Tuesday, January 25, 2011

semakin serasi...


EJOY TERBONGKANG DIATAS SOFA RUANG TAMU.
Dengan kunci kereta terjatuh kebawah meja dan telefon bimbitnya diatas meja kaca. Tambah lagi dengan televisyen yang terpasang. Nenek yang naik ke atas menjenguk cucunya itu menggelengkan kepala sambil mengeluh perlahan. Kipas yang ligat diperlahankan kelajuannya. Nenek mematikan televisyen.
“Ejoy....” panggil nenek lembut.
Tak bergerak. Sekujur tubuh itu kaku diatas sofa. Penat sangat la ni.
“Ejoy.... bangun... nenek nak ke pasar ni. Kamu jaga rumah. Jangan ke mana-mana.” Nenek menggoyangkan tubuh Ejoy. Lambat-lambat Ejoy membuka matanya yang berat. Memang mengantuk tahap apa tak boleh nak cakaplah.
“Nenek cakap apa, nek?” tanya Ejoy dengan suara serak basahnya. Masih berusaha membuka mata yang berat. Nenek menggelengkan kepala.
“Nenek cakap... nenek nak ke pasar. Kamu jaga rumah. Jangan ke mana-mana. Tahu?” ulang nenek dengan suara yang sedikit kuat. Ejoy terduduk. Digenyeh-genyeh matanya.
“Tak apalah nek. Biar abang hantar nenek eh. Abang nak mandi kejap. Nenek tunggu tau.”
“Hah..yelah.”

EJOY MEMBAWA BAKUL YANG BERISI SAYUR-SAYURAN DAN SEKILO IKAN KEMBUNG sementara nenek memilih buah-buahan untuk dijadikan hidangan pencuci mulut. Nenek ni kalau ada cucunya yang balik mesti dia berbelanja banyak. Orang sayang cucu katakan.
“Nak tembikai ke buah mangga?” tanya nenek yang masih tekun memilih. Ditangan kiri ada buah mangga sementara tangan kanannya menunjuk ke arah buah tembikai yang terletak disudut hujung rak buah-buahan.
“Nenek nak yang mana? Ikut nenek lah. Abang tak kisah.” Mudah jawapan Ejoy. Bakul yang dibimbit tadi diletak ke bawah. Dia kini turut sama membantu nenek memilih buah.
“Kuini tak nak nek?” tanya Ejoy sambil mengambil sebiji buah kuini yang masak ranum.
Nenek menoleh. “Ikut kamulah. Nenek tak kisah.”
“Nenek ni... Tiru ayat abang nampak?” usik Ejoy bersahaja. Nenek ketawa. Cucu aku ni tak cukup menyakat Ija, nenek yang dah tua ni pun nak disakatnya.
“Abang rasa kalau beli buah mangga atau tembikai, sama je nek. Abang ingat hari ni nak buat jus je. Okay?” Ejoy meminta pendapat nenek yang kembali berdiri disebelahnya. Nenek sekadar diam mengangguk.
“Abang, nak tembikai sebijik.” Ejoy meminta kepada pemilik gerai buah tersebut.

IJA MENGAGIHKAN GELAS-GELAS YANG BERISI JUS OREN kepada Kak Teh, Abang Mail dan Nick yang duduk disisinya. Akhirnya segelas jus lagi untuknya diletakkan dihadapannya. Dulang yang digunakan untuk gelas-gelas jus tadi diletakkan diatas meja kecil yang berdekatan.
“Ni je lah yang Ija reti buat sebagai tanda terima kasih kepada Kak Teh dengan Abang Mail sebab tolong Ija dengan Nick tadi.” ucap Ija sambil melabuhkan punggung disebelah Nick. Nick yang mendengar tersenyum. Kak Teh dan Abang Mail turut tersenyum.
“Tak apalah Ija. Kami gembira akhirnya Ija duduk kat rumah ni. Rumah ni sunyi sangat Ija. Kak Teh dengan Abang Mail je yang ada tolong jagakan rumah ni. Ni pun atas permintaan mama dan papa Ija.” Balas Kak Teh. Nadanya berbaur sayu menyapa pendengaran. Ija tersenyum.
“Terima kasih Kak Teh, Abang Mail. Ija tak tahu nak buat macam mana nak balas jasa baik akak dengan abang.” Ucap Ija terharu.
“Alah... tak de apelah,Ija. Kami buat ni ikhlas. Mama dengan papa Ija lagi banyak jasanya kepada kami. Sanggup ambil kami jadi keluarga angkat pun kami dah sangat bersyukur.” Abang Mail pula bersuara.
“Abang dengan kakak akan terus duduk sini kan? Nick cuma tak nak Ija duduk sorang-sorang kat rumah. Kalau ada kawan kat rumah ni, Nick tak adalah risau sangat.” Nick mencelah seraya meneguk jus oren miliknya.
“Nini bukan budak keciklah,Nick.” Ija memukul lembut bahu Nick. Bersahaja.
“Kecik tak kecik bukan masalahnya, sayang.” Nick memandang wajah isterinya.


NICK BARU SELESAI MEMAKAI BAJU KETIKA IJA MENAPAK MASUK KEDALAM BILIK. Nick sekadar diam memandang Ija yang berdiri dihadapan almari pakaian.
“Cari apa?” tanya Nick pendek apabila melihat Ija bagaikan mencari sesuatu di dalam almari pakaian itu. Nick melangkah menghampiri Ija memandangkan soalannya tadi tak berjawab.
“Nini, what are you looking for?”
Apa aku nak cakap dekat mamat ni. Takkan aku nak cakap direct? Hesy.. malu seyh.. yang aku pun satu, boleh pulak tak perasan yang benda tuh dah habis.
Ija bingkas. Menghadap Nick yang tertanya-tanya. Aduh... perut aku dah sakit giler ni. Kalau boleh buang perut ni sekejap, dah lama aku buang.
“Nini.... let me know if you need help.”
“Err... pad Nini...”
“Pad? Cooler pad ke?” tanya Nick lurus. Ija menggaru kepalanya yang tidak gatal. Bukan cooler pad lah. Aduh...... macam mana aku nak cakap ni. Tadi jumpa Kak Teh, Kak Teh punya pad pun dah habis.
“Pad... Err... tuala wanita.”
Nick terkedu. Tuala wanita? Hurrmmm... period ke budak ni? Takkan tak jumpa kat bawah almari ni. Nick menjeling ke dalam almari yang masih belum bertutup.
“Err... sebenarnya Nini tengah sakit perut ni. Period pain.” Luah Ija lambat lambat.
Nick mengangkat kening. “So?”
Ija menggigit bibir bawahnya. Aduh... nak ke mamat ni tolong belikan pad untuk aku?
“Err... dah habis.”
Nick mengerutkan dahi. “Apa yang dah habis?”
Ija menundukkan wajahnya. Tengah menahan kesakitan pun boleh blushing. Aduh... tak paham rupanya mamat ni.
Nick terdiam memikir. Menganalisis segala maklumat yang terkeluar dari mulut si isteri.
“Aaaaaa....” Nick terangguk-angguk. Ija mendongak. Paham dah ke?
“Brand apa?”

No comments:

Post a Comment