Saturday, September 4, 2010

aku, abang dan limau barli....

“GUNUNG KINABALU NAK TAK?”
Kinabalu? Biar benar adik aku ni.. kot iye pun sukakan cabaran takkan sampai kinabalu sekali nak redah? Adeh… Ija khusyuk mengupas kulit buah limau barli sambil duduk diatas tanah yang beralaskan tikar gulung. Si Ejoy masih diatas pokok memetik buah manggis yang dah masak ranum. Buah manggis yang dah dipetik dimasukkan kedalam plastik yang disangkutkan pada seluar track lusuhnya yang berwarna hitam itu.
Sesekali dia mengerling adiknya yang duduk berhampiran dengan pokok manggis yang sedang dipanjatnya itu. Bibirnya mengukir senyuman nipis sambil menggeleng kepala. Adik aku sorang ni pun… memang tak boleh nampak buah yang namanya limau barli. Pantang jumpa, pasti disebat habis. Entah-entah masa mengandungkan budak ni, ummi selalu mengidam buah limau barli kot. Ejoy ketawa geli hati. “Apasal abang gelak? Kelakar ke idea adik tu?”
Eh,eh… budak ni telinga capang ke ape? Aku gelak punya la slow pun boleh dengar jugak? Ish… pelik.. pelik.. “Idea apa dik?”
Ija yang tadinya khusyuk melayan perasaan menikmati buah limau barli mendongak ke atas. “Laaa… pasal Kinabalu tu la abang… abang ni berangan je. Kang elok-elok je terguling bergolek-golek dari atas pokok tu kang…baru padan dengan muka..” Ejoy mencebik seraya tersengih. Budak ni pun… ada je modal nak menyakat aku… hampeh.. “Nanti kakak ipar adik tak de can la nak merasa timang anak. Masa depan abang dah gelap.” Mengekek-ngekek Ija ketawa gelakkan abangnya. Si Ejoy tersengih sumbing.
“Amboi.. amboi.. sesedap mulut je mengata eh? We’ll see very soon. Sure kakak ipar kesayangan adik tu ada masa depan dengan abang. Tak cukup sorang anak. Abang bagi satu team football.” Balas Ejoy sambil melangkah menghampiri Ija. Bersusah payah dia turun dari pokok manggis yang dah memang cukup tinggi untuk dipanjat dengan plastik yang penuh manggis tergantung kat seluar tracknya itu. Ija tak habis lagi gelakkan abangnya yang sorang tu. Plastik yang penuh manggis tu diletakkan diatas tikar gulung berwarna hijau berhadapan dengan Ija. “Amacam? Ada berani ka?”
“Booo!!!!” Ija mengangkat ibu jari yang diterbalikkan kearah Ejoy sambil tersenyum mengejek. Ejoy menjelir lidah tidak mahu kalah.

NENEK MENGGELENGKAN kepala melihat kedua cucunya terlena diberanda rumah kayu sederhana besar miliknya itu. Rumah itu peninggalan arwah suami untuknya. Ketika menghampiri Ija dan Ejoy yang sedang tidur itu, tanpa sedar bibirnya mengukir senyum. Dua orang cucu aku ni je la penyeri hidup aku. Tak ada diorang, tak adanya aku usahakan kebun aku tuh. Nenek bermonolog sendiri.
”Mak... mana budak-budak tu? Mak nampak tak?” Tanya ummi kepada nenek. Ketika itu ummi baru menapak keluar dari dapur yang terletak ditingkat bawah. Nenek memanjangkan leher melihat menantunya yang berada dibawah. “Ada kat atas ni.. tidur.. kenyang sangat agaknya makan buah kat kebun tadi sampai tak larat nak menapak..” nenek tersenyum lagi memandang ummi. Ummi turut tersenyum sambil menggelengkan kepala. Anak-anak aku ni pantang nampak buah. Masa nilah jadi orang yang macam tak pernah jumpa musim buah.
“Abang, adik nak lagi manggis tu. Kenapa abang habiskan? Abang jahatlah..” Nenek angkat kening sambil menoleh ke belakang. Mengigau ke cucu aku ni? Hesy… Ija dah tergaru-garu sambil mendengus perlahan. Masa tengah nak tukar posisi tidur tu, tetiba………
Gedebuk!!!
Spontan si abang terduduk. “Dik, durian jatuh lagi sebijik.”
Nenek yang tengok cucu dia ni apa lagi, gelak sakan lah jawabnya. Sampai sakit perut si nenek ni gelakkan cucunya. Yang si Ija dah mengaduh sakit sebab terhantuk kat bucu meja dan si abang pulak buat muka macam kena sampuk je.
“Haa… tu lah… tidur masa tengah kekenyangan.. tu lah jadinya.. mengigau lepas tuh terhantuk... hesy...cucu-cucu nenek ni...” nenek dah menggelengkan kepala dengan sengihnya yang tak habis lagi. Ija dah tarik muka empat belas. Ejoy pulak buat muka kompius. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Ape nenek aku merepek ni? Siapa yang mengigau? Aku? Ke adik? Ke....... dua-dua mengigau?
”Kenapa dengan budak-budak tu mak?” Tanya ummi dari bawah kuat. “Mengigau..”

