Friday, January 21, 2011

bila berdua..

“BUAT MASA NI NINI KENALAH STAY KAT SINI. Sorry. Nick tak sempat nak cari rumah yang proper untuk kita. So, Nick hope Nini tak kisah tinggal untuk sementara kat rumah sewa ni.”
Ija sekadar diam mengangguk. Anak matanya melilau memerhati ke segenap ruang rumah tersebut. Macam bukan dia sorang je yang tinggal kat sini.
“Kat rumah ni sepatutnya ada dua orang lagi kawan Nick. Sama-sama belajar dengan Nick. Tapi Nini tak payah risau sebab sekarang ni kitorang tengah cuti semester. Diorang berdua balik kampung. So, no disturbance I guess.”
Ija mengangguk lagi. Beg pakaian yang dibawa tadi beralih tangan. Nick membawa beg pakaiannya masuk kedalam salah sebuah bilik yang ada. Ija menuruti dari belakang.
Rahang bawah jatuh. Wow... what a.... mess... Ija menelan liur. Dia ni kuat study ke ape? Ija melilaukan pandangan ke sekitar bilik. Macam-macam jenis kertas bertampal di dinding. Semuanya adalah nota-nota. Reminder pun ada. Wow... busy tahap apa lah mamat ni. Tak cukup dengan kertas yang bertampal, almari yang ada pun penuh dengan buku-buku yang kebanyakannya berkait rapat dengan pengurusan sumber manusia. Dia ni ambik kos yang related dengan management ke ape?
Nick tersenyum melihat reaksi Ija. Dia bagai sudah menduga dengan respons itu.
“Sorry. Bersepah.”
Ija menjatuhkan pandangannya keatas Nick yang sekadar tersenyum. “Study hard huh?”
Nick ketawa.
“Katil bujang?”
Nick menoleh ke arah katil bujangnya. “Dah tu?”
Ija tersengih. “Tak de pe.”


PAGI ITU SELEPAS BERSARAPAN, Nick berangkat untuk pergi kerja. Yang Ija paling terkejut tu, masa hantar Nick ke pintu rumah, Nick kiss dahi dia lepas dia salam Nick. Nafasnya dah sesak. Rasa tak teratur.
“Duduk kat rumah elok-elok eh? Kunci pintu. Kalau ada pape, terus call Nick. Don’t delay.” Pesan Nick berbaur amaran. Ija tersengih. Macam aku ni budak kecik je.
“Okay boss.”
Tu sejam yang lalu, ni sekarang tengah tak tahu nak buat apa. Basuh baju dah, kemas rumah dah. Hurmm... mana mp3 player aku eh? Ija melilau mencari pemain mp3nya. Kat bilik kot.
Atas meja? Tak ada. Dalam beg? Tak ada. Dekat almari? Tak ada jugak. Mana aku buang mp3 player aku? Ija menggaru kepalanya yang tidak gatal. Rambut yang tadi diikat satu dibiar mengurai. Tuh hobinya. Membiarkan rambut lurusnya mengurai tak diikat.
Kakinya melangkah menuju ke almari cermin. Dibelek-belek rambut yang dah memang panjang sampai ke pinggang. Panjang sangat eh rambut aku? Pagi tadi masa baru bangun tidur, Nick terperanjat giler nampak aku dengan rambut yang serabai ni. Bukan hari ni je aku rasa. Hari-hari dia terperanjat kot. Tapi yang pagi tadi tu tahap terperanjat sampai terlepas tali leher dari tangan. He.he. mintak maaf lah ye. Ija ketawa kecil.
Nick reti potong rambut tak? Ija bertanya dalam hati. Kesian pulak tengok dia asyik terperanjat tengok aku dengan rambut panjang macam ni. Tak pasal-pasal keluar paper, muka depan. Title besar. ‘SUAMI MENINGGAL MENDADAK MELIHAT ISTERI YANG BARU DUA MINGGU DINIKAHINYA.’ Ha.ha.ha... hisy..mintak dijauhkan.
Dah dua minggu bergelar isteri. Dan dah dua minggu jugak tinggal berdua dengan dia. Sedikit demi sedikit aku kenal suami aku siapa. Memang sibuk semedang. Belajar sambil bekerja rupanya. Master’s student. Dalam seminggu, kalau nak diikutkan sehari je dia boleh spent full time untuk aku ni. Tapi tak apalah. Dia mencari rezeki sambil mencari kepuasan sebagai seorang mahasiswa.
Yang uniknya pasal husband aku ni, dia suka bercerita dulu kat aku sebelum aku tidur. Kadang tu aku tertidur kat bahu dia. Pernah juga tertidur sama dengan dia kat atas sofa. Dengan aku lentok kat bahu dia dan dia tidur dengan kepalanya mendongak keatas. Padahnya, aku lah kena tolong urut leher dia bila bangun tidur keesokan harinya. Ija ketawa kecil.

