkat dua jari tangan ke dahi sambil tersengih. Si adik dah mengetap bibir. Betul-betul hampeh abang aku yang sorang ni. Ade ke patut panggil aku macam tuh? Sengal!!
Hari ni ummi dan abi tak ada kat umah. Balik kampung jenguk nenek. Semalam dah telefon dan nenek sihat-sihat je. Ummi dan abi balik pun bukan setakat nak jenguk nenek semata, tapi nak tengok kebun nenek yang ada kat belakang rumah tu. Nenek tu kalau dah duduk sensorang kat rumah, bukan reti nak duduk diam. Ada je yang nak dikerjakannya. Tanam sayur lah, tanam ubi lah, tanam manggis lah, durian pun ada, asam kundang lah… yang paling penting buah kegemaran cucunya ni pun ada.. limau barli..hehehe…
“Banyaknye abang ambik kan nasi adik? Ingat adik ni dinasour ke?” bebel Ija. Ejoy dah tersengih. Lauk yang dah pun dimasukkan dalam mangkuk bertukar tangan dan Ejoy letak lauk tu betul-betul kat tengah meja makan. “Bukan dinasour.. T-rex je..”
“DAH KOMPEM EA? Good job dude… Well done..”
Ejoy tersengih sambil meletakkan telefon bimbit di atas meja belajar adiknya. Baru tadi pegawai tersebut yang berada dihujung talian menyatakan persetujuan untuk memberi kebenaran mendaki hujung minggu ini. Senarai nama dah bagi. Tinggal urusan bayar-membayar je. Ejoy tersenyum. “Haversack abang dah siap ke?”
Ejoy bangun dan merapati adiknya yang duduk diatas katil. Gadis itu masih leka menyusun barang-barang yang ingin dibawa nanti. “Dah. Kan abang dah pesan suruh kemas semalam. Hari ni boleh lepak-lepak. Kejap lagi Iz dengan yang lain sampai.”