“TENGOKLAH ABANG ni, ummi!!”
Habis bergegar rumah nenek ni sebab dengar suara Ija yang macam ada ribut taufan nak melanda. Ejoy dah ketawa terbahak-bahak sampai terduduk atas lantai tengok muka terkejut beruk tahap apa si Ija. Ija dah macam budak kecik yang nak menangis. Muka dah merah. Menahan geram kat abang punya pasal lah ni. Geramnya aku!!!!!!
Lipas mainan yang dah dipijak banyak kali tu tak dipandang pun. Hesy... aku lemah betul kalau nampak lipas. Geli!!! Yang abang ni pun sekor...ade ke patut dia letak binatang plastik tu dalam air minuman aku? Dah lah cun-cun tadi aku tersembur depan dia... nah... ambik kau.. sekarang siapa yang nak lap lantai?? Jawab! Jawab!
Tak cukup aku sembur, aku curah air minuman tu atas dia. Abang pulak tergamam… hahah… padan muka! Tu lah, suka sangat nak sakat aku.. ambik kau.. aku mandikan dengan air manis biar hilang sikit sifat suka sakat kau tu...
”Astaghfirullah... apa dah jadi ni? Abang? Adik?” si ummi dah nak masuk mode membebel tuh. Apa lagi abang. Jom bangun. Kemas! Mata Ija seolah-olah berkata-kata pada Ejoy. Ejoy yang macam faham reaksi adik terus bangun dan bukak T-shirt yang tadi tersarung kat tubuh. Terus dia lap lantai yang dah melekit dengan air manis tadi. Si Ija pula buat muka tak bersalah bawak 2 gelas minuman tadi ke dapur. Senyap terus budak-budak ni bila nampak ummi. Kalau toreh muka tu kompem darah tak menitis keluar.
”Abang... abang... kadang ummi tak faham abang ni... perangai tu mengalahkan adik je… macam budak tadika pun ada jugak ummi tengok..” bebel ummi sambil menggelengkan kepala. Ejoy dah tersengih sumbing. Ala ummi... abang boring lah.. adik je yang abang ada nak buat bahan untuk disakat.. mintak ampun ye ummi… abang mintak ampun…
Kata-kata tu tak terluah pun. Tersangkut kat anak tekak Ejoy. Tapi sengihnya tak padam lagi. Teringat ekspresi muka Ija mengalahkan orang yang makan gula-gula ekpresso... erk? Apa kaitan?

EJOY DAH TERSENYUM tengok adiknya berselera makan mee goreng tadi. Sekarang ni pulak tengah sumbat rambutan dalam mulut yang comot. Ejoy menggeleng perlahan. Adik aku ni nasib baiklah sorang je. Taklah terasa sangat kalau duit aku habis pun.
Disebabkan budak kecik ni dah merengek-rengek kelaparan, terpaksa lah jugak aku berhenti kat hentian R&R yang ada. Tak sempat tarik handbrake, Ija dah keluar dulu dah. Berlari ke…….. erk? Toilet? Kata lapar? Tapi layan je lah… adik aku ni pun one and the only je.
“Abang nak?” Ija hulur buah rambutan yang dah siap berkupas kepada Ejoy. Ejoy menggeleng tanda tidak mahu. Ija angkat bahu dan terus menyumbat buah rambutan yang dah dikupas tu kedalam mulut. “Ish adik abang ni… macam lah baru hari ni jumpa rambutan… tak puas lagi ke makan rambutan kat kampung? Heran abang…” Ija tersengih sumbing. Ala…. Rilek lah abang. Masa balik kampung hari tu pun abang dah jadi macam zombie durian. Tak ingat ke? Ke buat-buat lupa? Eheheh… zombie plak? Kejadah hape tetiba masuk kes zombie? Tak kisahlah pun…
Tetiba teringat kes sebelum balik tadi. Nenek serius ke main-main? Neither me nor my bro sure pasal ni. Sebab? Errr…. Sebab? Sebab dua-dua buat tak tahu je lepas dapat khabar berita yang dah macam…. Macam? Macam apa ek? Kapal langgar pelabuhan okey tak kalau aku jadikan contoh? Ermmm….