“Nick, kalau kita duduk rumah arwah mama dengan papa Nini nak tak?” tanya Ija suatu malam ketika mereka baru selesai makan. Waktu itu, Nick tengah mencuci pinggan yang kotor dan Ija mengemas meja makan.
“Tak apa ke?”
Ija melangkah menghampiri Nick yang masih berada dihadapan sinki sambil membawa kain kotor yang baru digunakan untuk mengelap meja makan. Nick bergerak kekiri sedikit. Memberi ruang kepada isterinya untuk mencuci kain lap tersebut. Pinggan yang sudah bersabun diletakkan ditepi sinki dahulu.
“Okey je lah. Lagipun tak ada siapa duduk rumah tuh. Nini kan anak tunggal arwah mama dan papa. Yang ada kat rumah tuh cuma pembantu je. Kak Teh dengan suaminya. Suaminya jadi tukang kebun kat sana.”
Nick yang mendengar diam mengangguk. Selesai mencuci kain lap, Ija menyidai kain ditempat khas disebelah kanan sinki. Nick kembali membilas pinggan yang dah bersabun tadi. Ija masih berdiri disisi suaminya.
“Nick tak kisah. As long as Nini selamat duduk kat sana. Kalau jadi apa-apa kang tak pasal-pasal Nick kena jawab dengan abang kesayangan Nini tu.” balas Nick bersahaja.
“Nini dah besar lah, Nick.”
“Ye.. tapi Nini isteri Nick. Tanggungjawab Nick. Ingat tu.” Hidung Ija dicuit dengan jari telunjuk Nick yang basah. Ija mengesat batang hidungnya yang basah dengan belakang tangan. Bibrnya mnarik senyum nipis.
“Ikut Nick lah. Bila Nick free, kita pindah masuk rumah mama papa kay?”
“As you wish madam.”


Ija duduk diatas katil bujang milik Nick. Bilik yang simple tapi agak serabut dengan segala notes yang bertampal dan juga buku-buku yang ada. Ija menggelengkan kepala. Kalau aku kemas kang, takut apa yang dia cari tak jumpa. Kalau aku tak kemas, aku pulak boleh kena migrain duduk dalam bilik yang penuh buku ni. Hurmm.. biarlah.. daripada dia yang kelam kelibut tak jumpa apa yang dicari, baik aku je yang kena migrain.
Ija merebahkan tubuh diatas katil. Tiba-tiba dahinya berkerut. Apa ni? Ija meraba bawah kepalanya. Ditarik dengan tangan kanannya. Hah! Mp3 player. Mesti ada headphone sekali. Laaa.... headphone jatuh bawah katil. Patut aku tak jumpa.
Mood jiwang dah tiba. Hahah... layan lagu jiwang lah nampaknya. Lama-lama, Ija terlena sambil telinganya disumbat dengan headphone. Lagu mp3 bertukar ganti bersama dirinya yang hanyut dibuai lena.

No comments:

Post a Comment