Ija angkat kening. Sama jugak dengan Ejoy. Biar betul? Tak masuk akal lah cadangan nenek tuh. Ada ke patut……….
Hesy… tersangatlah tak patut…. Tapi… muka ummi dengan abi serius semacam je. PM punya serius pun kalah. Ummi…tolonglah jangan realisasikan hasrat nenek tu. Pleaasssseee.......


”Errr... abang... abang rasa cadangan nenek tadi tu.......”
“Sangat tak masuk akal lah,dik. Ada ke patut..... hish... tak patut lah....” pintas Ejoy sambil ketuk-ketuk stereng kereta. Ija dah terangguk-angguk. Macam setuju dengan si abang. Tapi separuh lagi tak setuju. Kenapa ek? Sebab cadangan nenek tu brilliant lah jugak. Heheheh… nampak tak? Kan dah keluar tanduk nakal aku… haru lah hidup abang aku kejap lagi.
Ejoy ambil botol air mineral yang terletak di atas pangkunya. Dibukak penutup botol dan air mineral tu diteguk perlahan-lahan. Take your time,bro. here come the bencana. “Tapi cun lah akak tuh. Ayu je.” Tersembur terus air mineral yang tengah diteguk tadi. Terbatuk-batuk si abang sambil menutup botol air tersebut. Ija dah ketawa terkekek-kekek. Ejoy menjeling adik yang duduk dikerusi sebelah pemandu. Budak ni memang saja nak bahan aku lah. Kalau dibuatnya aku ada history sakit jantung, terus say goodbye je lah tadi.
“Nur Annyss Khadeeja…..” suara Ejoy berbaur amaran. Ija masih ketawa mengekek. “Ala…. Abang ni cepat sangat melatah la. Rileks sudah...”

”Nenek rasa abang setuju dengan cadangan nenek. Betul tak, abang?”
Erk?? Adeh.. macam tak tertelan je bubur kacang yang nenek dengan ummi masak tadi. Ija kat sebelah dah pecah ketawa. Ejoy siku adiknya yang tengah syok makan bubur kacang. Ija terkejut. Tertumpah la bubur yang dah disudu tu. Ija menjeling geram. Jagalah abang. Ada ubi ada batas, ada can je cepat-cepat adik balas. Tapi tak sempat nak balas, ummi dah sebut nama aku dengan nadanya yang ada bunyi-bunyi siren kecemasan sikit. Macam tahu-tahu je ummi ni niat jahat aku. At last, aku pun simpan je la hasrat aku ni. Takpe…takpe…abang tunggulah. Your time will come. Tetiba datang idea nakal aku....heheheh...
”Abang okey je tu, nek. Lagipun abang bukan ada calon pun. Single-mingle. Kalau tanya adik, adik akan kata ‘terbaik lah pilihan nenek’, kan abang?” ahaha...yaaahhhoooo!!! ambik kau. Muka dah macam ayam berak kapur dah tu. Ija ketawa geli hati. Nenek pulak dah senang hati. Cuma ummi je…. Aik? Macam tak hepi je… nape ummi? Ummi tak suka ke? Cukup pakej lah perempuan pilihan nenek tu ummi... apalagi yang kurang... hesy... adik pun pening.. abi pun sama... adoii...


”Melatah tak melatah... abang tak suka..” pangkah Ejoy sambil menghidupkan enjin kereta. Dah dekat sejam tersangkut kat hentian R&R ni, adalah lagi baik menyambung semula perjalanan. Lagi cepat sampai lagi bagus. Badan pun dah terasa letih. Nak melayan kerenah adik aku ni lagi. Adeh…
“Hesy budak ni…. Tak ada cara lagi sopan nak sendawa tu? Tak senonoh betul. Adik siapa lah ni.” Ejoy yang tengah drive menggeleng kepala layan kerenah Ija yang baru aje melepaskan sendawanya. Boleh pulak budak ni sendawa kuat-kuat dalam kereta. Kereta aku pulak tuh… habis satu kereta bau rambutan plus mee goreng. Hampeh lah adik aku ni. “Adik siapa lagi… adik Muhammad Farizal Khusaini lah….” Ija tersengih sumbing. Erk? Heee…. Siapa nak ngaku adik kalau sendawa merata-rata macam ni? Nasib baik kat kereta aku. Kalau kat tempat awam tadi? Mana aku nak sorok muka aku yang macho ni? Haaaa..... jawab! Jangan tak jawab!

No comments:

Post a Comment